Thursday, March 19, 2009

Centre Point ke 1Borneo.....

Terasa begitu cepatnya masa berlalu. Hari ini saya menghabiskan masa dirumah. Membaca buku Travelog Haji yang menyejukkan hati dan perasaan. Pembacaan masih diteruskan, tetapi setakat yang saya baca, penulis buku ini berjaya menzahirkan rasa ikhlas dan tulusnya. Tak tahulah jika saya jiwang sangat agaknya. Tetapi kejujuran yang dizahirkan penulis memang dapat dirasakan. Bacalah!. Saya akan memberikan ulasan saya sendiri sehabis sahaja saya khatam buku ini.

Hari isnin dan selasa yang baru lalu, saya bersama saudara Yani, bergentayangan di sekitaran Bandaraya Kota Kinabalu. Sengaja memilih untuk ‘menjelajah’ bandar tropika ini kerana rasanya sudah terlalu lama saya tak melalui kepayahan untuk bergerak. Apatah lagi, datang kesini memang tanpa membawa kereta. Lagipun, inilah masanya merasai pengalaman berbeza ( taklah berbeza sangat....tapi dah lama sangat tak merasai ).

Memanglah…..kita hanya dapat menilai sesuatu apabila kita sudah merasai atau mengalaminya sendiri. Menaiki bas mini dari Puterajaya ke Centre Point terpaksa 2 kali turun naik!. Di Centre Point, kami membawa haluan masing-masing. Saya terus ke kedai kamera Fotomart di Ground Floor. Hajat hati ingin melihat dan mendapatkan nasihat mengenai kamera SLR siri EOS 1000D dan 450D. Ricky yang selalu melayan saya disana memberi penjelasan yang memuaskan. ‘Window shopping’ saja sebenarnya. Dari sana saya menaiki tingkat demi tingkat hingga sampai di Popular, Palm Square, melihat-lihat buku terbaru.

Dari Centre Point berjalan kaki pula pergi ke Wisma Merdeka. Memang terasalah juga sakitnya berjalan membawa muatan lebih 100 kilogram!. Sesampai disana, saya dan Yani membawa haluan masing-masing. Saya mengambil kesempatan berehat sambil menonton ‘previu’ filem Ip man. Agak leka menonton, saya memasuki sebuah kedai kasut sukan, mencuba kasut sambil curi-curi duduk di bangku. Ambil kesempatan berehat sungguh-sungguh.

Pendekkan cerita, menjelang tengahari sedikit, kami menaiki City Bus untuk pergi pula ke One Borneo. Menumpang City Bus inilah saya memasang azam menukilkan coretan ini. Mana tidaknya, dengan keadaan penumpang yang sesak berdiri, saya seperti terhuyung-hayang setiap kali bas berhenti atau menyambung perjalanan. Berdiri dari mula naik sehingga sampai ke One Borneo. Sesampai di sana, Yani terus hilang dari pandangan. Bagai tak sedar diri agaknya melihat potongan harga di Tune. Saya membawa diri mencari tempat duduk, dan mula menghampar surat khabar untuk dibaca setiap butiran ayatnya. Ringkaskan cerita, ahh….saya merasakan diri sudah terlalu sukar menghadapi kepayahan!.

Perkara inilah yang cukup membimbangkan saya. Bukan soal saya sombong dan mula lupa diri menghadapi kepayahan. Tetapi nampaknya, saya akui……akibat hidup yang sudah semakin dipermudahkan oleh banyak perkara, saya merasakan kehilangan nilai dan keupayaan menghadapi kesukaran. Anak murid saya mungkin sudah boring mendengar cerita saya berjalan kaki ke sekolah sejauh 13 kilometer, setiap hari!.
Pengalaman berjalan kaki ke sekolah ini adalah ‘favorite story’ yang rasanya saya tak pernah tertinggal untuk ceritakan!. Sehingga hari ini keluarga arwah Pakcik Dollah ( Al-fatehah....entah dimana sudah keluarganya kini... ) seperti dekat dengan saya kerana arwah Pakcik Dollah inilah yang selalu membawa kami setiap kali terserempak di tengah jalan sama ada semasa pergi ke sekolah atau semasa pulang dari sekolah. Setiap kali turun atau balik dari sekolah, mata sentiasa galak melihat kalau-kalau kelibat bas Pakcik Dollah muncul. Lega sedikit rasanya, sungguhpun terpaksa berdiri dari mula naik sehingga turun di simpang menuju ke rumah Pakcik Dollah.
Dari sana perjalanan disambung kembali lebih kurang 5 / 6 kilometer barulah sampai di istana bertingkap guni beras dan berdaun pintu zink!. Gagahnya ketika itu, sehingga menangis jika tak dapat ke sekolah. Sentiasa seronok walaupun terpaksa berjalan kaki. Dan,……paling istimewa…..masih boleh berjaya melakar keputusan yang cemerlang sungguhpun demikian sukarnya!. Astaghfirullah…….setelah lebih 25 tahun……sukarnya kekuatan itu dijelmakan kembali. Bagaimanalah nasib anak-anakku?.

1 comment:

Anonymous said...

Mahathir - Anwar : Siapa Benar?
Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi pendirian bahawa beliau tidak menyetujui tuntutan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuntut beliau memohon maaf dan membayar pampasan RM100 juta berhubung perkataan-perkataan memfitnah yang didakwa dilafazkan dalam ucapannya di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 9 September 2005. Dr. Mahathir tetap berkeyakinan bahawa perkataan yang disebutnya terhadap Anwar Ibrahim adalah benar bukannya fitnah.

Dr. Mahathir berkata beliau akan bersungguh-sungguh mempertahankan prosiding memfitnah yang dibawa terhadapnya dan menerima khidmat proses undang-undang jika Anwar bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Surat daripada peguam Dr. Mahathir, V.K. Lingam & Co. telah diserahkan kepada peguam Anwar, Tetuan S.N.Nair & Partners. Dalam suratnya, Dr. Mahathir berkata Mahkamah Persekutuan dalam keputusannya pada 2 September 2004 telah secara khusus menemui fakta bahawa Anwar sebenarnya terlibat dalam kegiatan homoseksual.

Kandungan surat tuntutan itu juga menyatakan bahawa peguam-peguam Anwar telah menerima arahan daripada Anwar untuk mengambil tindakan undang-undang jika permintaan itu tidak dituruti oleh Dr. Mahathir. Dalam surat itu, Anwar berkata beliau telah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan daripada tuduhan melakukan sodomi dan bahawa perkataan-perkataan memfitnah yang didakwa dilafazkan oleh Dr. Mahathir itu telah secara langsung dan tidak langsung memberi gambaran bahawa Anwar seorang yang homoseksual. Anwar terasa pedas setelah mendengar ucapan Dr. Mahathir di SUHAKAM.

Anwar berpendapat dakwaan beliau adalah seorang gay adalah tidak benar. Hujahnya merujuk kepada kemenangan kes tuntutan ganti rugi berjumlah RM4.5 juta oleh Mahkamah Tinggi terhadap penulis buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM, Datuk Khalid Jafri dan isterinya pada 18 Ogos 2005. Anwar menyatakan bahawa wujudnya konspirasi untuk menjatuhkannya. Anwar juga yakin dia tidak bersalah setelah Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memohon maaf secara terbuka kepadanya dan keluarga di Mahkamah Tinggi pada 3 Ogos 2005 sebagai jalan penyelesaian kes saman Anwar terhadap Tan Sri Rahim Noor dan dua defendan lain atas dakwaan mencederakan Anwar ketika dalam tahanan yang sah. “Alhamdulillah, mahkamah membersihkan nama saya” ujar Anwar Ibrahim selepas menang kes saman buku Khalid Jafri.

Walaupun demikian, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tetap mempertahankan tindakan Dr. Mahathir memecat Anwar Ibrahim dibuat atas faktor disiplin walaupun Dato’ Mohd Hishamudin Mohd Yunus (Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur) menyatakan Anwar menjadi mangsa fitnah pada 25 Ogos 2005. Dato’ Seri Abdullah menyifatkan pemecatan itu sebagai sebahagian daripada prosedur parti dan tidak ada hubung kait dengan kes mahkamah.
``Kes-kes yang berkaitan dengan disiplin itu bukan perkara yang boleh dibawa ke mahkamah,'' kata Dato’ Seri Abdullah ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tabloid dengan perkembangan terbaru pemecatan Anwar yang dikaitkan dengan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM. Kes-kes disiplin seperti kelakuan tidak bermoral tidak sepenuhnya boleh dibawa ke mahkamah. Ini bermaksud sekiranya terdapat tanda-tanda bahawa Anwar mengamalkan homoseksual ( kes disiplin ) maka beliau boleh dipecat oleh Dr, Mahathir daripada menjadi penggantinya tanpa perlu ke mahkamah terlebih dahulu.

Dalam Muktamar Tahunan PAS kali ke-51, Bekas Timbalan Presiden PAS, Senator Hassan Shukri dan Dewan Pemuda PAS sekeras-kerasnya menolak kehadiran semula Anwar Ibrahim dalam pakatan pembangkang. Mungkin kerana Hassan Shukri dan Salahuddin Ayub menyedari bahawa Anwar punyai rekod disiplin ( kehidupan gay ) yang tidak sesuai dengan adat PAS. Cukup kontras dengan hasrat Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS yang ingin membawa kembali Anwar dalam pakatan pembangkang.

Wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd. Hafis Mohd. Nordin dengan lantangnya menolak pakatan dengan Anwar yang menurutnya akan merugikan PAS dalam Muktamar PAS kali ke-51 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik). Menurut Mohd. Hafis, PAS tidak sepatutnya bergantung kepada Anwar yang mempunyai rancangan tersendiri sehingga menyebabkan parti menanggung kesan buruk, termasuk krisis kepimpinan. Krisis kepimpinan secara tersuratnya, Hafis tidak mahu PAS terpalit dengan skandal homoseksual Anwar Ibrahim. Ahli-ahli PAS sanggup bertikam lidah dengan Presiden PAS kerana tidak mahu cara kehidupan Anwar terbawa-bawa dalam PAS. Mohd Hafis percaya pengakuan ikhlas Sukma pernah diliwat oleh Anwar Ibrahim di hadapan Taib Azamuddin (bekas Imam Negara).

Anwar mengatakan pemimpin kerajaan juga turut menyokongnya merujuk kepada kenyataan Dato’ Seri Rais Yatim bahawa beliau sudah dibersihkan oleh mahkamah. Tetapi Dato’ Seri Rais Yatim tidak berani menafikan kenyataan Tun. Dr. Mahathir bahawa “Beliau tidak mahu penggantinya seorang gay”. Besar kemungkinan, Dato’ Seri Rais Yatim bersetuju dengan keputusan mahkamah tetapi masih lagi sangsi adakah benar Anwar seorang yang normal nafsunya.

Pada 14 April 1999 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman terhadap Anwar setelah didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa. Dakwaan itu mengikut peruntukan Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970. Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk S. Augustine Paul (kini Hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan penjara enam tahun bagi setiap kesalahan dalam pertuduhan berjalan serentak. Untuk tuduhan liwat, Anwar dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun oleh Hakim Dato’ Arifin Jaka pada 8 Ogos 2000. Hukuman ini akan berkuatkuasa setelah Anwar selesai menjalani hukuman penjara 6 tahun. Keseluruhan hukuman ialah 15 tahun. Tempoh hukuman penjara terhadap Anwar dalam kes itu sudah selesai setelah beliau menjalani dua pertiga daripada hukuman dengan berkelakuan baik.
Anwar Ibrahim telah dibebaskan pada 2 September 2004. Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dikatakan telah meliwat Azizan Abu Bakar di Trivolli Villa pada suatu malam di antara Januari dan Mac 1993. Hanya Azizan Abu Bakar yang boleh mengenalpasti tarikh, tempat dan masa dia diliwat. Azizan telah memberikan tiga tarikh yang berbeza berhubung kejadian. Tarikh yang dinyatakan oleh Azizan semasa perbicaraan tidak merangkumi jangka waktu tuduhan iaitu antara Januari hingga Mac 1993. Sebaliknya Azizan memberikan tarikh dari 4 Februari hingga 31 Mac 1993.
Hakim Datin Paduka Rahimah Hussain menyatakan Anwar bersalah melakukan liwat dengan Azizan. Sementara dua lagi Hakim iaitu Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Hakim Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud memberikan keputusan memihak kepada Anwar kerana kekurangan bukti dan percanggahan tarikh yang dinyatakan oleh Azizan. Kedua-dua orang Hakim ini percaya berlaku aktiviti sodomi tetapi percanggahan tarikh dan tempat tidak cukup kuat untuk menyokong pembuktian kes. Kemungkinan Azizan lupa tentang tarikh sebenar dia diliwat atau sengaja memberikan tarikh yang tidak sah dengan pertuduhan kes tetap ada.

Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga pasti memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatannya kerana melakukan perbuatan tidak bermoral. Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau yakin Abdullah akan turut berbuat demikian kerana tidak ada menteri Kabinet yang wajar dikekalkan sekiranya mengamalkan perlakuan sumbang seperti Anwar.``Mana-mana menteri yang tidak bermoral mesti dihumban keluar dari Kabinet.``Saya amat pasti Abdullah juga akan melakukan perkara yang sama (memecat Anwar),'' katanya. Dr. Mahathir berkata, keputusannya dibuat berdasarkan karakter Anwar yang tidak bermoral.

``Kenyataannya ialah walaupun dia dibebaskan oleh mahkamah, hakim menyatakan bahawa dia melakukan semua perkara (sumbang) itu, cuma tarikhnya sahaja yang tak betul. ``Keputusan saya dibuat atas karakternya yang tidak bermoral, bukan disebabkan oleh tarikh atau apa-apa benda lain,'' tegas Dr. Mahathir selepas menghadiri majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan UMNO yang ke-55 di Pusat Dagangan Dunia Putra, pada 23 Sept. 2005.

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Abu Talib Othman pernah mengingatkan para hakim supaya jangan terlalu mengutamakan soal teknikal dalam mengadili sesuatu kes dalam wawancara dengan Utusan pada 12 September 2004. Tan Sri Abu Talib Othman yang juga bekas Peguam Negara membuat kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada keputusan Mahkamah Rayuan Isnin, 6 September 2004 yang membebaskan seorang lelaki daripada tiga tuduhan rogol terhadap anak kandungnya sendiri. Alasannya tarikh kejadian dalam kertas pertuduhan itu tidak khusus.``Kenyataan saya itu bukan niat hendak menghina mahkamah. Apa yang saya katakan itu adalah satu pandangan tentang pentadbiran keadilan'' katanya. Seorang perogol anak sendiri dibebaskan kerana kesalahan teknikal tarikh kejadian rogol. Perkara yang sama terjadi dalam kes penghakiman Anwar apabila terdapatnya percanggahan tarikh dan tempat kejadian. Walaupun dibersihkan secara teknikal namun ketiga-tiga hakim percaya bahawa Anwar Ibrahim melakukan perbuatan tersebut (liwat).

http://din.huluselangor.net/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=11