
'Kelebihan' ini ditambah lagi dengan saiz anggota yang memang tidak ramai. Pakaian seragam pula dibekalkan secara pinjaman oleh PKBM dan ATM sendiri. Pada zaman persekolahan saya, melengkapkan pakaian unit beruniform merupakan suatu permintaan yang hampir mustahil bagi anak-anak pekebun kecil seperti saya. Mujur, saya terpilih menganggotai PKBM.
Masih segar dalam ingatan saya, kali pertama saya berpeluang ke luar daerah, Tawau, apabila PKBM terpilih menyertai perbarisan sempena hari kebangsaan peringkat negeri Sabah, yang diadakan di Tawau pada masa itu. PKBM sekolah saya bergabung dengan PKBM sekolah-sekolah daerah Tawau. Maka latihan perbarisan dijalankan di Kem Kukusan, Tawau. Setiap hujung minggu kami dibawa dengan lori pengangkut ATM dari Semporna ke Tawau. Hahaha.....gembiranya bukan kepalang!.

Namun, apakah hasil yang saya perolehi daripada penyertaan dalam kegiatan ko-kurikulum seperti itu. Hari ini, saya menyedari bahawa segala pengalaman, disiplin berkawad, kepatuhan kepada arahan, memberi 'command', survival dalam apapun keadaan dan sebagainya adalah nilai-nilai yang telah diperteguhkan lewat penyertaan dalam PKBM. Pendidikan secara tidak langsung beginilah rasanya yang telah membina watak saya hari ini. Begitu besar pengaruhnya, tetapi pada masa saya menyertainya.... keseronokkan beraktiviti itulah yang lebih saya titik-beratkan.
Baris, barissss.....sedia!. Hari ini anak-anak murid saya berteriak memberikan arahan yang pernah saya laungkan suatu ketika dahulu. Pentasnya sudah berbeza. Dulu....pelajar dan kini......guru!. Dulu PKBM, kini KRS !. Suatu yang masih kekal sama.....dari dulu sehingga kini adalah mesej dan nilai yang ingin diinstalasikan kepada anak-anak murid!. Saya tertanya-tanya, adakah mereka beraktiviti 'serupa' saya beraktiviti dahulu?.
Posted using BlogPress from My iPad's
No comments:
Post a Comment