Monday, March 16, 2009

MELTC.....

Malam jumaat lalu dan sehinggalah pada tengah malam tadi, saya berada di Membakut Eco Lake Training Centre, Membakut. Saya dijemput membuat pengisian untuk sebuah program di sini. Dengan bantuan rakan saya, Saudara Muariffin dan Avanzanya, kami memasuki MELTC sungguh jam menunjukan pukul 01 lebih.

Saya sendiri sebenarnya tidak pernah sampai ke lokasi ini. Perjalanan ke MELTC agak sukar terutama pada musim hujan seperti ketika ini. Nasib baiklah ada kenderaan 4X4 milik MELTC ini yang memang bersedia membantu para pengunjung resort ini. Gambaran yang diberikan pada saya tentang resort ini agak sederhana. Tetapi sesampainya disini, keadaanya memang sebaliknya.

Dengan pelbagai kemudahan disediakan, tempat ini memang amat sesuai untuk menganjurkan kursus dan seumpamanya.

MELTC mempunyai dewan besar, dewan sederhana, beberapa bilik yang sesuai untk berLDK, Dewan makan, Surau dan beberapa tempat rekreasi. Cuma 'line' telefon sahaja yang kurang baik disini.

Sebab itu, pagi tadi barulah ada entry baru untuk blog saya ini. Disana memang langsung tak boleh 'up-load' apaapa. Saya bercadang untuk membawa anak-anak ke sini suatu hari nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Apa Khabar Tuan Fasi!!

Pada mulanya saya menerima surat panggilan kursus kenegaraan saya terfikir-fikr bagaimana keadaan di MELTC ini adakah tempat ini seperti kem tentera (maklumlah Kursus anjuran BTN), tetapi apabila saya tiba di MELTC pada 12 mac 2009 (hari pertama kursus) saya merasakan tempat ini tenang dan nyaman kerana jauh dari kesibukan bandar. Suasana dan pemandangan di MELTC ini memang cantik, namun demikian masalah yang seperti tuan fasi katakan iaitu ketiadaan line telefon membuatkan hati saya sentiasa rindu kepada keluarga yang ditinggalkan di rumah (hehe sehingga saya menangis kerana terlalu rindu kepada anak semasa LDK pertama dengan tuan fasi). Apabila jalannya siap diturap nanti saya juga bercadang akan membawa keluarga untuk datang merasai keindahan di resort ini.