Friday, June 24, 2011

Ikhlas.....

Mana ada manusia yang membina hubungan yang tiada kepentingan!. Agaknya apa reaksi kita andai dilontarkan pertanyaan sedemikian?. Tentunya.....pelbagai reaksi, jawapan dan pendirian yang boleh berlaku. Namun, sememangnya hubungan manusia acapkali dibayangi 'kepentingan'. Ada manusia yang menjalin hubungan semata-mata kerana 'kepentingan'. Tidak kurang juga manusia yang membina hubungan walaupun tanpa apa-apa kepentingan.


Saya melontarkan persoalan ini melihat layanan dan perkhidmatan yang disediakan semasa saya berurusan untuk menyelenggara kereta saya, MyVios. Betapa setiap urusan saya mendapat layanan baik, tentunya kerana ada kepentingan. Mungkin kepentingannya kerana ia adalah polisi syarikat yang mengutamakan pelanggan. Lantas, aduan pelanggan hatta sekadar 'berdehem' sekalipun......mereka memberi reaksi yang cepat dan responsif. Tak apalah.....kerana ia telah ditetapkan begitu.

I'll continue.....later! ( Babak 2 : Jam 10.45 am )

Saya terfikir sendiri, andai segala hubungan itu hanya terbina oleh asas kepentingan.... kelihatannya cenderung bersifat sementara. Pada ketika kita masih berkepentingan maka sedapat mungkin kita cuba membina dan menyuburkan hubungan. Tidak kiralah sama ada ia direncana sebelum atau selepas hubungan itu terbina, tetapi yang sangat saya pasti adalah hubungan ini bersifat sementara dan hipokrasi. Pada masa keuntungan daripada kepentingan itu masih mampu 'dituai', maka selagi itulah hubungan itu akan dipertahankan. Andai....tuaian sudah mula susut dan berkurangan maka dialah manusia yang pertama sekali lari meninggalkan kita!.

Sebaliknya, jika hubungan itu terbina oleh asas hubungan yang lebih asli dan murni......hubungan yang didasarkan pada asas dan fitrah kemanusiaan, rasanya.....hubungan ini yang subur dan berkembang mekar. Teman dalam hubungan inilah yang susah dan senang kita....sentiasa bersedia berkongsi tangisan dan senyuman. Apatah lagi jika hubungan ini diserami akhlak agama yang disandarkan kepada tuntutan dan suruhan tuhan!. Namun, kecenderungan hari ini.....kelihatannya tidak begitu.

Pada pengamatan saya, hubungan ini kelihatannya terkelompok kepada 3 lapisan. Lapisan pertama, hubungan bersandar kepentingan. Hayat senyum dan tawanya bersama kita ditentukan oleh tuaian kepentingan. Lapisan kedua, hubungan bersandar menang - menang. Agaknya hubungan saya dengan Toyota ini terkelompok disini. Saya bernilai selagi mana saya memberi nilai pada mereka. Dan, lapisan ketiga, agaknya bersandar hubungan humanisme. Saya ingin berhubungan dan berteman dengan sesiapa sahaja atas hubungan kemanusiaan. Saya ingin mengenalinya dan berkongsi cerita dan pengalaman hidup, yang tentunya pengalaman hidup itu membolehkan saya menjalani kehidupan!.

Agaknya begitu!. Benar pada saya, tetapi belum tentu benar pada anda!. Saya ingin sekali berteman, teman tapi mesra......

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Toyota Sales and Service Centre, Jalan Masjid, Tawau

No comments: