Saturday, May 9, 2009

Road Sign or Sign Road ?






Melihat kepada gambar-gambar ini, agaknya mana satukah objek yang menjadi tumpuan ( focus point ) kita?. Kita jawab sendiri !. Tetapi ini mungkin hanya persoalan persepsi. Tetapi mahu tak mahu, persepsi itu jugalah yang mempengaruhi gaya berfikir kita. Bukankah gaya berfikir itu juga secara langsung menjadi 'stereng' kepada setiap tindakan dikalangan kita.



Sebab itulah rasanya, terdapat pemandu kereta yang mengalami kemalangan walaupun peringatan yang cukup telah diberikan sepanjang jalan raya. Situasi sebaliknya, terdapat pemandu kereta yang tidak pernah sekalipun mengalami kemalangan, walaupun tiada tanda apa-apa yang diletakkan di sepanjang tepi jalan raya!.

Penting untuk kita mengenalpasti fokus tumpuan kita setiap kali melakukan sesuatu. Tetapi jangan pula sehingga mengenepikan perkara-perkara kecil tetapi penting dalam usaha kita untuk mencapai sesuatu. Agaknya bolehkah kita......menjadi pemerhati positif yang cepat dan tepat mempelajari sesuatu daripada apa yang diperhatikannya!.

Fokus pandangan saya tidak semestinya tepat untuk orang lain, tetapi mungkin sesuai bagi saya. Pada masa yang sama, fokus pandangan anda juga tidak semestinya baik bagi saya dan sebaliknya pada dirinya. Namun yang pasti, kita sama-sama melihatnya. Jika kita melihat manfaatnya, maka kebaikanlah yang kita kecapi. Sebaliknya jika kita melihat kecacatannya, maka itu juga yang akan kita terima. Pada tahap inilah rasanya akan terzahir rupa sebenar manusia yang berjaya dan yang tidak berjaya. Persoalannya anda cenderung melihat yang mana?.

No comments: