Sunday, December 11, 2011

Gerhana Bulan Penuh...

Mendung dan langit berawan tebal di Kuala Kubu Bharu telah 'menguburkan' hasrat untuk melihat fenomena alam terakhir untuk tahun 2011 ini. Hasrat hati untuk menyertai geng astronomi di Planetarium Negara juga terpaksa dilupakan kerana masalah logistik. Sesi hari ini digunakan untuk aktiviti mengemas bagasi sebagai persediaan untuk balik petang hari ini.

Berbekalkan Orion Shore View dan Canon 1000D, saya cuba juga merakamkan peristiwa ini dengan seadanya. Begitupun rakaman ini hanyalah 'selepas' gerhana penuh berlalu. Sayang sekali...... tidak sabar rasanya memiliki starshoot Imaging..

















Posted using BlogPress from my iPad

No comments: