Sibuk itu bila?. Alam fikir saya ligat bekerja, menjawab persoalan ini. Kelihatannya sibuk itu dipuncakan oleh kerja dan masa. Apabila kita bekerja, maka cenderunglah kita sibuk?. Dalam apa-apa pekerjaan sekalipun....semestinya kesibukan itu berkait rapat dengan kerja. Logiknya, kalau dia sibuk, tentulah dia sedang bekerja. Sebaliknya, jika dia tidak sibuk.....mungkin itu tanda dia tidak bekerja atau tiada kerja. Lebih parah, andai dia tidak mahu sibuk lantas tidak mahu langsung bekerja. Pragmatisnya, andai seseorang itu bekerja dan tidak sibuk.....itulah tanda dia mengurus kerjanya dengan bijaksana. Pasti dia sibuk juga, tetapi dia menukarkan kesibukan itu menjadi mudah dan tiada apa-apa. Jadinya, kerja semua selesai sebagaimana hendaknya.
Ada ketikanya kita meramalkan kesibukan ada masanya. Lantas kita merencana dan menyusun agar masa terluang diguna semaksimanya. Ada juga masanya kita mesti juga menantikan masa yang disediakan untuk kita. Hanya selepas berlalunya masa itu, barulah masa kita bermula!. Ada juga masanya......kita sedikit gagal menguruskan masa lantaran perkara dan benda yang berada diluar kawalan kita. Malah ada masanya......kita hilang waras melihat masa dan kerja......lantas mengundang sibuk yang bermaharajalela!. Lebih parah lagi.....jika kita diminta bekerja tetapi tidak diberi masa!. Bagaimana rasanya kita boleh mengatur kerja agar kita mempunyai masa. Ahhh.....usah gundah gulana. Siapkan kerjamu....maka yang lain akan turut selesai bersama!.
Benar, sibuk itu.......bila datangnya, menguji ketahanan minda, mencabar perjalanan masa. Minda diuji untuk ligat bekerja, masa menghambat sebarang kealpaan. Jadinya, dalam kita sibuk menyudahkan kerja, kita juga berlari pantas memikirkan masa. Masih tak tahu siapa mengejar siapa. Ada ketikanya.....masa yang kelihatan mengejar kita, ada ketikanya juga kita yang tercungap-cungap mengejar masa.
Ukuran sibuk cuma satu.......selesaikan kerjamu sebelum atau tepat pada masanya. Orang lain hanyalah faktor semerta.......mengajakmu menyiapkan kerja bagai sepatutnya. Saya terfikir sendiri......mengapa dalam keributan sibuk ini, masih sempat berbual bicara bersama Ayyas, Yelena, Linor dan Dr. Anastasia lewat hamparan buku Bumi Cinta. Apapun......saya merasa tetap lega, kerjanya sudah, masanya sudah.......bukunya pun sudah!. Saya benar-benar merasa berbeza. Mungkin juga....kerana telah sekian lama sama!. Apa-apa sajalah???. Jom....walau sibuk, tetap seronok bekerja!
Posted using BlogPress from My iPad's
Location:Kantin Sekolah SMKT, Semporna
No comments:
Post a Comment