Semalam ketika sedang pusing-pusing mencari tempat parking kereta, ternampak sebuah kedai kasut baru yang masih tiada 'signboard'. Jualan promosi kasut sukan jenama adidas yang diberikan diskaun antara 10% hingga 40%. Saya mengajak isteri untuk 'melihat-lihat', mana la tau ada yang berkenan. Saya dilayan oleh seorang jurujual lelaki yang cukup faham dengan kemahuan pelanggan dan paling penting pula tahu dan sabar melayan karenah pelanggan. Saya sengaja buat-buat cerewet kerana ingin memastikan saya membuat pembelian 'valueable'.
Adik Nazreen Edzhar, nama jurujual itu, hanya tersenyum apabila saya menyatakan saya mahukan kasut yang mampu menampung dan menyerap 'overweight' saya tetapi dengan harga yang murah dan cantik pula!. Akhirnya setelah 4/5 pasang mencuba, saya memilih kasut 'jogging' adidas model Duramo berwarna kekuningan. Adik Nazreen kelihatan gembira, dengan pilihan saya ( komisyen untuknya tinggi agaknya! He..he... lawak saja ).
Sayapun membayar harga selepas diskaun 10% sebanyak RM206.91. Alangkah terkejutnya saya kerana gadis comel loteh di kaunter bayaran rupanya 'junior' saya semasa di tingkatan 6 di SMK. Abdullah dahulu. Sambil meminta maaf kepada 'junior' yang memperkenalkan dirinya, kerana tidak 'cam' mukanya, saya bertanya namanya. Dia hanya memperkenalkan diri sebagai Siti. Saya melihat pada resit bayaran, ID cashier tertera tulisan nama Siti Nurjana Binti Saharuddin. Rasa lucu ada, rasa bersalahpun ada apabila Siti menyatakan perkara yang paling dia ingat tentang saya adalah saya sering mengetuk kepalanya.
Sayapun membayar harga selepas diskaun 10% sebanyak RM206.91. Alangkah terkejutnya saya kerana gadis comel loteh di kaunter bayaran rupanya 'junior' saya semasa di tingkatan 6 di SMK. Abdullah dahulu. Sambil meminta maaf kepada 'junior' yang memperkenalkan dirinya, kerana tidak 'cam' mukanya, saya bertanya namanya. Dia hanya memperkenalkan diri sebagai Siti. Saya melihat pada resit bayaran, ID cashier tertera tulisan nama Siti Nurjana Binti Saharuddin. Rasa lucu ada, rasa bersalahpun ada apabila Siti menyatakan perkara yang paling dia ingat tentang saya adalah saya sering mengetuk kepalanya.
Saya tidak bertanya lanjut, dan saya cuba mengingat kembali agaknya bila ketikanya saya mengetuk kepala Siti. Minggu semasa Minggu Oreintasi Tingkatan 6. Saya masih ingat lagi, saya adalah AJK Disiplin pada masa itu. Sambil meminta maaf sekali lagi, kerana tidak cam Siti, kami meminta izin untuk berlalu pergi dan sambil mengiakan pemergian kami, mungkin hendak menyedapkan hati saya, Siti berkata 'Ok juga baa...tiada apa-apa!'. Saya dan isteri tinggalkan kedai itu dengan pelbagai persoalan. Saya mengakui manalah saya ingat semuanya.
Malah pada peserta-peserta kursus yang saya kendalikan, saya sering mengingatkan mereka, selalunya saya mengenal orang yang menyapa saya dengan panggilan sahaja. Kalau mereka memanggil saya tuan, maknanya mereka bekas peserta kursus. Demikian juga kalau mereka memanggil cikgu, maknanya mereka bekas murid-murid saya. Lain dari itu...saya hanya akan meneka dalam 'kesamaran' sahaja. Saya hanya kata pada isteri ada cerita nak dimasukkan pada blog!.
Begitulah kehidupan manusia. Saya berusaha untuk menanggapi peristiwa ini dari lensa otak positif. Ada jenis kenangan yang orang lain buat dan kita tidak lupa sampai bila-bila. Pengalaman saya bersama Siti dalam peristiwa semalam, saya tidak pasti sama ada ianya dikenang sebagai kenangan pahit, kemangan manis atau kenangan masam-masam manis. Saya mengakui apabila Siti menyatakan perkara yang paling dia ingat tentang saya adalah mengetuk kepalanya, gambaran kenangan pahit padanya terlintas difikiran saya. Cuma saya berusaha untuk bersangka baik, dan riak wajah Sitipun tidak menzahirkan rasa jengkel dan benci kepada peristiwa itu. Lagi pula, Siti menceritakan kenangannya itu dengan ekspresi wajah yang ceria dan gembira.
Sambil memandu saya bermonolog, mudah-mudahan Siti mengenangnya sebagai perkara baik dan sebahagian kecil episod lucu dalam hidupnya. Sekonyong-konyong saya berfikir panjang, apakah selama ini saya meninggalkan legasi atau kenangan yang baik pada semua teman-teman dan kawan-kawan saya. Saya hanya mampu berhayal, kalaulah dapat saya delete semua kenangan buruk bersama sesiapa sahaja yang pernah melalui cerita silam bersama saya, alangkah seronoknya!. Tapi kenangan pahit itupun kan ada manisnya!.
Saya berusaha mendorong diri untuk mempercayai bahawa peristiwa yang telah berlalu, biarkanlah ia berlalu. Tapi ambillah mesej dari setiap kenangan itu, pastinya untuk kita memperbaiki diri dengan, atau, dan orang lain. Kenang daku dalam doamu!.
No comments:
Post a Comment