Tuesday, December 6, 2011

Along East Coast Way..

Hujan yang kadang kala seharian turun dengan mudahnya menukar jalan menjadi lokasi banjir. Seawal ketibaan kami di Kuantan, suasana banjir kilat yang berlaku di Jalan Bukit Ubi menarik perhatian anak-anak. Mungkin suasana ini tidak pernah mereka lihat sebelumnya, tetapi risiko menghadapi keadaan banjir ini lebih membimbangkan saya. Risiko pada kereta yang 'berendam' sepanjang jalan ini menyebabkan tidak banyak laluan yang boleh kami lalui. Lantas, hasrat membawa anak-anak sehingga ke Kelantan terpaksa dibatalkan. Kemaman menjadi destinasi yang paling mungkin untuk dikunjungi. Makan tengahari kami di Restoran Talib's Tomyam Seafood berhadapan SMK. Sultan Ismail kemudian disusuli kunjungan ke Casa Limbong, tentu sahaja untuk mencari batik Terengganu yang menjadi buah mulut itu. Kembara pulang kemudiannya singgah di tepi jalan pantai Cherating untuk membeli keropok lekor sebagai ole-ole balik kampung. Hari ini kembara bersambung untuk pulang semula ke origin destinasi, Kuala Lumpur.








Posted using BlogPress from my iPad

No comments: