Thursday, June 9, 2011

Orientaring and compass.....




Sesi petang hari ini agak mencabar. Cabarannya bukanlah kesukaran menjalankan aktiviti tersebut, tetapi kepayahan mengikuti aktiviti orientaring dan penggunaan kompas disebabkan tenaga badan yang sudah 'weak' tentu sahaja disebabkan aktiviti sky bridge yang dilalui lewat pagi tadi.

Aktiviti ini agak mudah kerana hanya perlu mengetahui bagaimana menggunakan kompas serta beberapa panduan sampingan. Sebelum kami dilepaskan untuk 'menyelesaikan tugasan' aktiviti ini, cikgu Jimmy, penyelaras kursus terlebih dahulu membuat simulasi orientaring di laman pelantar dewan makan.

Sejurus sebelum dilepaskan, tugasan yang sedia terdapat dalam fail kursus diserahkan kepada setiap kumpulan. Cikgu Gordion menghangatkan persaingan dengan membuat pengumuman bahawa pemenang aktiviti ini akan diberi hadiah menarik. Pengalaman sebagai guru geografi khususnya tajuk bahagian A, kemahiran geografi (kedudukan, arah dan kompas) banyak membantu menyudahkan aktiviti ini. Namun, lantaran bateri sudah 'kong'....maka banyak aktiviti yang disempurnakan oleh teman-teman sekumpulan. Saya hanya 'follow footstep' mereka sahaja. Hingga akhirnya, saya berhenti di Shop Souvenir.

Tetapi tanpa sedar, rupanya kumpulan kami pula yang memenangi aktiviti ini. Alangkah seronoknya kerana hadiah yang kami perolehi adalah berupa t-shirt sumbangan Kelab Pencinta Alam. I just can say....berbaloi-baloi !

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Laman Pelantar Dewan Makan, MBSC, Tawau.

No comments: