Thursday, June 16, 2011

Sambutan Hari Guru SMK. Tagasan......

Hari ini adalah hari kemuncak sambutan Hari Guru peringkat sekolah saya, SMK. Tagasan. Sambutan yang telah bermula penganjurannya pada 16 Mei 2011 yang lalu, dijalankan selama sebulan bagi membolehkan warga sekolah bersama-sama merayakan dan menzahirkan partisipasi dan apresiasi dalam sambutan yang cukup bermakna kepada warga guru ini.


Sambutan selama sebulan ini membolehkan penganjuran pelbagai aktviti yang berkaitan. Jawatankuasa penganjur telah menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai aras warga sekolah. Antara aprogram yang dianjurkan adalah Pertandingan Menulis Esei, Pertandingan Melukis Poster, Pertandingan Mereka-cipta Kad Hari Guru yang dikhususkan kepada para pelajar, dan Pertandingan Bola Sepak, Pertandingan Bola Jaring dan Pertandingan Badminton yang dikhususkan untuk warga guru.

Paling istimewa adalah aktiviti anjuran Panitia MPV, yang menyediakan tempahan kek khas untuk guru-guru. Aktiviti ini dibuka kepada para pelajar yang ingin memberikan hadiah istimewa kepada para guru mereka. Gambar-gambar berkaitan akan saya apungkan kemudian!

Selamat Hari Guru....Cikgu!, demikian anak-anak murid seringkali ucapankan sepanjang hari ini. Terasa amat dihargai...pulak!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Dewan Pelajar SMKT, Semporna

1 comment:

al-fadzrin sambas said...

selamat hri guru kepada guru-guru di smk tagasan dan saya sangat berbangga jadi anak murid d sekolah smk tagasan pada 2004-2007
jugak tidak lupa kepada cikgu salleh dan cikgu wan marini wan salleh yang banyak mengajar saya semasa saya belajar di smk tagasan dulu?
sekian