Thursday, June 9, 2011

Sky Bridge....

Catatan ini saya nukilkan di tempat tinggi, sky bridge. Catatan selanjutnya saya akan sudahkan kemudian. Saya perlu tamatkan 'assignment' hari ini sehingga berjaya.....go go.....

Pencapaian hari agak luar biasa bagi diri saya. Mana tidaknya, semenjak tiba di MBSC, aktiviti memerlukan pergerakkan dari satu lokasi ke satu lokasi. Aktiviti hari ini rasanya cukup mencabar diri saya sendiri. Mana tidaknya 'walking in the sky'.....saya perlu melawan rasa takut saya yang perlu mendaki setinggi 15.8 meter ke atas pokok dan berjalan menghabiskan laluan sejauh 300 meter yang melibatkan 7 platform atas pokok.

Bukan mudah untuk saya melaluinya. Aktiviti luar kebiasaan lantas saya tidak rasa malu untuk mengakui rasa gayat berada di atas pokok setinggi sky bridge ini. Tetapi....akirnya saya berjaya juga!. Yess.....

Renjer yang mengiringi saya sangat mesra dan ini memberikan saya peluang bertanya tentang sky bridge ini.

Posted using BlogPress from My iPad's.


No comments: