Tiba-tiba sahaja perasaan melankolik muncul mendakap erat pemikiran saya. Lantas, saya melayan rasa ini. Sedar tak sedar kini kita sudah berada di bulan Mei. Saya tengah menyiapkan Kit Pengurusan Minggu Peperiksaan Semester 1 sekolah saya. Sedang saya menyelongkar fail-fail lama dalam portable harddisk, saya terselak folder gambar-gambar lama. Catatan tarikh gambar-gambar berkenaan menunjukkan tahun 2006.
Benarlah kenangan itu mampu menerbitkan rasa……suka, duka, sedih, ceria, gembira, seronok, rasa kesal dan tidak kurang juga yang mampu menjelmakan semangat dan motivasi.
Beberapa hari di penghujung April baru lalu, saya menggunakan sms menjejaki teman-teman lama, bekas para guru saya, dan individu-individu yang pernah menyumbang menjadikan diri saya, SAYA yang ada hari ini. Suatu yang saya amat syukuri, pada masa saya bersekolah dahulu, kerana memiliki teman-teman yang baik, guru-guru yang tegas dan tentunya baik-baik belaka.
Ada yang membalas sms, ada yang tidak berbalas. Hati cukup girang mendapat balasan sms teman-teman, tanda kita masih dalam senarai ingatan mereka. Sms yang tak berbalas, saya hanya mengandaikan kemungkinan mereka sudah bertukar nombor telefon. Tetapi saya nekad untuk terus menyimpan nombor telefon mereka. Saya akur, dunia sudah semakin kompleks kini!.
Sungguhpun begitu, saya cuba mendorong diri untuk menyakini beberapa perkara menanggapi hal ini. Pertama, alang-alang berteman, bertemanlah sungguh-sungguh. Sejujurnya, saya cuba untuk menjadi teman yang baik, yang sentiasa mengenang teman-teman, ingat kebaikan mereka, walau siapapun mereka kini. Ya…..mungkin ada diantara mereka yang agaknya sudah menjadi orang besar kini, berpangkat, hartawan, malah jutawan. Saya memang bersedia bertemu dan menghadapi mereka, walau bagaimanapun rupa mereka.
Saya menghadirkan diri saya seadanya. Terserah pada penerimaan teman-teman. Saya cuba mendidik diri untuk tidak lupa diri!. Sehingga kini saya masih menyedari dari mana asalnya saya!.
Kedua, terimalah teman-teman seadanya. Mungkin jiwa saya sedikit sentimental dalam soal ini. Kalau semasa bersekolah dahulu, kita mudah sangat mesra, ketawa bersama, bersaing malah saling mendorong, istimewanya…..sanggup berkongsi Maggie Cintan!. Hari ini…..haruskah semua itu berubah seiring perubahan masa. Rasanya…..tidak perlu!. Kita masing-masingpun sudah dewasa, sudah tahu batas sempadan kehidupan. Tetapi….kemesraan yang pernah dinukil bersama dahulu tidak seharusnya dinyahkan pada setiap kesempatan pertemuan.
Kedua, terimalah teman-teman seadanya. Mungkin jiwa saya sedikit sentimental dalam soal ini. Kalau semasa bersekolah dahulu, kita mudah sangat mesra, ketawa bersama, bersaing malah saling mendorong, istimewanya…..sanggup berkongsi Maggie Cintan!. Hari ini…..haruskah semua itu berubah seiring perubahan masa. Rasanya…..tidak perlu!. Kita masing-masingpun sudah dewasa, sudah tahu batas sempadan kehidupan. Tetapi….kemesraan yang pernah dinukil bersama dahulu tidak seharusnya dinyahkan pada setiap kesempatan pertemuan.
Secara peribadi…..saya cenderung mempamerkan rasa kasih mesra saya kepada teman-teman. Malah…..jika pertemuan itu bersama kehadiran anak-anak, saya lebih galak mempamer kemesraan itu, harapnya………nanti anak-anak ‘belajar’ sesuatu tentang makna persahabatan.
Tak tahulah……jika apa yang saya perkatakan ini tepat dan benar pada orang lain. Tetapi saya cenderung meyakini bahawa kita semestinya jujur dan ikhlas berteman-teman!. Bukannya teman hanya pada masa kita senang, tetapi lari lintang pukang pada masa kita mengharapkan kehadiran mereka.
Bukan mengharap balasan pada sebuah persahabatan, tetapi mengimpikan pengertian sebuah episod pertemuan yang pernah dilakar bersama. Saya cukup gusar, jika saya yang berubah……tetapi mungkin saya hanya sangsi jika teman-teman yang berubah!. Aku masih yang dulu!, dan masih mengharapkan teman-teman menghubungiku……..blog ini, saya nukilkan sebahagiannya untuk mereka !
No comments:
Post a Comment