Monday, May 25, 2009

Thursday, May 21, 2009

Wednesday, May 20, 2009

Teaching Young Children.....

Who Should Read This Book and Why ?....Anyone who has an interest in learning more about how children learn and how early educators teach can benefit from reading this book.
Perhaps you are a community college student preparing for a career in childcare or headed for a 4-year university to major in early childhood or early childhood special education. The ideas presented in these book will assist you in understanding the context of early education and the many different facets of the career you are considering.

If you are studying to be a certified teacher of preschool or primary school children, the information will improve your ability to design and deliver effective instruction in both academic and social areas of the curriculum and to be more confident and proactive in your interactions with adults.
You might be studying to become a home educator, infant specialist, or early interventionist, in which case investigating the broader context of early education will enhance your ability to work in home, interdisciplinary, and interagency programs and to support children with developmental delays and disabilities in inclusive settings. Maybe you are planning to become the director of an early childhood program and want to know more about specific topics such as guiding behavior, designing physical environments, or working collaboratively so that you can provide consultation and technical assistance to others on your staff.

Whatever your intent or career goals, it is a good bet that your future includes working with young children and their families. You presumably share the authors’ excitement and fascination with the early years and have a vested interest in being able to have a positive and constructive influence on the lives of the boys and girls you encounter.

Tuesday, May 19, 2009

Memoir Seorang Guru !

Karya Terbaru Azizi Hj Abdullah 'Memoir Seorang Guru' diwarnai dengan pelbagai gejolak rasa yang menyentuh perasaan. Padat dengan mesej yang tersirat untuk dijadikan renungan bersama'.


Membaca 'Memoir Seorang Guru' novel terbaru Azizi Hj Abdullah, terbitan Alaf21, anda akan merasa kebencian disebalik kedegilan murid. Anda akan merasa keras hati seorang guru disebalik lemah lembut muridnya. Anda akan merasa kata-kata keras, di sebalik kemanjaan murid. Anda akan menemui kekasaran di sebalik lemah lembut murid.

Tetapi diakhirnya anda akan temui dialah yang memiliki kasih sayang melalui doa dan harapan, sehingga anda akan mengalir air mata dan berkata; begitukah guru kami?. Disyorkan, terutama kepada warga guru dan anda yang berminat memiliki dan membaca novel ini kerana di situ terhimpun kasih sayangnya dan kejayaan murid-muridnya dalam bidang kerani, jururawat, doktor, peniaga, penternak, petani, peguam, majestrit dan korporat.

Itulah doa dan jasa seorang guru. Anda akan membaca pada akhir novel ini bersama lelehan air mata kerana bangga. Layari ujanailmu untuk memilikinya.

Thursday, May 14, 2009

Cikgu !



Sorry..... Ketinggalan Bas..!

Tuesday, May 12, 2009

Monday, May 11, 2009

Full Moon on Sunday!
















Gambar-gambar bulan ini diambil pada hari Sabtu yang baru lalu. Bulan penuh dirakamkan menggunakan Telescope Orion Spaceprobe 130 mm dan Kamera DSLR Canon EOS 1000D. Let's enjoyed it!.

Sunday, May 10, 2009

Better Than Bullet Points!

Anda berminat untuk menghasilkan e-learning menggunakan powerpoint? Buku setebal 360 muka surat ini diterbitkan Pfeiffer Publication. Buku ini sebenarnya disertakan dengan CD-Rom. Versi e-book sangat mudah diperolehi di internet.
Buku dibahagikan kepada 3 section. Section 1 : Foundation, mengandungi 2 chapter. Section 2 : Interface and content. Section 2 ini mengandungi 6 chapter yang keseluruhannya membicarakan bagaimana menghasilkan papan pemuka dan kandungan e-learning yang ingin kita hasilkan.
Manakala Section 3 : Delivery and Support hanya mengandungi 1 chapter iaitu Distributing Your e-Learning Program.
Secara ringkasnya, buku ini sememangnya sangat membantu langkah demi langkah bagaimana menghasilkan e-learning menggunakan perisian mudah, powerpoint!. Jom....kita cuba!

Saturday, May 9, 2009

Road Sign or Sign Road ?






Melihat kepada gambar-gambar ini, agaknya mana satukah objek yang menjadi tumpuan ( focus point ) kita?. Kita jawab sendiri !. Tetapi ini mungkin hanya persoalan persepsi. Tetapi mahu tak mahu, persepsi itu jugalah yang mempengaruhi gaya berfikir kita. Bukankah gaya berfikir itu juga secara langsung menjadi 'stereng' kepada setiap tindakan dikalangan kita.



Sebab itulah rasanya, terdapat pemandu kereta yang mengalami kemalangan walaupun peringatan yang cukup telah diberikan sepanjang jalan raya. Situasi sebaliknya, terdapat pemandu kereta yang tidak pernah sekalipun mengalami kemalangan, walaupun tiada tanda apa-apa yang diletakkan di sepanjang tepi jalan raya!.

Penting untuk kita mengenalpasti fokus tumpuan kita setiap kali melakukan sesuatu. Tetapi jangan pula sehingga mengenepikan perkara-perkara kecil tetapi penting dalam usaha kita untuk mencapai sesuatu. Agaknya bolehkah kita......menjadi pemerhati positif yang cepat dan tepat mempelajari sesuatu daripada apa yang diperhatikannya!.

Fokus pandangan saya tidak semestinya tepat untuk orang lain, tetapi mungkin sesuai bagi saya. Pada masa yang sama, fokus pandangan anda juga tidak semestinya baik bagi saya dan sebaliknya pada dirinya. Namun yang pasti, kita sama-sama melihatnya. Jika kita melihat manfaatnya, maka kebaikanlah yang kita kecapi. Sebaliknya jika kita melihat kecacatannya, maka itu juga yang akan kita terima. Pada tahap inilah rasanya akan terzahir rupa sebenar manusia yang berjaya dan yang tidak berjaya. Persoalannya anda cenderung melihat yang mana?.

Friday, May 8, 2009

Let's Learn English 2

Penat...woiii!

Terasa sungguh 2, 3 hari ni sibuk. Blog tak dapat nak update!. Ada bahan sebenarnya yang nak upload, tapi line connection pula tak okey!. Sekolah saya juga asdyik menjadi tuan rumah pelbagai acara saja mutakhir ini. Kelmarin, sekolah saya menjadi juara Pertandingan Koir pula. Saya sendiri akan jadi speaker dalam Pertandingan Debat Ala Parlimen di SMK. Abdullah. Semporna menjadi tuan rumah pertandingan peringkat negeri pada tahun ini.....!!!!!

Tapi tak apa....saya akan menggagahkan diri memikul semuanya!. Jom......kerja kuat-kuat!. Biar sehingga ketitisan penat yang terakhir!.

Tuesday, May 5, 2009

Teman...oh Teman!

Tiba-tiba sahaja perasaan melankolik muncul mendakap erat pemikiran saya. Lantas, saya melayan rasa ini. Sedar tak sedar kini kita sudah berada di bulan Mei. Saya tengah menyiapkan Kit Pengurusan Minggu Peperiksaan Semester 1 sekolah saya. Sedang saya menyelongkar fail-fail lama dalam portable harddisk, saya terselak folder gambar-gambar lama. Catatan tarikh gambar-gambar berkenaan menunjukkan tahun 2006.
Benarlah kenangan itu mampu menerbitkan rasa……suka, duka, sedih, ceria, gembira, seronok, rasa kesal dan tidak kurang juga yang mampu menjelmakan semangat dan motivasi.

Beberapa hari di penghujung April baru lalu, saya menggunakan sms menjejaki teman-teman lama, bekas para guru saya, dan individu-individu yang pernah menyumbang menjadikan diri saya, SAYA yang ada hari ini. Suatu yang saya amat syukuri, pada masa saya bersekolah dahulu, kerana memiliki teman-teman yang baik, guru-guru yang tegas dan tentunya baik-baik belaka.
Ada yang membalas sms, ada yang tidak berbalas. Hati cukup girang mendapat balasan sms teman-teman, tanda kita masih dalam senarai ingatan mereka. Sms yang tak berbalas, saya hanya mengandaikan kemungkinan mereka sudah bertukar nombor telefon. Tetapi saya nekad untuk terus menyimpan nombor telefon mereka. Saya akur, dunia sudah semakin kompleks kini!.

Sungguhpun begitu, saya cuba mendorong diri untuk menyakini beberapa perkara menanggapi hal ini. Pertama, alang-alang berteman, bertemanlah sungguh-sungguh. Sejujurnya, saya cuba untuk menjadi teman yang baik, yang sentiasa mengenang teman-teman, ingat kebaikan mereka, walau siapapun mereka kini. Ya…..mungkin ada diantara mereka yang agaknya sudah menjadi orang besar kini, berpangkat, hartawan, malah jutawan. Saya memang bersedia bertemu dan menghadapi mereka, walau bagaimanapun rupa mereka.
Saya menghadirkan diri saya seadanya. Terserah pada penerimaan teman-teman. Saya cuba mendidik diri untuk tidak lupa diri!. Sehingga kini saya masih menyedari dari mana asalnya saya!.
Kedua, terimalah teman-teman seadanya. Mungkin jiwa saya sedikit sentimental dalam soal ini. Kalau semasa bersekolah dahulu, kita mudah sangat mesra, ketawa bersama, bersaing malah saling mendorong, istimewanya…..sanggup berkongsi Maggie Cintan!. Hari ini…..haruskah semua itu berubah seiring perubahan masa. Rasanya…..tidak perlu!. Kita masing-masingpun sudah dewasa, sudah tahu batas sempadan kehidupan. Tetapi….kemesraan yang pernah dinukil bersama dahulu tidak seharusnya dinyahkan pada setiap kesempatan pertemuan.

Secara peribadi…..saya cenderung mempamerkan rasa kasih mesra saya kepada teman-teman. Malah…..jika pertemuan itu bersama kehadiran anak-anak, saya lebih galak mempamer kemesraan itu, harapnya………nanti anak-anak ‘belajar’ sesuatu tentang makna persahabatan.

Tak tahulah……jika apa yang saya perkatakan ini tepat dan benar pada orang lain. Tetapi saya cenderung meyakini bahawa kita semestinya jujur dan ikhlas berteman-teman!. Bukannya teman hanya pada masa kita senang, tetapi lari lintang pukang pada masa kita mengharapkan kehadiran mereka.

Bukan mengharap balasan pada sebuah persahabatan, tetapi mengimpikan pengertian sebuah episod pertemuan yang pernah dilakar bersama. Saya cukup gusar, jika saya yang berubah……tetapi mungkin saya hanya sangsi jika teman-teman yang berubah!. Aku masih yang dulu!, dan masih mengharapkan teman-teman menghubungiku……..blog ini, saya nukilkan sebahagiannya untuk mereka !

Monday, May 4, 2009

Sunday, May 3, 2009

Menjadi diri……

Seringkali polemik melingkari keberfungsian organisasi. Saya nyatakan demikian kerana acapkali polemik itu yang lebih mendominasi perbincangan daripada matlamat asal objektif sesuatu perkara atau dasar dibuat dan diperkenalkan. Sungguhpun tujuan polemik itu sendiri adalah kearah memastikan tercapainya objektif sesuatu dasar, tetapi pada hemat saya, tidak seharusnya perbezaan pendapat membantutkan matlamat organisasi.

Senario 1.
Seorang pekerja senior, yang telah lebih 10 tahun bekerja. Diberi tugas tertentu, dan sering kali menimbulkan masalah pada bahagiannya. Kerjanya seringkali tertunda, terabai malah langsung ‘hilang dari radar’.
Bagaimana kita menanggapi situasi ini. Memang pada keseluruhannya, tiada cerita, adalah lebih baik pekerja ini dtukarkan sahaja daripada bahagiannya. Tetapi adakah ini cara penyelesaian terbaik. Secara peribadi, menukarkannya ke bahagian lain bukan merupakan keputusan bijak. Malah keputusan ini kelihatan kejam kerana memindahkan masalah kepada orang lain. Kalaupun dia berubah, itu sudah merupakan satu bonus dan tidak perlu diperdebatkan lagi.

Kecenderungan yang sudah membarah kini adalah mengambil tindakan drastik. Ditanya dan ditagih, hasil kerja yang akhirnya memaksanya menyiapkan kerja seperti yang diinginkan, walaupun mungkin tidak akan memenuhi kriteria kerja seperti yang kita inginkan. Atau lebih lembut lagi, diamkan sahaja dan biarkan keadaan yang merubah segalanya. Kedua-duanya bagi saya adalah cara yang kurang tepat, dalam konteks kita sebagai seorang pengurus kepada situasi ini.

Saya suka melihat ke dalam diri menanggapi persoalan ini. Pada tahap inilah, pada hemat saya kita harus berkira soal profesionalisme kita kepada profesion. Tanpa selektif pada mana-mana profesion, saya amat yakin, tetap ada beza antara individu yang mempertahankan prinsip profesionalismenya dalam profesion dengan individu yang khianat pada profesionnya.

Kalaupun kita sudah tidak secergas dan sepantas dulu, sekurang-kurangnya kita tetap berjalan laju, jauh lebih baik daripada duduk menopang dagu. Kalaupun kita tidak memecahkan rekod, sekurang-kurangnya kita menyamai rekod, jauh lebih baik daripada langsung tidak mahu membuat rekod. Lebih jelas lagi, kalaupun kita tidak mampu menyumbang kepada kejayaan organisasi secara terus, sekurang-kurangnya janganlah menjadi penyumbang kepada kegagalan oganisasi.
Saya menyatakan demikian, iltizam sebagai seorang penjawat awam yang tetap mempunyai peranan tidak kira berapa saiz peranan dan posisi kita dalam organisasi. Paling mahal bagi saya adalah harapan bahawa iltizam ini adalah sebagai butir-butir kebaikan yang mampu kita lakukan, untuk dinilai sebagai pahala dan kebaikan. Bolehkah kita semua berfikir demikian ?. Selamat Hari Pekerja!.

Half Moon

Hari Sabtu, saya dan keluarga dikunjungi sanak saudara yang balik kampung dari Tawau dan Lahad Datu. Meriah!. Aktiviti diisi dengan program makan-makan.
Istimewa, makan jagung rebus sambil meminum air rebusan jagung memang menyelerakan. Apatah lagi makan sambil melihat gelagat anak-anak bertemu dengan sepupu mereka, hiruk pikuk rumah dibuatnya. Ada geng yang bermain ‘billionaire’, hadiah kakak Along sempena English Week minggu lepas.
Anak yang tua dengan gengnya pula membelek-belek buku di Bilik Belajar. Ada juga yang mengambil beg peralatan sukan saya, megambil reket badminton dan tenis, bermain dihalaman rumah.
Menjelang petang, saya membawa telescope ke tengah halaman dan mengajak anak-anak meneropong bulan separuh!. Apa lagi, masing-masingpun mahu mengambil giliran. Anak sulung mencadangkan giliran berdasarkan siapa yang lebih tua. Adik-adik pula minta didahulukan kerana mereka adik….yang juga mesti didahulukan!. Haa..haa….. pening kita.
Masing-masing menyatakan rasa keganjilan melihat permukaan bulan. Anak-anak saya membantu sepupu mereka menggunakan kamera untuk melihat bulan separuh itu. Apapun, nikmatilah bulan separuh yang kami cerap pada petang hari sabtu lalu.






Friday, May 1, 2009

Warna-warni Pesta Pantun































Kelmarin sekolah saya menjadi tuan rumah Pesta Pantun peringkat Daerah. Suatu yang pasti banyak pengalaman yang diperolehi sama ada dalam hal penganjuran dam pengelolaan Pesta Pantun itu sendiri atau juga dalam hal yang lebih spesifik, mencipta, menjual dan membeli pantun!. Bukan mudah sebenarnya mencipta pantun. Pemilihan rima tengah dan rima hujung mesti diambil kira. Pembayang pula mempunyai tema tertentu seperti unsur alam, unsur tradisional dan seumpamanya.
Idea spontan para pemantun sememangnya harus dipuji. Dalam entry saya sebelum ini, saya selitkan 3 rangkap pantun berkait. Agak lama juga saya menghasilkannya, itupun menurut guru Bahasa Melayu yang serumah dengan saya, pantun saya itu tidak layak mendapat markah penuh. Tabik spring! kepada anak-anak pelajar kerana berkemampuan menghasilkan pantun dalam masa 60 saat sahaja!.
Begitupun bangga kerana anak-anak murid saya muncul 'juara'. Tahniah kepada jurulatih dan para pengiring mereka. Tahniah juga kepada sekolah kerana berjaya menganjurkan Pesta Pantun 2009!. Jumpa lagi tahun depan.