Tengahari tadi sebelum berkemas barang untuk pulang ke Tawau malam ini, flight AirAsia AK 6115, seat 21A, jam 8.20, sempat berkunjung ke Popular di Palm Square, kemudian ke Eaton's untuk membeli buku-buku yang dipesan anak-anak. Kak Anis minta belikan buku Melah Melia 1 & 2. Kakak Along pula minta belikan buku Siri Penyiasat Ekstrovert. Sebelum balik, sempat mendaftar 'Previllage Card'.
Kelmarin sempat juga pergi ke Harris di 1 Borneo, sama juga daftar member untuk 'Popular Card'. Saya membeli 4 naskah buku. Dan, saya nak perkatakan buku yang telah lama saya ketahui ini, tetapi hanya dapat beli tengahari tadi. Saya baru nak mula baca dalam flight malam ini. Ulasan ( saya copy dari kedai.net ) saya perturunkan disini untuk 'introduce' kepada semua.
“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk.” (Surah Ali Imran, ayat 97)Travelog Haji; Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.
Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja.
Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA. Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Lebih daripada 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.
Sori, saya nak shut down, calling masuk sudah ni!. Nanti saya perelokkan!
No comments:
Post a Comment