Thursday, June 9, 2011

Closing Ceremony




Malam ini adalah upacara penutupan kursus yang dijalankan secara cukup 'simple' dan sederhana, tetapi penuh makna. Cikgu Gordion memulakan sesi sebagai pengerusi majlis. Suasana majlis benar-benar santai dan bersahaja, dan..... setiap individu kelihatannya 'sporting' mengaksikan peranan masing-masing.

Saya terkesima seketika.....apabila teman-teman meminta saya untuk berucap 'mengekspresikan' rasa sepanjang eksplorasi menghutankan diri di MBSC ini. Namun, saya menerima pelawaan dan permintaan itu dengan rasa cukup 'sporting'. Lantas, apabila berdiri dihadapan mikrofon, saya berfikir sepontan untuk memilih sudut pandang yang ingin saya zahirkan.

Jadinya.....saya mengutarakan perihal kursus ini yang rasanya amat bermanfaat untuk mempromosikan 'awareness' tentang alam semulajadi. Tentu sahaja kekayaan khazanah seperti Maliau Basin ini tidak ternilai harganya. Tetapi dalam masa yang sama, tiada jaminan bahawa ia akan kekal terjaga sebagaimana hari ini. Lantas....selayaknya inisiatif ini diteruskan kesinambungannya.

Saya juga mengambil kesempatan sesi ini untuk 'apreciate' peranan Cikgu Jimmy Omar, sebagai pengasas dan penggerak kewujudan NGO kecil seperti Kelab Pencinta Alam ini. Sepeninggalan Cikgu Jimmy Omar nanti dari peranan ini, seseorang perlu berperanan untuk mengganti dan meneruskan usaha murninya ini. Saya tegaskan, peranan ini juga terpikul dibahu setiap peserta bengkel ini untuk menyebarluaskan kesedaran ini dikalangan anak-anak dan keluarga, malah dibilik-bilik darjah. Saya tegaskan peranan sekecil meminta pelajar 'ringan tulang' memungut sampah itu adalah cara untuk menyuntik kesedaran ini secara tidak langsung. Saranan untuk meramaikan klon Cikgu Jimmy Omar adalah usaha yang tidak harus terbantut.

Pada akhirnya...saya melahirkan apresiasi atas inisiatif SNC dan MBSC menganjurkan program bermanfaat ini. Rasanya.....kami semua sependapat bahawa kursus ini cukup bermanfaat, apatah lagi dengan cara pengendalian yang santai, humor dan tentu sahaja 'kekayaan' persekitaran yang sentiasa menyegarkan. Secara jenaka, saya juga memberikan penghargaan kepada katering.....yang sentiasa menyajikan menu yang menyelerakan.

Sesi ucapan penutupan Bengkel Pendidikan Kesedaran Alam Sekitar ini disampaikan oleh penyelaras kem dan diakhiri dengan upacara penyampaian sijil penyertaan. Simple closing ceremony but meaningfull for all of us. Esok....kami semua akan pulang kehalaman masing-masing.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Mini Teater, MBSC, Tawau.

No comments: