Saturday, December 31, 2011

mySKY from SGO!

Para pengembara angkasaraya tentunya gembira dengan kehadiran sebuah laman khusus yang memaparkan kalendar astronomi yang berciri 'tempatan'. Memetik maklumat Laman Falak Online & SGO, .......memperkenalkan mySKY, sebuah almanak fenomena astronomi, yang dibangunkan dengan niat untuk dijadikan sebagai sebuah rujukan utama untuk peminat-peminat astronomi tempatan dan nusantara.  


Sememangnya kehadiran mySKY amat tepat pada masanya. Kandungannya yang bukan sahaja berbahasa Melayu, mudah dan ringkas, malah mengambil kiraan almanak di angkasaraya Malaysia menjadikannya sumber rujukan untuk pengembara angkasaraya di bumi Malaysia ini.  Kredit dan tabik spring untuk En. Shah atas inisiatif murni ini. Kunjungi mySKY untuk maklumat lanjut.  Bersama memanfaatkan mySKY ini untuk menyuburkan minat dan pengetahuan angkasaraya......

No comments: