Wednesday, June 1, 2011

Lebih baik satu daripada.....

Hari ini 01 Jun 2011. Demikian cepatnya masa berlalu. Seperti baru semalam tahun 2011 bermula, pejam celik, pejam celik.......sudah 5 bulan berlalu. Boleh jadi......ada kalangan kita yang tidak pun merasakan apa-apa dengan peredaran masa yang terlalu cepat berlalu. Boleh jadi juga.....bagi yang sensitif dengan perubahan masa, detik hari ini tentu sahaja signifikan dan mengusung makna yang tersendiri. Suatu yang pasti.....ada kalangan kita yang merasakan hari ini.....sama seperti hari-hari biasa, berlalu begitu sahaja, tanpa makna apa-apa........ya...tiada siapa yang dapat menghalang peredaran masa. Ianya telah begitu sejak sekian lama....


Mungkin ada juga kalangan kita yang berpendirian berbaur menanggapi detik perjalanan ini. Terserah kepada kita untuk memberi makna kepada semua detik itu. Boleh jadi sahaja kita menganalogikan detik itu semahal mungkin, atas alasan kukuh....detik itu tidak mungkin akan berulang lagi, sekurang-kurangnya pada detik masa itu.....dalam riwayat hidup manusia, tidak mungkin kita hidup dua kali dalam tarikh masa yang sama. Apa yang pasti urutan masa yang sentiasa berjalan mengikut susunannya mustahil memungkinkan kita mengalami pengulangan tarikh yang telah berlalu. Mengalami detik serupa pada tarikh masa yang berbeza......suatu yang lazim. Masih lagi memungkinkan perbezaan situasi walau mungkin peristiwanya sama. Atau.....apa sahaja tafsiran kita......


Saya tidak berniat memperihalkan.....nilai dan harga yang telah kita tinggalkan. Jika kita menilai berskalakan material sekalipun, berapa ramai orang yang bahagia hidupnya sungguhpun makan minumnya sekadar cuma, dalam masa yang sama......ada manusia lain yang tidak pernah merasa cukup meskipun memiliki segalanya. Tetapi....sesuatu yang sangat bernilai disebalik berlalunya detik sebegitu, walau apa jenis kejayaan yang berjaya kita dakap, harapan sentiasa ada!. Kita sewajarnya.....sentiasa memacakkan jiwa yang penuh dengan harapan. Bahasa saya mungkin sahaja berperisa pesimistik, tetapi kita harus memilih rasa yang bagaimana?


Berapa ramai kalangan kita yang ‘membulatkan’ makna kejayaan semata-mata kepada hasil daripada apa yang diusahakan itu. Bercita-cita memiliki sesuatu, rasa dan maknanya hanya dikecapi atau dianggap berjaya sekiranya apa yang dicita-citakan itu berjaya digapai dan dikecapi. Memangpun sepatutnya begitu!. Sedangkan fasa yang sering tidak diraikan adalah pengalaman daripada proses yang dilalui. Ironinya....pengalaman yang dialami dalam proses menggapai apa yang dicita-citakan itulah yang memberi makna sebenar kepada kejayaan yang berjaya kita lakarkan. Memanglah......hasil kejayaan itu penting, ukuran kepada usaha yang telah kita laburkan.


Tetapi andaikan usaha kita itu tidak berjaya......usah terlalu cepat menyalahkan diri sendiri, apa..... lagi, andai kita cenderung menyalahkan orang lain. Nilai inilah yang ingin saya zahirkan. Memanglah masa itu emas menurut kefahaman kita semua, gambaran betapa berharganya setiap detik yang berlalu. Tetapi lebih mahal lagi adalah proses yang kita lalui. Andai ukuran untuk kita meletakkan kebahagian itu sama, mungkin polemiknya berbeza. Tetapi sudah menjadi ciri unik manusia, meletakkan nilai dan harga kebahagiaan dengan ukuran-ukuran tertentu dan pelbagai. Dan, satu fasa penting yang dilalui oleh setiap kita yang berusaha untuk bahagia walau apapun ukuran kebahagian yang kita gunakan adalah proses untuk kita mendapatkan apa yang kita cita-citakan.


Tanpa terkecuali, walau apapun jenis kebahagiaan yang ingin kita capai, hargailah proses yang kita lalui untuk merealisasikan cita-cita itu. Jika cita-cita itu tercapai sepenuhnya, kita bukan sahaja bergembira kerana mencapai apa yang membahagiakan kita, tetapi juga berbahagia kerana proses untuk mencapai kebahagiaan itu tetapi ada maknanya. Andai sebaliknya, usah terlalu gundah gulana, kerana yakinilah, proses yang telah kita lalui itu juga cukup membahagiakan. Proses itu jugalah yang memperkayakan pengalaman dan pada kebanyakkan situasi turut mematangkan kita. Tidakkah kita merasa amat bahagia ‘memiliki’ ilmu dan pengalaman itu, yang pada pengamatan saya.....cukup berharga daripada hasil yang kita perolehi!. Namun, memiliki kedua-duanya, proses dan hasil yang berjaya, tentu sahaja.....kombinasi yang terbaik!. Dua lebih baik daripada satu, tetapi satu pun sudah cukup baik.....daripada tiada apa-apa!. Agaknyalah.......


(p/s : Catatan tertunda.....dari khazanah pengamatan )

No comments: