Thursday, June 16, 2011

Refleksi Aku Seorang Guru....

Acara kemuncak pada hari ini tentunya Perutusan Menteri Pelajaran dan Ucapan Dasar Pengetua. Sebelumnya, dengan pimpinan Pengetua mengetuai guru-guru untuk upacara membacakan ikrar dan menyanyikan lagu Hari Guru.


Perutusan Menteri Pelajaran yang disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Mohd. Jakarah Imam Asmad, tentunya berkisar kepada cabaran dan inisiatif memperkasa pendidikan sebagai penjana utama kecapaian Malaysia mencapai status negara maju. Inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) khususnya yang menyentuh pengupayaan sektor pendidikan antara yang menarik untuk difikirkan oleh semua warga yang mengaku dirinya guru.

Ucapan Dasar Pengetua pula menyentuh secara langsung keberkesanan dan keberfungsian warga guru di bilik-bilik darjah. Pengetua juga menegaskan keperluan memperkasa ilmu keguruan agar setiap warga sekolah ini sentiasa relevan dan berupaya melangsaikan tugasan mereka masing-masing. Menurut beliau lagi, peningkatan pencapaian band sekolah yang dicapai baru-baru ini tentu sahaja hasil inisiatif semua warga sekolah ini, dan tentunya kerja keras....cikgu-cikgu!. Pengetua seterusnya menyeru agar usaha dan inisiatif murni ini diteruskan pada masa-masa akan datang.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan kategori pelajar dan guru. Selamat Hari Guru!.

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Ruang Legar, Dewan Pelajar SMKT, Semporna.

No comments: