Friday, March 20, 2009

Moons in transit.......

Gambar planet Zuhal dan bulannya ini adalah peristiwa yang hanya berlaku setiap 14 atau 15 tahun sekali. Fenomena ini dipanggil 'moons in transit'.

Moons in transit berlaku apabila beberapa bulan daripada 12 bulan planet zuhal ini seolah-olah 'singgah' dipermukaan planet zuhal. Situasi ini berlaku apabila kedudukan bulan-bulan berkenaan seolah-olah terhampar dipermukaan zuhal yang menerima simbahan cahaya matahari atau lebih jelas lagi, bahagian yang terang.

Anda perhatikan sahaja 5 titik kecil yang terhampar dipermukaan planet zuhal ini. Titik putih dikiri gambar planet zuhal ini adalah bulan Enceladus dan titik hitam berdekatannya pula adalah bayang bulan Enceladus dipermukaan planet zuhal.

Titik putih kedua itu pula adalah bulan Dione dan bayangnya yang bertitik hitam. Manakala bulan yang agak besar dibahagian atas planet yang cantik ini adalah bulan Titan. Antara 12 bulan yang terdapat disekeliling orbit planet zuhal ini, Titan adalah merupakan bulan yang paling besar.

Satu lagi titik putih yang kelihatan disebelah kanan planet zuhal ini, berhampiran dengan gelang atau ring itu adalah bulan Mimas. Titan dan Mimas tidak kelihatan bayangnya kerana arah cahaya yang serong menyebabkan bayang kedua-dua bulan berkenaan hilang dibahagian yang gelap atau lebih tepat lagi bukan dipermukaan zuhal. Tetapi fenomena ini sebenarnya amat sukar dapat dirakamkan, walaupun dengan menggunakan teleskop yang besar!.
Imej ini sebenarnya dirakamkan oleh Teleskop Hubble pada 24 Februari yang baru lalu. Demikian pemahaman saya seperti yang dipaparkan pada sebuah laman web berkaitan 'Saturn' ini. Jom kita zoom ke angkasa sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 ini.

Entah bilalah saya berpeluang mendalami secara profesional aktiviti yang cukup mengujakan ini!. Orang-orang di Perlis, berpeluang nampaknya mendalami ilmu astronomi, dengan penganjuran 100 hours Astronomy di UiTM pada 2 - 5 April yang akan datang. Agaknya....bila di Sabah akan buat kem seumpama ini....?.

No comments: