Seketika ini menunggu dan berhenti rehat di Hentian Rehat Temerloh. Menunggu anak-anak bersama ibu yang memilih menaiki Bas Ekspress dari Kuantan ke Kuala Lumpur. Saya berfikir lebih elok mereka 'mengembara' sungguh-sungguh menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Anak-anak saya rasanya antara yang 'malang' kerana kurang merasai suasana dan pengalaman menaiki kenderaan awam. Fikir saya, elok mereka menimba pengalaman perjalanan sejauh lebih 4 jam ini, sementara berkesempatan. Rencananya bertemu di Temerloh dan di Kuala Lumpur. Sehingga detik post blog ini, kelibat mereka masih tidak kelihatan lagi. Hahaha.....

Posted using BlogPress from my iPad
Location:Pantai Timur Hwy,Temerloh
No comments:
Post a Comment