Jam ketika ini tepat 10.59 pm. Sejam dari catatan ini dimulakan, sumber kuasa elektrik di Maliau Basin Studies Centre (MBSC) akan dihentikan. Bergelap didalam hutan belantara dan hanya akan 'dihidupkan' semula pada pukul 7 pagi esok. Sesampai sahaja disini pada jam 5 lebih tadi, kami ditempatkan di asrama yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap. Kami ditempatkan dibilik Bambangan 1. Setiap dorm ditempatkan dua katil bertingkat. Bilik mandi dan tandasnya pula bersih dan kemas teratur, tentu sahaja dengan sumber air yang bersih dan jernih.
Sekitar pukul 7, selepas bersolat dan mengemaskan katil masing-masing, kami bergerak menaiki tangga menuju ke dewan makan yang terletak di atas bukit. Tentu sahaja pergerakan ke sana memerlukan tenaga yang bukan sedikit, apatah lagi dengan saiz triple X, bertatih mendaki anak tangga. Entah berapa kalori yang hilang dariapa pergerakan ini. Namun rasa penat ini hilang dan tidak terasa lantaran rasa lapar yang teramat sangat. Sengaja untuk tidak membeli makanan ringan kerana meyakini khabar yang mengatakan perjalanan cuma mengambil masa 3 jam.
Sebagaimana kebiasaan kursus-kursus anjuran Kelab Pencinta Alam (SNC) yang pernah saya hadiri, makanan tiada masalah. Mungkin kerana rasa lapar yang amat sangat, terasa makanan yang dihidangkan cukup sedap dan menyelerakan. Sungguhpun simple, tetapi cukup menyelerakan. Sesi makan malam bertambah meriah, apabila semua ahli rombongan dari daerah lain telah berkumpul sama, termasuk tenaga penganjur kursus. Sungguhpun kebanyakkan kami baru pertama kali berjumpa, tetapi terasa mesra dan mudah berbual bicara, ....mungkin juga kerana masing-masing terasa teruja dengan suasana di MBCA ini.
Sehabis makan malam, kami bergerak ke Mini Teater dengan kemudahan lengkap sebagai bilik kuliah. Penerangan ringkas secara sepintas lalu oleh Cikgu Jimmy Omar, penyelaras kursus, .... bersama Mr. Christopher juga Dr. Jada Suhaimi ( Pengurus MBCA ) amat mengujakan. Aktiviti pada malam ini diteruskan dengan pembentangan kajian oleh seorang sukarelawan, mahasiswa Universiti Malaysia Sabah, yang telah berada di sini sejak lebih sebulan yang lalu. Banyak juga input yang saya perolehi, termasuk jarak perjalanan mengelilingi Lembangan Maliau Basin mengikut trek yang telah disediakan mengambil jarak hampir 38 kilometer.
Paling mengujakan adalah pembentangan oleh Dr. ??, mengenai SAFE Project. Banyaklah perkara baru yang saya perolehi terutamanya mengenai masa depan Hutan dan MBCA. Sungguhpun telah ditegaskan bahawa......Zzzz.....
Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Maliau Basin Studies Centre, Tawau.
No comments:
Post a Comment