
Mungkin....menjadikannya memorial kepada sesuatu, atau apa sahaja. Yang pasti tahun 2011 akan melabuhkan tirainya seketika nanti. Benar, masa itu tidak menunggu sesiapa.......jauh sekali berhenti berdetik hanya untuk kita. Namun di sebalik 'sombongnya' detik waktu yang tidak menanti sesiapa itu, suatu yang pasti sentiasa terhampar iaitu harapan dan impian. Tidak kiralah sama ada impian dan harapan kita sudah tercapai atau belum, atau masih berstatus 'dalam pembikinan', bersamanya sentiasa akrab mendampingi harapan dan impian itu.
Bezanya mungkin....30 minit terakhir ini, akan meningkatkan azam dan keazaman kepada impian dan harapan itu. Buat anda yang memberi makna kepada 30 minit terakhir....di tahun 2011 ini, Selamat memperbaharui azam, harapan dan impian.........Selamat tinggal 2011!
No comments:
Post a Comment