
Itulah planet Marikh, planet ke-4 di dalam sistem suria kita dan berada pada kedudukan Istiqbal dengan Bumi. Istiqbal merupakan satu keadaan di mana planet-planet yang berada di dalam orbit yang lebih jauh daripada Bumi, berada pada kedudukan sederet relatif kepada Bumi dan Matahari. Di dalam kes ini, Marikh-Bumi-Matahari akan berada pada satu garisan yang hampir lurus. Ini bermaknanya, sebaik sahaja matahari terbenam, Marikh akan terbit.
Pusingan planet Marikh (atau juga dikenali sebagai planet Merah) bagi setiap kedudukan istiqbal ialah setiap 26 bulan. Ketika ini, Marikh akan berada paling hampir dengan Bumi, dan kita akan dapat melihat ciri-ciri permukaannya dengan begitu jelas dan mudah. Maklumat lanjut sila kunjungi laman ini.
( Sumber Bahan : Falak Online )
No comments:
Post a Comment