Tuesday, January 31, 2012

Risau.....

Risau yang merisaukan......
Meningkatkan aroma rasa...
Makna.....lega!


Posted using BlogPress from my iPhone
Location:PLUMS Tawau

Tomorrow is the Last Day....

Terpacul seketika dari daerah fikir saya, tanpa sedar esok rupanya adalah hari terakhir!. Jangan silap tafsir, bukan hari terakhir dalam dimensi 'no more days after tomorrow'. Rasanya saya pernah menukilkan perkara ini sebelumnya....mungkin tahun lalu!. Tapi saya memperihalkan perkara ini dari sudut yang sedikit berbeza.


Hari beralih pasti akan bertemu ketika bulan beranjak. Kini, ketika catatan ini dicoretkan sudah 30 hari usia kita ditahun 2012. Terlintas dalam benak fikiran, apakah yang dijanjikan lewat perjalanan panjang yang sudah usai 30 hari ini. Selain angka usia yang tidak pernah berhenti kiraannya, hari-hari berlalu ini tiada makna apa-apa tanpa kita melakukan sesuatu dengan penuh tujuan dan cita-cita, walau sebagaimana rupa dan saiz sekalipun, bukan soalnya.

Boleh sahaja kita mengambil ukuran mudah, untuk apa kita perlu menyusahkan diri melakukan perkara itu dan ini. Bukankah lebih membahagiakan jika kita melalui sahaja hari-hari kita tanpa perlu menyusahkan diri dengan melakukan pelbagai perkara. Namun, agaknya benar pepatah 'lain padang, lain belalang'. Pada hemat saya, sama ada kita memilih untuk melakukan atau menekuni sesuatu perkara atau pekerjaan bukan persoalan besar.

Hakikat bahawa hari tetap akan berganti hari, dan putaran ini tidak menanti sesiapa, maka selayaknya kita mengambil serius akan hal ini. Saya amat pasti ada bezanya......melakukan sesuatu hari ini untuk mengharapkan 'sesuatu' pada suatu masa kelak. Rasanya sedikit bijak untuk kita memilih pendirian yang sedemikian berbanding hanya menanti dan melalui hari-hari mendatang tanpa apa-apa agenda. Pening kepala yang kita alami hari ini untuk melangsaikan tugasan kita saban kali adalah proses yang mesti dilalui oleh setiap manusia.


Sekurang-kurangnya hari-hari mendatang seolah-olah menjanjikan sesuatu, lantas menjadikan kita sentiasa penuh harapan dan cita-cita. Natijahnya, tiada perkara yang kita ambil mudah, melainkan segalanya difikirkan sebagai beban tugas yang mesti digalas. Rasa tertekan, sedih, gembira dan sebagainya hanyalah secubit rasa yang akan menambah 'kelazatan' kehidupan kita. Bayangkan sahajalah kalau esok adalah hari terakhir, pasti tiada apa yang kita tinggalkan, melainkan segala apa yang telah kita kerjakan selama ini.

Maka, selayaknya kita positif memilih untuk melakukan sesuatu setiap hari, kelak sepeninggalan hari esok, ada 'perkara' yang akan diwarisi, kalaupun legasi kita tidak ditangisi. Jangan jadikan hari esok adalah hari terakhir kita, walau selepas kita benar-benar.....telah menghabiskan usia hari ini!

( Coretan ini dibuat pada 30 minit terakhir 30 Januari 2012 )

Posted using BlogPress from my iPad

Monday, January 30, 2012

123....

123....
Langkah hari ini...
Adalah...
123...
Peluang hari esok...
Lantas....
Beri laluan....
Mungkin....ada
123.....
Kebaikan!






Posted using BlogPress from my iPhone

Saturday, January 28, 2012

Kini musimnya...

Kini musimnya ......
......Berulang sebagaimana biasa..
Bezanya cuma pada masa...
......Dan pada manusia yang tahu
Mengambil makna.....
......Kini musimnya.....









Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 26, 2012

Wednesday, January 25, 2012

Terpilih.....

Antara ramai-ramai.....mengapa pilih dia? Apa yang sangat istimewa....tentang dia?





Posted using BlogPress from my iPhone

Tuesday, January 24, 2012

Alamesra II

Perbincangan berterusan selepas sesi menjamu selera. Sifu membawa isu dan senario semasa dunia pendidikan khususnya perkembangan di Bawah Bayu. Saranan sifu agar tindakan berani dan diluar kebiasaan adalah antara pendekatan yang dilihat berupaya memungkinkan hasrat itu. Lihat sahaja kepada pelbagai program yang acapkali dicanang dan dilancarkan untuk menjayakan atau mencapai sesuatu tujuan dan harapan.


Malah, ada benarnya apabila wujud tanggapan pencapaian tahap pendidikan ditangani dengan preskripsi dan diagnosis yang kurang tepat, kalaupun tidak salah!. Sudah menjadi kitaran ganas yang membelenggu mentaliti dunia pendidikan kita, setiap kali disedari kegagalan yang kita alami maka usaha ’mengubah’ atau ’mereformasikan’ kurikulum dilakukan. Belumpun sempat untuk kita melihat sebarang ’perubahan’ atau mengecapi kejayaan perencanaan sebelumnya, gagasan baru dizahirkan dengan mitos yang masih sama iaitu “yang baru ini lebih baik daripada yang lama”.

Tidak dapat dinafikan bahawa nada skeptikal ini ada pro dan kontranya. Tetapi satu bahagian penting yang sering dipinggirkan dalam mencari titik temu permasalahan itu ialah koordinat yang mempertemukan kurikulum yang komprehensif dengan upaya guru sebagai moderator. Dalam bahasa mudah, bantuan, sokongan dan kepedulian terhadap keberkesanan bilik darjah itu kurang dipolemikkan. Benar sebagaimana diskusi santai ini menyatakan bahawa pembolehubah kejayaan yang sebenar dalam dunia pendidikan ini ialah keberfungsian peranan guru menghampirkan segala kandungan kurikulum untuk dipindahkan kepada pelajar dalam bentuk teori dan praktikalnya.

Sewajarnya kita lebih berani untuk ’menelanjangkan’ setiap inci fungsi guru di bilik darjah. Fahaman bahawa guru dan segala prasarana yang berkaitan sudah disediakan selengkapnya, bukan lagi alasan yang boleh diterima. Rasanya kita harus lebih berani, sedia dan berlapang dada apabila peranan keguruan kita di bilik darjah mula ’diumpat’ dan diperihalkan!. Era membuat generalisasi terhadap andaian dan jangkaan di bilik darjah sudah berlalu. Kita harus lebih menyedari bahawa situasi lokal jauh lebih mempengaruhi ’kejayaan’ tugas di bilik darjah, selain kurikulum dan upaya guru yang sering ’dimitoskan’ sebagai sudah sempurna. Sudah tiba masanya setiap sumber dan kekuatan yang kita miliki digembleng untuk menjayakan fungsi bilik darjah.

Tanpa perlu berpolemik panjang, mengapa tidak kita mengambil langkah pragmatik untuk memberi sokongan dan bantuan yang lebih ’bermakna’ kepada para guru dibarisan hadapan menjayakan setiap 60 minit masa mereka bersama pelajar. Pendekatan ’bukan mencari’ salah guru, sebaliknya ’meraikan’ fungsi guru di bilik darjah tidak pernah dicuba semaksimanya, meskipun selama ini tugasan naziran dan pemantauan sering dijadikan ’kambing hitam’ kepada perlunya reformasi pendidikan dilakukan. Saya yakin, para guru ’bersedia’ dibicarakan di mahkamah yang lebih mesra kepada alam profesionalisme mereka. Saya sendiri reflektif ’melihat’ diskusi ini, agaknya guru lain juga demikian!.

Posted using BlogPress from my iPad

Monday, January 23, 2012

Just now!..

Finally...I reach!


Posted using BlogPress from my iPhone

Alamesra I

Pertemuan dengan teman-teman lama bersama dengan Sifu berlangsung mesra dan penuh muhibbah. Tentunya menu hidangan makan malam semalam bukan sahaja membuka dan memenuhi selera, tetapi juga menjadi bahan usikan teman-teman, sekaligus pertemuan itu sarat rasa kasih bersua teman-teman yang sering berjauhan. Perbincangan semalam sarat refleksi dan gagasan.

Dalam hal memimpin organisasi contohnya, Sifu membincangkan bagaimana perancangan kolektif setiap lapisan anggota organisasi mengambil wajaran yang besar memastikan pelaksanaan rencana organisasi itu berjaya. Tentu sahaja ia bermula dengan imaginasi pemimpin yang berupaya menghayalkan rupa wajah organisasi jauh kehadapan menjangkaui espektasi komuniti organisasi itu sendiri. Karekteristik organisasi yang sudah boleh “diramalkan” itu membolehkan organisasi digembleng dengan mudah mengikut laluan menuju destinasi yang dikehendaki.


Natijahnya, setiap lapisan organisasi itu ada peranan sesuai dengan posisi masing-masing. Tiada sesiapa yang merasa dianaktirikan dalam proses menentukan halatuju organisasi. Pastilah suasana ini kondusif kepada pemupukan budaya sihat dalam organisasi, seterusnya memungkinkan matlamat organisasi dicapai.

Tidak dapat dinafikan hadirnya pembolehubah yang bersifat elit dan selektif sifatnya. Meraih kepercayaan awal orang bawahan bukan suatu yang lazim berlaku kepada pemimpin organisasi. Watak diri pastinya antara kayu ukur yang akan “dilihat” oleh orang sekeliling. Watak diri yang positif pasti memberi kredit yang baik kepada pemimpin organisasi untuk meraih sokongan dan dukungan semua lapisan organisasi. Persepsi yang baik itu pula dicorakkan oleh watak diri positif, dan pastinya ada kaitan langsung dengan ’track record’ dan reputasi pemimpin itu sebelumnya. Tahap inilah yang memerlukan konsistensi sedari awal seseorang itu mengistalasi dirinya sebagai bakal pemimpin.

Reputasi yang terbina awal akan menjadi ’trademark’ dan seterusnya membentuk jenama yang sinonim dengan dirinya. Jenama yang baik kelak akan menjadi antara pertimbangan yang digunakan oleh komuniti organisasi untuk membuat pendirian sama ada ’menyokong’ atau sebaliknya kepada seseorang pemimpin. Sekurang-kurangnya persepsi awal yang positif memberikan ruang untuk pemimpin organisasi ’membuktikan’ sesuatu. Ciri inilah yang bersifat elit dan selektif!.

Tentulah lebih sukar mengoperasikan organisasi yang tidak mendapat persepsi dan kepercayaan yang positif. Lantas, ’memenangi’ kepercayaan seawalnya adalah elemen yang akan membantu dan memudahkan pemimpin organisasi.  Amat pasti bahawa selain upaya sebenar untuk menggerakkan organisasi, elemen lain yang meyakinkan komuniti sekeliling juga tidak harus diremehkan, sungguhpun kelihatan ’kecil’ pada pandangan orang lain.

Posted using BlogPress from my iPad

Seketika menapak.....

Amat sukarkah melakukan sesuatu....untuk kebaikan orang lain....? Ahh.....





Posted using BlogPress from my iPhone

Sunday, January 22, 2012

Mengurus Kualiti....

Buku ini memaparkan pelbagai teori untuk membantu menguruskan sekolah dengan lebih baik, khususnya dengan memberikan panduan pendekatan yang membabitkan aspek kualiti. 

Kajian yang dihuraikan di dalam buku ini menyentuh aspek perubahan dalam konteks pengurusan sekolah dan pengurusan kualiti secara menyeluruh. 

Dapatkan buku kecil ini secara online di sini.

Bergelut!

Pernahkah anda bergelut?. Masa kanak-kanak suatu ketika dahulu, saya ada pengalaman dengan kawan-kawan bergelut merebut sesuatu. Bukan sekali dua saya mengalami pengalaman bergelut ini. Antara pengalaman yang masih terbayang-bayang dikelopak mata adalah pengalaman bergelut dengan teman rapat kerana berebut buah mangga masak yang dijumpai dibawah pokok mangga, dalam perjalanan balik dari sekolah. Plot kisah ini mudah diramalkan. Awal pagi turun ke sekolah, seawal pagi itu lagi sememangnya sudah bergelut dengan pelbagai seteru.


Petang hari sebelumnya, sudah menjadi rutin untuk mengangkat air mandi sendiri untuk turun ke sekolah. Bukan tugas mudah mengangkat gelen berisi air sejauh lebih 300 meter dari perigi kampung ke rumah. Bergelut mengangkat air ini tanpa sedar bertukar menjadi terapi dan latihan yang mematangkan diri sedikit tentang makna 'tanggungjawab'.Rutin itu akhirnya 'diterima' sebagai rutin, kerana kalau tidak mengangkat air sendiri alamat tidak mandilah ke sekolah jawabnya!.

Sampai di sekolah, pergelutan berlarutan lagi untuk berhadapan dengan kegarangan guru. Kerja rumah sememangnya perkara yang tiada kompromi untuk disiapkan pada masanya. Tetapi aktiviti semasa sesi pengajaran di bilik darjah itu juga satu pergelutan yang lagi dahsyat. Kalau tidak dapat menjawab soalan lisan daripada guru semasa sesi pengajaran berkenaan alamat berdiri atas kerusilah jawabnya. Apatah lagi jika subjek yang terlibat adalah Matematik atau Bahasa Inggeris. Namun, pergelutan itu nampaknya juga satu terapi yang baik. Bergelut menyiapkan kerja rumah dan menjawab soalan guru di bilik darjah rupanya satu cara latihan membiasakan perkara yang dinamakan tanggungjawab!.

Sehinggalah tiba saat pulang dari sekolah, bergelut pula dengan teman sepermainan untuk merebut mangga masak yang dibaling dari pokok mangga yang tegap berdiri di tepi jalan raya menuju ke rumah dari sekolah. Bayangkan sahaja dengan berpakaian seragam sekolah, menggalas beg yang penuh berisi buku teks dan bergelut pula di tanah yang hanya beralaskan daun-daun gugur dari pokok mangga berkenaan, tentu sahaja pakaian yang bersih asalnya bertukar kotor dan comot. Pastinya penangan ibu menunggu di rumah, suatu yang pasti melihat pakaian kotor sedemikian. Teman bergelut akan 'berhenti' berkawan untuk beberapa hari sehinggalah ada perkara baru yang akan mempertautkan kembali hubungan teman sepermainan. Semua pergelutan ini ada makna mendalam pada hari ini!.

Apa yang sangat pasti.....pergelutan masih berlarutan sehingga hari ini. Mungkin mahqam atau status pergelutan itu sudah berubah, sesuai dengan saiz usia yang juga sudah berbeza. Amat pasti juga, aras pergelutan hari ini jauh melampaui aras pergelutan pada masa saya kanak-kanak dahulu. Pastilah arasnya sesuai dengan aras yang kita ada masakini. Jika pada masa kanak-kanak dahulu proses yang kita lalui itulah yang 'mengajar' kita menerima didikan tanggungjawab pada hari ini, nah......hari ini tanpa perlu berkias-kias, mesej dan pengajaran dari pergelutan melangsaikan setiap tugas adalah perkara yang mesti diberikan jawapan yang baik dan berjaya!.

Kerana rupanya, kita tidak akan rehat daripada 'bergelut' setiap hari untuk melangsaikan tugas!. Termasuklah....salah satu pergelutan itu adalah menyempurnakan tugasan!. Payah tetapi tetap membahagiakan!.

Posted using BlogPress from my iPad

Long Journey...









Posted using BlogPress from my iPhone
Location:Ranau

Tuesday, January 17, 2012

Seketika di Antartika....

Perjalanan ke Benua Antartika,salah satu dari dua tempat di dunia ini yang tiada arah timur dan barat!. Sumber : MOSTI

Sunday, January 15, 2012

Strategi.....

Penuh strategi.....
.....menghasilkan perancangan
Strategik......








Posted using BlogPress from my iPhone

Location:PLUMS. Tawau

Friday, January 13, 2012

Sama saiz....

Terkadang rasa sedih.....
Bila mereka bermaharajalela....
Hilang rasa hormat.....
......pada sesama makhluk...
Hilang rasa kasih.....
......pada yang tiada upaya...
Hilang rasa malu.....
......pada yang tahu....
Kerana segalanya hanya ada satu
......ukuran......
......tepat untuk semua...
Berapa RM yang kamu ada?
Beza cuma pada saiz......
Yang sering kering....saiz jejari
Yang kerap basah....bersaiz sasa
Haiii......sampai bila?









Posted using BlogPress from my iPhone

Location: Pasar Ikan Pulau Bajau, Semporna.

Tugas & tugasan....

Kentang, Mayonis, Sos &  NescafĂ© Nai.....sumber ilham mencari jawapan........


Posted using BlogPress from my iPhone

Thursday, January 12, 2012

Big Problem....

Kadang-kadang....disaat kita tidak bersedia, cabaran menyapa! Bagaimana kita mendepaninya....



Posted using BlogPress from my iPhone

Wednesday, January 11, 2012

New....







New face...with the new culture!

Posted using BlogPress from my iPhone

Relaks...

Relaks dan santai.... Membahagiakan diri.... Tanpa rasa takut & bimbang...


Posted using BlogPress from my iPhone

Monday, January 9, 2012

Gembira....

Saya gembira hari ini!. Anda bagaimana? Gembira, sedih, atau entah apa lagi perasaanya. Rasanya saya pernah memperkatakan tajuk gembira ini, sebelum ini. Saya kurang pasti bagaimana sudut pandangnya entri saya tentang tajuk yang sama sebelum ini, tetapi saya temukan beberapa perkara yang rasanya berkait dengan hal gembira ini.

Soal mengapa gembira rasanya tidak perlu diperkatakan. Tiada manusia normal yang memilih untuk tidak gembira. Lantas, gembira sajalah....... Bukan sahaja gembira menjadikan kita ceria selalu, tetapi gembira itu juga penting sebagai terapi untuk menjadikan kita sentiasa bertenaga menjalani kehidupan seharian kita walaupun dibebani pelbagai tugas dan kesibukan. Namun, saya tidak mahu membicarakan soal itu. Pagi ini saya temukan satu perkara, rupanya ada perkara yang dibuat oleh orang lain, tetapi kegembiraanya kita perolehi. 

Bagaimana untuk saya menjelaskan?. Contohnya, apabila Datuk Lee Chong Wei berjaya mematahkan 'keegoan' dan 'kejaguhan' Lin Dan dalam perlawanan akhir Super Series Terbuka Korea, saya gembira bukan kepalang meskipun hanya menonton dikaca televisyen. Ya.....kenyataan saya boleh lagi dipolemikkan. Saya gembira kerana saya menyokong wakil Malaysia. Itu sudah tentu!. Tetapi yang jauh lebih penting adalah apabila kemenangan Lee Chong Wei itu mencetus rasa gembira, dan natijah dari kegembiraan itu, semalaman saya membuat kerja, produktif dan dihujani banyak idea untuk menyudahkan tugasan saya. Refleksinya, rupa-rupanya ada sesetengah tindakan kita itu mendorong orang lain untuk produktif sebagaimana Lee Chong Wei mendorong saya untuk menyudahkan tugasan dengan sempurna. Lee Chong Wei tidak sedarpun bahawa kemenangannya itu mendorong saya produktif melakukan tugasan. 

Maknanya, tanpa perlu kita mempedulikan hal orang lain, rasanya wajar kita melakukan yang terbaik untuk setiap pekerjaan yang kita lakukan, kerana siapa tahu.....apa yang kita buat itu mendorong orang lain untuk menjadi ceria dan gembira menjalankan tugasan mereka. Tanpa kita sedari.....rasa gembira dan perlakuan kita itu mungkin mendorong orang lain untuk turut merasa gembira dan melangsaikan tugas mereka juga dengan jayanya! Jika benar bagai begitu, kitalah manusia yang paling bertuah kerana gembiranya kita melakukan tugas kita juga turut mengembirakan orang lain! Selayaknya begitu....lantas bergembiralah, siapa tahu.....gembira kita menerbitkan kegembiraan orang lain. 

Posted using BlogPress from my iPad

Saturday, January 7, 2012

Hujan pagi dan pencandu....

Seketika ini bermonolog dengan alam. Hujan pagi mengiringi perjalanan seriang sinar suria. Dalam sesak terdesak untuk menapak alur jalan raya menuju destinasi sejauh sebuah mimpi indah. Meskipun, berpergian jauh penuh ketidakpastian namun hujan pagi menyirami bersama belaian dan hembusan harapan, agaknya sesuatu mungkin boleh saya harapkan lewat hujan pagi hari ini.


Nun menunggu disana sang penglipur lara, sabar dan setia menanti hadir para pencandu kisah. Sang penglipur lara menghitung sesuatu beralatkan helaian-helaian daun yang bertebaran. Hujan pagi tidak pernah kenal nikmat kering dihamparan laman, sebagaimana sinar terik mentari tak tahu nikmat siraman hujan pagi. Sang penglipur lara tidak gusar untuk menitipkan kisah-kisahnya mungkin kerana ia dewasa oleh perjalanan kisah itu sendiri. Dirinya adalah kisah itu dan kisah itulah yang menjadikan dirinya penglipur lara. 

 Namun para pencandu inilah yang terlalu gusar dengan hujan pagi. Bersegera untuk menghibur duka lara, bertemu sang penglipur secepatnya, namun hujan pagi tidak akan sekali-kali mengerti isi hati sang pencandu. Biarlah 'kau' dengan halmu, aku tidak akan mahu ambil tahu!. Ada ketikanya sang pencandu mendengus, ahh....kenapa kau menyiram di pagi hari?. Namun dengusan itu hanya tingal dengusan. Tapak-tapak kaki itu harus terus dilukis sepanjang perjalanan ini, agar nanti denai tapak kaki yang ditinggalkan itu mungkin menjadi tanda kepada penglipur lara.....betapa kedukaan sang pencandu harus dibayar dengan kisah serba indah, bak nukilan mimpi sang puteri bertemu kekasih hati. Hanya hujan pagi yang mungkin mengerti.....sekalipun masih tidak pasti... 

Posted using BlogPress from my iPad

Friday, January 6, 2012

Hari ini bertukar kelmarin....

Hari ini hampir berarak lalu. Tarikh 06 Januari 2012 akan berstatus 'kelmarin', kurang 30 minit semasa catatan ini saya nukilkan. Tamatnya 3 hari pertama persekolahan tahun ini, kelihatanya semakin 'rancak' dengan pelbagai agenda perubahan. Sebagaimana lazim, minggu pertama sesi persekolahan selalunya meriah dengan Minggu Orientasi, khususnya untuk pelajar-pelajar baru.


Saya sempat menyibukkan diri dengan karenah beberapa orang pelajar baru, Tingkatan Satu. Tentu sahaja 3 hari yang berlalu ini 'mengajar' mereka tentang beberapa perubahan yang mesti mereka cerna dan hadam secepatnya. Setidak-tidaknya perubahan suasana dan sosialisasi dalam kalangan mereka di Tingkatan 1 ini benar-benar berubah. Dahulunya, penampilan diri mungkin sedikit kurang dipedulikan. 

Kini, elemen itu sudah mula menjadi perhitungan. Banyak contoh lain lagi yang menyangkut aroma perubahan. Selayaknya kita harus menjangkakan, segala perubahan atau yang bersangkutan dengannya menuntut proses adaptasi dan asimilasi yang bukan sedikit. Apatah lagi berdepan dengan rutin dan kebiasaan yang selama ini menjadi 'anutan' dan amalan kehidupan. Tidak terbatas kepada rutin kehidupan manusia dan ruang lingkupnya, kita harus menjangkakan sesuatu yang tidak kita jangkakan. Sama ada sebagai guru, murid atau apa sahaja...hari ini akan menjadi kelmarin, lantas bersedialah untuk sesuatu yang mungkin diluar kebiasaan kita....tetapi harus kita biasakan. Let's prepare.....for something moving!.

Thursday, January 5, 2012

SWOT?

Mudah dan memudahkan.....

Sepanjang dua hari berurusan dengan pelbagai watak manusia sarat iktibar dan didikan. Semasa mendaftarkan anak ke sebuah sekolah menengah di luar daerah kelmarin, saya mengamati babak manusia berurusan dengan manusia. Ada ketikanya urusan yang kelihatan sukar dipermudahkan, dan pada ketika yang lain, urusan yang mudah menjadi sukar dan kompleks.


Lewat babak ini, saya terkesan betapa kita lebih perlu menjadi manusia yang lebih perasa. Sama ada kita menjadi manusia yang memberi perkhidmatan atau menerima perkhidmatan, sensitiviti lebih perasa ini selayaknya harus ada. Detik dimana sang memberi khidmat alpa dengan peranannya, mudah saja orang yang melanggani perkhidmatan itu berfikiran serong dan negatif menanggapi peribadinya. Sebaliknya, ketika mana pelanggan perkhidmatan mempamer 'keakuannya' yang tinggi, mudah sahaja pemberi khidmat itu menarik muka masam dan cenderung mempersulit urusan. 

 Natijahnya, hasrat untuk menyelesaikan segala urusan antara keduanya menemui jalan buntu dan sukar. Jauh lebih parah lagi, kegagalan memahami komunikasi yang baik antara keduanya memungkinkan kedua-duanya terlepas peluang mendapat manfaat dan faedah daripada komunikasi berkenaan. Hasrat menyediakan perkhidmatan berkualiti tercalar hanya oleh komunikasi yang gagal. Demikian sebaliknya, hasrat menyudahkan urusan mudah, juga gagal kerana komunikasi yang capek. Jelas sekali, keperluan untuk memiliki budaya komunikasi yang baik semasa berhubungan dengan orang lain, atau sesiapa sahaja, adalah faktor yang banyak menyumbang kepada komunikasi berjaya, disamping amanah lain. 

Sukar sangatkah untuk membantu orang lain?. Apa yang jelas, kesediaan dan proses saling memahami selayaknya menjadi pembolehubah yang paling relevan jika ingin menjayakan perhubungan sebegini. Bukankah amat membahagiakan jika kita mampu mempermudah urusan dengan orang lain. Bukanlah sukar sangat untuk mudah dan mempermudahkan! Tiada gajet canggih yang boleh mempermudah urusan ini, melainkan 'lapang dada dan 'kepuasan' membantu orang lain. Hendaknya begitu....... 

Posted using BlogPress from my iPad

Wednesday, January 4, 2012

Sela matPa gii...Cik gu!

Pagi ini tentunya pagi yang sibuk bagi ibubapa dan guru di sekolah. Memulakan hari pertama persekolahan sesi 2012 menyediakan pelbagai kisah yang sarat cerita dan celoteh. Anak-anak di sekolah rendah khususnya yang baru memasuki tahun 1, seringkali banyak ceritanya. Kisah teruja untuk datang ke sekolah, tidak mahu berpisah dengan ibubapa, mahu membawa ibu duduk bersama didalam kelas, menangis, masih mengantuk, malah kelihatan tidak tahu apa yang hendak dilakukan adalah antara gambaran suasana yang mudah ditemui pagi ini.


Demikian suasana di sekolah menengah, khususnya yang baru memasuki tingkatan 1. Cuma berbeza sedikit kerana mereka tidak lagi 'mahu' membawa ibu duduk bersama di bilik darjah. Tetapi suasana teruja sentiasa terpamer diwajah mereka. Berjalan bersama teman mengelilingi kawasan sekolah, makan dan minum bersama teman karib yang baru dikenali, pakaian serba baru dan tidak kurangnya 'watak nakal' yang terpamer pada wajah-wajah, khususnya pelajar lelaki yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi, akan mewarnai suasana pagi ini dikebanyakan sekolah.

Tidak terlepas kesibukan ibubapa. Malah, bagi yang kali pertama menghantar anak ke sekolah, suasananya lagi meriah. Semasa persiapan membeli kelengkapan sekolah anak-anak lagi, mereka yang lebih teruja daripada anak-anak. Ibubapa yang bekerja, tentu sahaja pagi ini ada yang mengambil cuti semata-mata menguruskan anak-anak untuk hadir ke sekolah. Gelagat ibubapa menguruskan anak-anak pagi ini juga tidak kurang meriahnya.

Istimewa pagi ini tentunya untuk manusia yang gelar 'Cikgu'. Pagi ini bermulalah kembali rutin harian cikgu-cikgu seluruh dunia. Pagi ini ada cikgu yang bertugas sebagai kerani menguruskan pendaftaran anak-anak murid. Ada juga yang bertugas sebagai juruwang menerima kutipan yuran dan sebagainya. Ada juga yang bertugas sebagai polis mengawal disiplin dan pergerakan pelajar. Tidak kurang juga guru yang bertugas sebagai ahli psikologi memujuk anak-anak yang membuat kerenah dan banyak lagi watak dan profesion lagi yang berselindung disebalik watak guru!. Betapa tugas guru bukan mudah!. Namun, bermula pagi ini seringlah berkumandang laungan 'Selamat pagi...Cikgu' atau 'Assalamu alaikum...Cikgu'. Selamat kembali beraksi Cikgu-cikgu seluruh dunia!.

Posted using BlogPress from my iPad

Tuesday, January 3, 2012

SOHO!

Small Office Home Office!. Buku panduan mudah, praktikal, lengkap dan profesional bagi usahawan SOHO. Bisnes SOHO tidak memerlukan modal yang besar dan dapat dilakukan dari bilik tidur, meja makan, ruang tamu rumah, ataupun dari bilik hostel di kolej penginapan. Usahawan berpeluang mengurus SOHO persis gaya CEO syarikat gergasi dunia. Buku ini menjadi panduan lengkap, langkah demi langkah untuk usahawan SOHO yang baru mahupun yang lama bagi memantapkan pengurusan bisnes SOHO. Buku ini membantu usahawan merancang, membina, mengurus, dan mempromosi bisnes mereka.


Tidak semua perkara perlu diuruskan oleh anda sendiri. Buku ini memberikan perincian perkara-perkara yang anda boleh serahkan kepada orang lain bagi diselesaikan. Anda dapat memberi fokus kepada perkara yang lebih penting.Anda bosan melakukan rutin harian dan perkara remeh-temeh? Sistem automasi akan membantu anda. Masa anda yang berharga dapat dijimatkan, anda dapat bekerja lebih efektif, dan pastinya lebih produktif.

Antara kandungan dalam buku ini ialah ;

Bahagian 1 : Small Office Home Office (SOHO)
Bab 1: Small Office Home Office (SOHO).
Bab 2: Mengapa SOHO?
Bab 3: Contoh Bisnes SOHO
Bab 4: Undang-Undang Berkaitan SOHO.
Bab 5: Rancangan Perniagaan SOHO

Bahagian 2 : Pengurusan Pejabat SOHO
Bab 6: Peralatan Pejabat SOHO
Bab 7: Pemilihan Ruang Pejabat di Rumah
Bab 8: Diari Kerja
Bab 9: Pengurusan Fail Dalam Kabinet
Bab 10 : Alat Tulis dan Komunikasi
Bab 11: Peralatan dan Aksesori Komputer

Bahagian 3 : Pengurusan Kewangan SOHO
Bab 12: Pengurusan Wang Masuk dan Wang Keluar
Bab 13: Pengurusan Akaun Kewangan

Bahagian 4 : Pengurusan Produk, Pelanggan & Operasi Perniagaan
Bab 14: Pengurusan Produk
Bab 15: Mengurus Rekod Pelanggan
Bab 16: Mengurus Operasi Perniagaan
Bab 17: Mengurus Pekerja
Bab 18: Dokumentasi Tugas Rutin
Bab 19: Urus Bisnes Cara Alaf Baru

Bahagian 5 : Pengurusan Peribadi Usahawan SOHO
Bab 20: Kesihatan Usahawan SOHO
Bab 21: Insurans Takaful Diri
Bab 22: Keselamatan SOHO
Bab 23: Pengurusan Masa
Bab 24: Motivasi dan Kuasa Kejayaan

Bahagian 6 : Urus Promosi SOHO
Bab 25: Promosi Cara Tradisional
Bab 26: Promosi Cara Moden : Facebook
Bab 27: Promosi Cara Moden : Blog
Bab 28: Urus Promosi dan Pemasaran

Mudah diperolehi di kedai-kedai buku utama, atau kunjungi laman ini......

Posted using BlogPress from my iPad

Monday, January 2, 2012

Apple Tech 2050....?

You will definitely share this....

Betapa bahagianya dunia....andai semua manusia seperti ini....

Sunday, January 1, 2012

Ada ketikanya......2012

Ada ketikanya perkara yang sepatutnya mudah, tetapi berlakunya sangat susah dan payah. Tajuknya, spesifikasinya, kehendaknya, masanya dan pelbagai perkara lain diketahui...... malah amat diketahui. 
Namun terasa sukar untuk melangsaikannya. Pada suatu segmen kehidupan lain, berurusan dengan seseorang yang berautoriti dalam sesuatu hal. 
Bolehnya......perkara semudah menyemak senarai untuk mengenalpasti ada atau tidak perkara yang dihajati itu bertukar sukar dan menyusahkan. Jikalah alasannya hanya sekadar sukar menyusunnya semula, saya 'ringan tulang' untuk membantu kepayahan mereka. Namun pegawai berkenaan lebih cenderung untuk tidak bekerjasama. Kelihatannya dialah segala punca kuasa.......
............tanpa lupa.....