Thursday, June 9, 2011

Sting Bug and the future...

Saya berkira-kira untuk bermonolog dengan pengalaman yang dilalui sepanjang berada di MBSC. Terlintas dalam kotak pemikiran saya, 'rasa kehilangan' yang saya alami secara peribadi......mungkin akan turut menghantui generasi akan datang. Mengimbau kenangan lalu, saya merindui kicau burung yang bersahut-sahut. Saya terasa sebak mengenangkan pengalaman itu saya lalui bersama kehidupan arwah ayah dan ibu yang saya sayangi. Tentu sahaja pengalaman meneroka hutan bersama arwah ayah dan abang sulung memalit beberapa episod kenangan manis.

Dahulu, tidak susah untuk mendengar kicau burung, terserempak dengan rusa, melihat burung enggang terbang dan bertenggek dipohonan tinggi berhampiran istana arwah ayah yang beratapkan daun nipah. Pada ketika malam, tugasan untuk menjaga kebun jagung arwah ayah....seringkali disulami dengan kehadiran sang kancil, musang dan sekali sekala kucing hutan. Alunan irama dan siulan pelbagai hidupan yang bersahut-sahutan menambah seri suasana desa terpencil......yang amat dirindui hari ini.

Itu dulu......dan kesempatan pada kali ini, pada saya adalah 'reunion' kepada interaksi dan monolog saya dengan alam dan kehidupan yang pernah saya lalui bersama ayah, ibu dan adik beradik saya suatu ketika dahulu. Saya tidak berniat untuk mempamerkan diri sebagai seorang nostalgik, tetapi lebih molek untuk saya menukilkan kisah kenangan ini sekurang-kurangnya menzahirkan kebimbangan-kebimbangan yang bersarang dalam kotak pemikiran, yang mungkin juga dipelajari oleh mereka yang berkongsi 'rasa bimbang' itu dengan saya. Ahh....

Saya menzahirkan rasa bimbang, kemungkinan anak-anak saya hari ini yang tidak pernah melalui pengalaman seperti saya.....akan terus 'kempunan' melihat kekayaan alam seperti yang pernah saya alami. Mana tidaknya, jika hutan sekaya Maliau Basin ini 'sentiasa mengghairahkan' para pemodal yang hanya kenal mencipta keuntungan demi keuntungan, sehingga tergamak dan sanggup memusnahkan khazanah alam yang sangat berharga. Anak-anak kita hari ini diperjudikan untung nasib mereka oleh generasi hari ini.

Lantas, ada benarnya penegasan Dr. Jada, Pengurus MBCA, bahawa 'awareness' atau kesedaranlah yang akan memungkinkan kita berupaya dan bertenaga menjaga dan meneruskan kelestarian alam ini. Kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam semulajadi adalah senjata yang relevan sepanjang zaman. Generasi yang terdidik melalui kesedaran sebeginilah yang memungkinkan kita 'boleh' mewariskan semangat dan kebimbangan generasi tua hari untuk 'menggantikan' usaha dan inisiatif kita hari ini.

Inilah antara buah tangan yang cukup mahal dan relevan dengan fungsi generasi tua hari ini. Bukan retorik untuk memulakan kesedaran ini bermula dari rumah. Semudah membuang sampah merata-rata itupun sudah merupakan peluang terbaik untuk kita menyuntik semangat cintakan alam semulajadi. Apa lagi andai.....kesedaran ini boleh dijana melalui organisasi sekecil kelab pencinta alam di sekolah-sekolah. Keupayaan ngo sebegini menghidangkan potensi yang sangat terbuka luas untuk kita jamah dan jelajahi semahunya.

Tinggal lagi......kita memerlukan sedikit tindakan dan inisiatif untuk memungkinkannya. Kecilpun.....tak apalah, yang penting ada!.
Lantas, ayuh.....walau siapapun kita, sekerdil manapun kita.....manfaatkan 'kesempatan' dan 'peluang' yang ada.....untuk melahirkan generasi yang menghargai diri dan alam sekelilingnya. Jom! Do something...even in a little bit...words!.

Mungkin....sting bug dalam gambar ini adalah generasi terakhir....yang pernah ditemui manusia, jika kita tidak melakukan sesuatu untuk 'menidakkan kemungkinannya'. Let's do it!.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Open Lobby, Hostel Dining Hall, MBSC, Tawau.

No comments: