Saturday, October 31, 2009

Moon 311009...
























































Meteor Leonids.....

Musim juraian meteor Leonids sudah kembali. Pada jam 5.43 pagi 18 Nov 2009, dijangkakan kadar kemunculan juraian meteor boleh mencecah sehingga 500 meteor sejam! Tahun ini juga tarikhnya jatuh pada awal bulan Hijrah. Ini bermaksud Bulan tidak akan berada di langit ketika Leonids memuncak pada waktu tersebut.
Maklumat daripada laman web NASA, berdasarkan laporan tahun lepas menunjukkan kajian yang mereka lakukan mendapati meteor Leonids tahun ini boleh mencapai taraf separa-ribut (half-storm). Sesebuah juraian meteor layak digelar sebagai ribut meteor jika kadar meteor yang dapat dilihat mencecah 1000 meteor sejam.
Bagaimana saintis dapat mengagak jumlah meteor tersebut? Jika dilihat sejarah meteor Leonids ini, ia terhasil daripada debu-debu peninggalan Komet 55P/tempel-Tuttle ketika ia melalui kawasan orbit Bumi sekitar tahun 1466. Jaluran debu peninggalan tahun 1466 inilah yang dirempuh Bumi pada musim meteor Leonids tahun 2008, yang mana ia mencecah sehingga 100 meteor sejam. Jeremie Vaubaillon dari Caltech membuat kiraan berdasarkan modelnya, dan mendapati pada tahun ini (2009), Bumi akan sekali lagi memasuki kawasan jaluran 1466 ini dan kali ini menghampiri ke kawasan yang lebih banyak debunya. Ini akan menghasilkan jumlah meteor yang lebih banyak berbanding 2008.
Bill Cooke dari NASA turut bersetuju dengan model Jeremie dan menyatakan meteor Leonids akan memuncak di antara jam 5.34am hingga 5.44am (Waktu Malaysia).
(Foto diambil dari kamera all-sky ketika musim Leonids 2008. Kredit: Chris Peterson, Cloudbait Observatory)
Sumber : Falak-Online.com.

Friday, October 30, 2009

SkyMap Cerap Angkasa !

Benarlah kata orang......semakin kita mempelajari sesuatu, maka semakin banyaklah yang kita tidak tahu. Bukanlah pula ia bermaksud 'lebih baik kita tak payah belajar,.........kerana semakin banyak yang kita tidak tahu'. Dengan kata lain, kata-kata ini bukanlah bermaksud 'ilmu yang kita pelajari itu akan hilang'. Tetapi kata-kata ini mendukung makna 'gambaran lautan ilmu yang amatlah luasnya, semakin kita mempelajarinya, maka semakinlah kita menyedari bahawa banyak lagi ilmu yang kita tidak ketahui'.

Hari ini saya menemui SkyMap Interactive Chart!. Agaknya.......kebanyakkan kita tertanya-tanya, benda ni binatang apa?. Sekali lagi untuk yang baru mempelajari dan menceburi penjelajahan angkasa raya, SkyMap Interactive Chart ini memberikan kita peta angkasa raya ini secara masa sebenar ( real time )!. Apa gunanya, setiap kali kita mencerap khazanah di angkasa raya, carta yang boleh dicetak itu menjadi panduan kita mengenali sesuatu objek yang ada di angkasa. Paling menarik lagi, SkyMap ini kita boleh ubahsuai mengikut lokasi 'origin' kita sendiri. Carta yang terhasil pula boleh kita simpan dalam format PDF. Menarik dan sangat berguna. Apa lagi.....jom gunakannya!

Tuesday, October 27, 2009

Who is invented telescope ?


Resource for IYA2009 !




Kepada anda yang berminat dengan bidang astronomi ini, beberapa bahan menarik dan sesuai untuk dijadikan bahan penerangan kepada mereka yang ingin menceburi bidang astronomi ini, boleh muat-turun secara percuma daripada lama IYA2009. Sangat sesuai untuk paparan kepada anak-anak khususnya yang berjinak-jinak mengenali dunia astronomi ini.


Tunggu apa lagi...jom 'download'!.

Oh....Bulan Zulkaedah

Sudah agak lama saya tidak mencerap khazanah di angkasa raya. Saya berpakat dengan isteri, anak-anak dan ibu serta adik saya untuk mencerap bulan dan planet ( hajat hati....! ). Azzy paling teruja ketika saya membuat 'setting point' Orion Spaceprobe. Kini......jika tanya bulan kepadanya....bukan lagi melihat atau menunjuk ke langit, tetapi menuding jari ke arah telescope!.
Seronok juga mencerap bulan satu keluarga ni. Cuma.....kena tahan menghadapi pelbagai jenis soalan. Kesempatan ini saya gunakan untuk menguji beberapa peralatan baru yang saya beli untuk meningkatkan 'keupayaan' merakamkan 'segala fenomena di angkasa'. Gambar bulan ini masih perlu diperbaiki...... Next... akan lebih baik agaknya!. Enjoy it!.


Monday, October 26, 2009

Sunspot 1029

Tidak disangka-sangka, matahari kembali aktif dan menghasilkan sekumpulan tompok matahari atau sunspot beberapa hari lepas.
Digelar sebagai Sunspot 1029, ia turut menghasilkan julangan api solar kelas B dan C. Jika sunspot ini terus membesar, ia bakal menjadi sunspot terbesar untuk tahun 2009 ini.

(Foto kiri diambil oleh penulis pada jam 9.30 pagi tadi.)
Sumber : Falak-Online

Tuesday, October 20, 2009

Sunday, October 18, 2009

Friday, October 16, 2009

Bulan, Zuhrah & Zuhal !

Kesesakan lalu lintas pagi esok. Saya tidak maksudkan berkenaan kereta tetapi mengenai keadaan langit di ufuk timur pada awal pagi esok dan lusa.
Bulan sabit tua semakin hari semakin mengecil, menandakan penghujung bulan Syawal tahun ini. Namun, ia tidak akan menutup tirainya tanpa sebarang gimik. Yang pasti beberapa siri himpunan planet menarik akan berlaku.
Bermula selepas Subuh esok (16 Okt), seeloknya sekitar 6.30 pagi, Bulan akan berada di kedudukan atas kanan daripada planet Zuhrah dan ZUhal. Ia akan dipisahkan sejauh 8 darjah.
Zuhrah dan Zuhal pula membentuk pasangan objek yang berada agak rendah di ufuk, dengan Zuhrah terus mendominasi daripada segi kecerahannya yang berlipat kali ganda lebih terang dari Zuhal, yang berada di kedudukan lebih atas.
Pada awal pagi Sabtu (17 Okt), Bulan semakin rendah dan kali ini ia sudah beranjak ke kedudukan kanan bawah dari pasangan planet Zuhrah-Zuhal. Utarid kebetulan berada berhampiran ke arah kiri bawah dari Bulan dan bersinar pada magnitud -1. Namun kedudukannnya yang amat rendah dengan ufuk, di samping langit yang semakin cerah, mungkin menyukarkan kita melihatnya.

Thursday, October 15, 2009

Penegasan....








Saya memang perasan dengan jumlah 'entry' untuk bulan ini yang amat lemah. Manifestasi produktiviti yang juga lemah. Ahh.... iyakah begitu? Beberapa hari yang lepas, saudara saya yang balik kampung dari Lahad Datu, membawa saya menjamu selera di Seafest Cafe. Bagai lagak Profesor Serba Tahu ( PST ), topik perbincangan sangat luas, malah melangkaui batas sempadan negara. Hebat sungguh bunyinya ! .
Sambil menikmati hidangan, saya terkesan beberapa idea menarik yang dilontarkan oleh teman-teman tentang isu 'dualisme' dan 'penegasan'. Amat payah untuk kita mampu melakukan banyak perkara dalam tempoh masa yang amat singkat. Tetapi sebagai manusia normal.....kita mempunyai 'opsyen' atau pilihan. Persoalannya, nak pilih yang mana?. Hak tu.... hang pikiak le sendiri....!

Wednesday, October 14, 2009

Gelang Debu Gelang Rahsiaku !

Planet Zuhal dikenali ramai dengan sistem gelang yang begitu indah dan komplex. Baru-baru ini, perjalanan orbit planet Zuhal telah melintasi satah orbit bumi dan menyebabkan gelangnya kelihatan amat nipis dan hampir-hampir hilang dari pandangan.

Namun, itu baru separuh sahaja daripada ceritanya. Baru-baru ini, teleskop angkasa Spitzer (Spitzer Space Telescope) telah menemui gelang baru yang melingkari planet ini. Apa yang pelik ialah saiznya yang hampir 50 kali ganda lebih lebar daripada Gelang-E, dan terletak pada jarak lebih 200 kali ganda saiz radius planet Zuhal itu sendiri! Penemuan ini meletakkan ia sebagai sistem gelang planet yang paling besar pernah dirakam oleh mana-mana teleskop.

Gelang yang terdiri daripada debu-debu halus ini dipercayai berasala daripada bahan-bahan yang disembur keluar daripada permukaan salah sebuah bulan Zuhal, bernama Phoebe. Orbit bulan Phoebe ini berada betul-betul di tengah-tengah kawasan gelang debu tersebut.
Teori lain turut menyatakan debu-debu inilah yang mengakibatkan sebahagian daripada hemisfera bulan Iapetus bewarna gelap.
Sumber : Falak-Online.com

Open House 2009 !



































































Meraikan teman-teman dan sahabat handai yang berkunjung ke Seri Ilham..... pertemuan dengan teman-teman lama 'mengimbau' kembali pelbagai kisah semasa bersekolah..... dengan masing-masing bercerita tentang anak-anak dan pelbagai tajuk lainnya.! Nikmat Syawal yang penuh makna.....

Tuesday, October 6, 2009

Siap sedia penemuan terbaru dari Utarid!

Para saintis di NASA sedang bersiap sedia untuk menerima data daripada proba angkasa MESSENGER yang kini sedang melintasi planet Utarid pada jarak hanya 142 batu sahaja!
Selain daripada imej-imej beresolusi tinggi yang dijangka dapat dirakam oleh MESSENGER, terdapat suatu lagi pemerhatian yang cuba dicapai oleh para saintis, iaitu penyiasatan terhadap medan magnetiknya.
Utarid, yang berada amat hampir dengan matahari, telah menerima hentaman daripada angin solar sebanyak 15 kali ganda lebih kuat daripada di bumi. Oleh itu, jaringan medan magnet yang berada disekelilingnya berbelit-belit.
Mari kita sama-sama tunggu berita penemuan terbaru daripada ekspedisi ini.
Sumber: Falak Online.com