Friday, June 10, 2011

It's Final Day!

Seketika nanti kami akan memulakan perjalanan pulang. Malam tadi rasanya saya orang yang terakhir tidur dan kebetulannya pula bekalan elektrik berterusan sehingga jam 1 pagi. Saya tidak menyedari pukul berapa saya tertidur selepas itu. Saya sendiri tidak tahu kenapa saya begitu bertenaga, tidak mengantuk dan secergas ini, sungguhpun badan terasa letih dan lenguh-lenguh terutama di bahagian 'suspension'. Saya bangun pada pukul 5.28 pagi......orang kedua selepas Cikgu Bad. Selesai membersihkan diri, mandi dan bersolat, saya terus mengemas barang untuk perjalanan pulang dan membersihkan kawasan katil saya selayaknya.

Setelah siap, saya mengheret troli beg saya ke pelantar hadapan asrama penginapan kami dan meninggalkan beg untuk naik ke dewan makan untuk menikmati sarapan pagi dan sesi bergambar bersama rakan peserta kursus yang lain. Selesai bersarapan, maka saya memulakan sesi 'membelai dada iPad' untuk mencoretkan catatan akhir yang dibuat di MBSC ini.

Seusai sesi bergambar ini, perjalanan panjang untuk pulang ke destinasi masing-masing akan bermula. Saya mencari sudut pandang.....untuk mentafsir dan menanggapi sesuatu lewat pengalaman yang dilalui pasca bengkel ini. Saya akan membuat catatan selanjutnya nanti dalam entry post yang akan datang.

Ok. Jom balik, sayonara MBSC, Terima kasih teman-teman sekursus, staf penganjur...maaf atas segala yang telah berlaku, sengaja atau tersengaja! Mungkin catatan ini adalah catatan terakhir yang saya buat di MBSC. I don't know what will happen.....next. Roger and out!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Anjung Rehat, Dewan Makan, MBSC, Tawau.

No comments: