Tuesday, June 7, 2011

Siri Menghutankan Diri 3......


Akhirnya perjalanan panjang hari ini berkesudahan jua. Lega rasanya sampai ke destinasi, Pusat Pendidikan Lembangan Maliau Basin (MBSC) tepat 5.07 petang tadi. Apa yang dapat saya perkatakan, perjalanan hari sungguh mencabar. Keadaan jalan memerlukan kemahiran tinggi pemandu. Mana tidaknya, sepanjang perjalanan dua kali kami terpaksa berhenti. Setelah berhenti rehat di Kalabakan, perjalanan diteruskan kami terserempak dengan kejadian lori balak terbalik. Tentu sahaja disebabkan keadaan jalan yang tidak elok.

Setengah jam berikutnya, kami menyambung perjalanan lagi. Sekali lagi setelah beberapa ketika kami berhadapan pula dengan 'terowong', istilah yang digunakan para pemandu kenderaan dijalan ini untuk menggambarkan jalan berlumpur hingga menyebabkan kenderaan seolah-olah memasuki tanah lebih separuh badan. Anda bayangkan sahaja agaknya bagaimana jika kita menggunakan kereta dan bukan pacuan 4 roda. Payah!. Bertambah payah lagi kerana lori balak yang sarat dengan kayu-kayu balak juga menggunakan laluan yang sama. Tentu sahaja keadaan jalan itu bertambah dalam lopaknya.

Jam menghampiri pukul 4 petang, akhirnya kami sampai di Gate utama masuk ke MBSC. Kami semua turun untuk mengisi borang kebenaran memasuki MBSC, kawasan yang diurustadbir oleh Kumpulan Yayasan Sabah.

Posted using BlogPress from My iPad's


Location:Lobi Studies Centre, MBSC, Tawau

No comments: