Saturday, December 31, 2011

2012....

Buat semua yang menyambutnya.....
Selamat Memulakan Perjalanan 365 hari......


30 minutes left...

Sisa 30 minit terakhir di tahun 2011......apa bezanya? Apa bezanya....mungkin sahaja mengundang makna yang pelbagai. Melihat kepada siapa yang melihat apa......masing-masingpun mempunyai justifikasi kepada jawapan yang diberikan. Yaa....mungkin benar 30 minit terakhir di tahun 2011 sama sahaja seperti mana hari-hari biasa. Namun, ternyata ada manusia lain yang memberikan makna yang cukup berbeza kepada 30 minit terakhir itu.

Mungkin....menjadikannya memorial kepada sesuatu, atau apa sahaja. Yang pasti tahun 2011 akan melabuhkan tirainya seketika nanti. Benar, masa itu tidak menunggu sesiapa.......jauh sekali berhenti berdetik hanya untuk kita.  Namun di sebalik 'sombongnya' detik waktu yang tidak menanti sesiapa itu, suatu yang pasti sentiasa terhampar iaitu harapan dan impian. Tidak kiralah sama ada impian dan harapan kita sudah tercapai atau belum, atau masih berstatus 'dalam pembikinan', bersamanya sentiasa akrab mendampingi harapan dan impian itu.
Bezanya mungkin....30 minit terakhir ini, akan meningkatkan azam dan keazaman kepada impian dan harapan itu. Buat anda yang memberi makna kepada 30 minit terakhir....di tahun 2011 ini, Selamat memperbaharui azam, harapan dan impian.........Selamat tinggal 2011!

mySKY from SGO!

Para pengembara angkasaraya tentunya gembira dengan kehadiran sebuah laman khusus yang memaparkan kalendar astronomi yang berciri 'tempatan'. Memetik maklumat Laman Falak Online & SGO, .......memperkenalkan mySKY, sebuah almanak fenomena astronomi, yang dibangunkan dengan niat untuk dijadikan sebagai sebuah rujukan utama untuk peminat-peminat astronomi tempatan dan nusantara.  


Sememangnya kehadiran mySKY amat tepat pada masanya. Kandungannya yang bukan sahaja berbahasa Melayu, mudah dan ringkas, malah mengambil kiraan almanak di angkasaraya Malaysia menjadikannya sumber rujukan untuk pengembara angkasaraya di bumi Malaysia ini.  Kredit dan tabik spring untuk En. Shah atas inisiatif murni ini. Kunjungi mySKY untuk maklumat lanjut.  Bersama memanfaatkan mySKY ini untuk menyuburkan minat dan pengetahuan angkasaraya......

Friday, December 23, 2011

500 meters above...

Congratulations! You are at 500 meters above sea level.....





Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, December 21, 2011

Saturday, December 17, 2011

All New........

Another facelift....I really don't know. Maybe....











Source : Paultan Automotive News
Posted using BlogPress from my iPad

Menyatu....

Unsur menyatukan.....


Posted using BlogPress from my iPad

Friday, December 16, 2011

Umbra Bumi...

Gerhana Bulan berlaku apabila bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan sebaris. Bumi yang berada di tengah-tengah antara bulan dan matahari akan menutup cahaya matahari dari sampai ke bulan. Bulan tanpa cahaya matahri itulah yang dipanggil gerhana bulan. Maknanya, permukaan bulan yang gelap itu sebenarnya adalah bayang-bayang bumi. Bayang bumi ini dipanggil umbra. Manakala bahagian yang kurang gelap itu dipanggil penumbra. Maklumat lanjut gambar ini, sila kunjungi laman APOD ini.

Image Credit & Copyright : Wang, Letian

Fasa Gerhana bulan...

Fasa-fasa gerhana bulan yang berjaya dirakamkan oleh En. Shahrin, Falak Online. Cantik dan informatif mengenai fasa-fasa gerhana bulan. Maklumat lanjut kunjungi laman Falak Online.

Image Credit & Copyright : ShahGazer Observatory

Thursday, December 15, 2011

The Presentations Secret of...

Salah satu buku yang saya beli dan baca, dan menarik perhatian saya adalah buku Rahsia Penyampaian Steve Jobs. Steve Jobs adalah penyampai hebat di pentas dunia. Tiada individu lain yang dapat menandinginya. Ramai yang sanggup datang sehari lebih awal ke lokasi persembahan Steve, bagi memastikan mereka mendapat kerusi terbaik dalam sesinya. Steve Jobs sentiasa membuatkan para penonton teruja dengan penyampaian hebat dengan gaya tersendiri. Steve bukan sekadar menyampaikan maklumat beliau turut bercerita, melukis gambaran, dan berkongsi wawasan dalam penyampaiannya. Beliau memberikan pengalaman transformasi unik, penuh inspirasi dan keterujaan, yang tidak dapat dilupakan.



Buku ini adalah panduan terbaik, seolah-olah penyampai hebat itu sendiri menyampaikannya secara langsung kepada anda. Pakar komunikasi Carmine Gallo, mempelajari dan menganalisa penyampaian Steve, dan kemudian berkongsi pelbagai contoh, tip, teknik, dan rahsia penyampaian yang terbukti berkesan pada setiap masa. Menggunakan pendekatan revolusi ini, anda pasti terkejut mengetahui betapa mudahnya menjual, berkongsi keterujaan dan seterusnya membuatkan para penonton terkesima melihat penyampaian anda, gaya Steve Jobs. Mudah diperolehi di gedung buku utama atau kunjungi laman bookcafe untuk mendapatkannya.

Posted using BlogPress from my iPad

People & things..

Let's think it!.....


Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, December 13, 2011

Travelog Minda Tajdid..


Antara masalah besar sesiapa sahaja yang berbicara tentang Islam sepanjang zaman adalah soal keikhlasan jiwa. Amat sukar menempatkan jiwa yang tulus ikhlas dalam mencari reda Allah dalam perasaan, meskipun mudah diucapkan di lidah.


Travelog Minda Tajdid ini adalah sebuah catatan daripada hati seorang tokoh yang menjadi rujukan masyarakat pada masa kini. Mengulas isu yang dikemukakan berpaksikan al-Quran dan Hadis, menjadikan pendapat Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin ini relevan sepanjang zaman.

“Wahai Allah yang Maha Hidup, wahai Allah yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah setiap urusanku dan jangan serahkan aku kepada diriku walau sekelip mata.”

Untuk maklumat lanjut mendapatkan buku ini, sila kunjungi laman ini.
Posted using BlogPress from my iPad

Sunday, December 11, 2011

Last Trail...

It's time to going home!. Bye bye...










Posted using BlogPress from my iPad
Location:LCCT

Moon Eclipse Everywhere...
























Credit & Source : iBN Live
Posted using BlogPress from my iPad

Gerhana Bulan Penuh...

Mendung dan langit berawan tebal di Kuala Kubu Bharu telah 'menguburkan' hasrat untuk melihat fenomena alam terakhir untuk tahun 2011 ini. Hasrat hati untuk menyertai geng astronomi di Planetarium Negara juga terpaksa dilupakan kerana masalah logistik. Sesi hari ini digunakan untuk aktiviti mengemas bagasi sebagai persediaan untuk balik petang hari ini.

Berbekalkan Orion Shore View dan Canon 1000D, saya cuba juga merakamkan peristiwa ini dengan seadanya. Begitupun rakaman ini hanyalah 'selepas' gerhana penuh berlalu. Sayang sekali...... tidak sabar rasanya memiliki starshoot Imaging..

















Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, December 10, 2011

Astrophotography!

Pencarian lokasi Starfield Instruments Supply, di Bandar Kinrara semalam cukup berbaloi. Pertemuan dengan Mdm. Chu menjadikan saya tahu bahawa lebih banyak perkara yang saya tidak tahu tentang dunia astronomi, apatah lagi penerangan ringkas dan padat tetapi sebenarnya cukup mudah untuk saya lakukan. Namun kesediaan Mdm. Chu menjawab soalan-soalan 'tadika' dari saya cukup menyenangkan. Lantas, membuka ruang lebih banyak eksplorasi bidang astronomi ini pada masa-masa akan datang.

Astrophotography!, sememangnya mengujakan saya. Sungguhpun telah hampir 3 tahun menceburi bidang ini, namun keupayaan saya dan peralatan masih belum mencukupi. Lebih dari itu, benar kata Mdm. Chu, saya perlu lebih banyak eksplorasi. Kunjungan saya ke Starfield Instruments Supply berakhir dengan azam bersama untuk membawa kembara astronomi ke Sabah, khususnya Semporna suatu ketika nanti. Sempat juga saya membeli beberapa peralatan baru antaranya Starshoot Colour Imaging, Orion Binocular Waterproof dan Moon Filter, selain alat pencerapan mudah...






Posted using BlogPress from my iPad

Friday, December 9, 2011

Moon Eclipse...




Source : Starfield

Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, December 8, 2011

360 View..

Gayat dan berada di puncak segala benda....











Posted using BlogPress from my iPad

Yes.., Akhirnya berjaya!

Yes.., Akhirnya berjaya!. Demikian anak-anak mengajukkan kepuasan melawan ketakutan diri sendiri menaiki skyway. Tentu sahaja pengalaman ini besar maknanya pada mereka sungguhpun kelas cabaran tidaklah seberapa. Masing-masingpun menzahirkan rasa gayat menaiki gondola skyway ini, apatah lagi semasa pergerakan naik kep puncak, gondola terhenti seketika dipertengahan jalan. Hiruk pikuk dibuatnya!. Ketika ini sedang menikmati makan tengahari di Gerai Nor, Genting Sempah setelah hujan lebat di puncak Genting membataskan pergerakan....











Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, December 7, 2011

Genting Skyway...

Percubaan untuk merasai pengalaman Genting skyway hari tidak berjaya kerana perkhidmatannya dihentikan hari ini. Ditambah lagi cuaca hari ini nampaknya hujan, dan tentu sahaja tidak sesuai untuk berada di puncak yang genting ini....








Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, December 6, 2011

Rehat & Rawat Temerloh

Seketika ini menunggu dan berhenti rehat di Hentian Rehat Temerloh. Menunggu anak-anak bersama ibu yang memilih menaiki Bas Ekspress dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Saya berfikir lebih elok mereka 'mengembara' sungguh-sungguh menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Anak-anak saya rasanya antara yang 'malang' kerana kurang merasai suasana dan pengalaman menaiki kenderaan awam. Fikir saya, elok mereka menimba pengalaman perjalanan sejauh lebih 4 jam ini, sementara berkesempatan. Rencananya bertemu di Temerloh dan di Kuala Lumpur. Sehingga detik post blog ini, kelibat mereka masih tidak kelihatan lagi. Hahaha.....


Posted using BlogPress from my iPad

Along East Coast Way..

Hujan yang kadang kala seharian turun dengan mudahnya menukar jalan menjadi lokasi banjir. Seawal ketibaan kami di Kuantan, suasana banjir kilat yang berlaku di Jalan Bukit Ubi menarik perhatian anak-anak. Mungkin suasana ini tidak pernah mereka lihat sebelumnya, tetapi risiko menghadapi keadaan banjir ini lebih membimbangkan saya. Risiko pada kereta yang 'berendam' sepanjang jalan ini menyebabkan tidak banyak laluan yang boleh kami lalui. Lantas, hasrat membawa anak-anak sehingga ke Kelantan terpaksa dibatalkan. Kemaman menjadi destinasi yang paling mungkin untuk dikunjungi. Makan tengahari kami di Restoran Talib's Tomyam Seafood berhadapan SMK. Sultan Ismail kemudian disusuli kunjungan ke Casa Limbong, tentu sahaja untuk mencari batik Terengganu yang menjadi buah mulut itu. Kembara pulang kemudiannya singgah di tepi jalan pantai Cherating untuk membeli keropok lekor sebagai ole-ole balik kampung. Hari ini kembara bersambung untuk pulang semula ke origin destinasi, Kuala Lumpur.








Posted using BlogPress from my iPad