Wednesday, June 8, 2011

Jurnal Maliau Basin..

Alhamdulillah, pagi ini bangun seawal jam 5.00 pagi. Bersiap, berkemas dan solat subuh dan kemudiannya, bersedia untuk aktiviti pagi ini, Meneropong burung. Jam 6.00 pagi sebahagian kami sudah tercegat berdiri di laman pelantar hadapan bilik asrama untuk mendengar taklimat penggunaan teropong yang disampaikan oleh Cikgu Jimmy Omar. Penerangan ringkas dan bermaklumat khususnya penggunaan teropong membantu kebanyakkan kami untuk melaras kanta teropong mengikut kesesuaian diri masing-masing. Then, kami semua bergerak dengan hasrat untuk memerhatikan burung-burung yang terdapat di MBCA.

Kami bergerak secara berkumpulan menuju ke Belian Camp, tapak perkhemahan yang berhampiran dengan sungai Maliau. Di Belian Camp ini jugalah terletaknya 'Maliau Sky Bridge' sepanjang 300 meter. Agaknya, esok kami akan menjelajah jambatan gantung atas pokok ini. Harapnya tidak akan hujan. Sepanjang berjalan santai ke Belian Camp, tiada seekor burungpun yang berjaya kami teropong melainkan beberapa ekor yang berterbangan di silara pokok.

Terubat sedikit kehampaan apabila menemui tapak kaki rusa yang bertaburan di atas jalan menuju ke Belian Camp. Kemudian menyeberangi sungai Maliau dan sempat mengambil beberapa keping gambar pemandangan sungai di kiri dan kanan jambatan gantung. Berehat seketika, kami kemudiannya berpatah balik ke Studies Centre kerana titisan hujan yang mula menyiram memberi isyarat hujan akan turun keketika nanti.

Then, kami akhirnya bersarapan pagi di dewan makan Sudies Centre. Seketika......
Posted using BlogPress from My iPad's


Location:Dewan Makan, MBCA, Tawau

No comments: