Friday, January 29, 2010

Sukan Tara 2010












Gambar-gambar yang dirakamkan pada hari Sukan Tara Sekolah. Lambat diapungkan kerana beberapa perkara teknikal. Sukan Tara ini adalah merupakan sukan pra-temasya. Peluang kepada rumah-rumah sukan untuk mengenalpasti 'ayam sabung' atau atlet setiap rumah untuk mengambil bahagian dalam pelbagai acara sukan!. Idea ini baik juga dalam memberi peluang sama rata kepada setiap pelajar mempamer dan menonjolkan bakt masing-masing, sebelum dipilih secara muktamad mewakili rumah sukan. Go.....go.....go !



Wednesday, January 20, 2010

Marikh 2010....

Planet Marikh sekali lagi akan bergerak menghampiri Bumi pada akhir bulan ini. Kali terakhir ia berlaku ialah pada akhir tahun 2007. Tumpukan mata anda ke langit timur apabila selepas terbenamnya matahari dan menjelang Isya. Anda akan dapat lihat sebuah objek seperti bintang yang amat cerah berwarna oren-kemerahan menyinari langit di kawasan langit tersebut.

Itulah planet Marikh, planet ke-4 di dalam sistem suria kita dan berada pada kedudukan Istiqbal dengan Bumi. Istiqbal merupakan satu keadaan di mana planet-planet yang berada di dalam orbit yang lebih jauh daripada Bumi, berada pada kedudukan sederet relatif kepada Bumi dan Matahari. Di dalam kes ini, Marikh-Bumi-Matahari akan berada pada satu garisan yang hampir lurus. Ini bermaknanya, sebaik sahaja matahari terbenam, Marikh akan terbit.

Pusingan planet Marikh (atau juga dikenali sebagai planet Merah) bagi setiap kedudukan istiqbal ialah setiap 26 bulan. Ketika ini, Marikh akan berada paling hampir dengan Bumi, dan kita akan dapat melihat ciri-ciri permukaannya dengan begitu jelas dan mudah. Maklumat lanjut sila kunjungi laman ini.
( Sumber Bahan : Falak Online )

Saturday, January 2, 2010

Gerhana Matahari 15 Januari 2010!






Banyak yang saya tertinggal sepanjang seminggu pertama sesi persekolahan tahun ini. Terkejut besar juga kerana rupanya pada malam detik tahun baru itu, berlaku gerhana separa bulan. Bolehnya terlepas!. Apapun, terima kasih pada Falak Online yang menjadi sumber rujukan saya tentang plbagai aktiviti berkaitan astronomi. Paling menarik jangan terlepas peluang pada hari Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat. Maklumat lanjut kunjungi laman Falak Online.

Friday, January 1, 2010

Welcome 2010....


Kitab baru dengan pelbagai perencah. Agaknya, bagaimana langkah kita kali ini......

Selamat Tahun Baru 2010!