Kesempatan melalui kawasan Genting Highland semalam dimanfaatkan untuk menjelajah kawasan penanaman strawberry di Hibrixa. Anak-anak teruja mendapat tahu bahawa kita boleh memetik sendiri buah strawberry untuk memakannya. Sungguhpun Genting sememangnya dalam senarai untuk dikunjungi, tetapi kesempatan semasa melalui kawasan ini ke Pantai Timur dimanfaatkan sepenuhnya untuk memaksimakan kesempatan yang ada. Kesempatan berada di Hibrixa dimanfaatkan sepenuhnya untuk melihat sendiri proses penanaman dan penghasilan buah strawberry. Sejujurnya, inilah pengalaman kali pertama anak-anak melihat sendiri tanaman buah strawberry, berpeluang memetik sendiri dan yang paling penting memakan buah strawberry yang cukup segar dari ladang hidroponiknya. Anak-anak seronok melalui pengalaman ini, dan tentu sahaja sebagai ayah, saya seronok melihat anak-anak menimba pengalaman berharga!. Agaknya, benarlah kata pepatah, jauh berjalan luas pandangan.
( Catatan tertunda.... )Posted using BlogPress from my iPad
Location:Hibrixa, Genting Highland
No comments:
Post a Comment