Pada ketika artikel ini baru dinukilkan, saya sedang duduk di seat 27E, pesawat Airasia AK6116 menuju ke Kota Kinabalu. Saya masih tak tahu apa isu yang hendak dibicarakan. Harapnya saya cuba menggarap segala pengalaman dalam perjalanan ke airport Tawau kemudian singgah makan di Sedap Corner Balung Tawau sebelum menyambung perjalanan sehingga sampai di airport, check-in dan boarding dan kini berada dalam pesawat.
Selepas mengajar saya terus ke rumah mengambil bagasi dan kemudian bersama Yani, isteri saya dan ipar saya, memulakan perjalanan ke airport. Ringkaskan cerita, saya dan yani beserta seorang kawan, sempat bersembang tentang apa yang dipanggil ‘pemikiran strategik’ AirAsia. Ceritanya bermula dengan perubahan baru yang diperkenalkan AirAsia. Kini jika anda menaiki pesawat AirAsia, anda tidak perlu lagi tergesa-gesa atau berlumba-lumba untuk mengambil tempat duduk. Setiap penumpang akan diberikan tempat duduk masing-masing. Cuma saya tidak pasti sama ada kita boleh minta seat ini semasa check-in di kaunter. Balik nanti…..saya akan cuba!.
Berbalik kepada isu ‘pemikiran strategik’, tidak ramai dikalangan kita yang berusaha menekuni medan makna pemikiran strategik. Bagaimana Tony Fernandez memanipulasi teknologi ICT dan ‘needs’ atau keperluan manusia dalam merangka pelan perniagaan AirAsia sesungguhnya cukup misteri dan mengujakan. Hampir semua benda dalam dunia perniagaan AirAsia diduitkan fungsinya. Lihat sahaja bagaimana X-press Boarding diperkenalkan. Bayaran cuma serendah RM10.00, kita sudah memperolehi ‘previllage’ untuk masuk dahulu berbanding orang lain. Banyak lagi perkara lain dalam pentadbiran perniagaan AirAsia yang telah dikomersialkan, dan nampaknya berjaya. Satu lagi yang juga cukup penting pada pengamatan saya dalam pemikiran strategik AirAsia ini adalah keupayaannya memberi opsyen kepada para pelanggan. Bermula daripada pembelian tiket secara on-line sehingga kepada penyediaan hotel dan shopping mall, AirAsia berjaya memberi pilihan terbuka kepada para pelanggannya.
Apa yang saya amat pasti tentang pemikiran strategik AirAsia ini adalah manipulasi kepada ‘future studies’. Penggunaan ICT dalam menjayakan konsep perniagaan AirAsia adalah pemikiran strategik yang menepati keperluan masa depan yang relevan dengan gaya hidup manusia masa kini. Sesiapa sahaja yang tidak kompeten kepada teknologi masa kini berkemungkinan akan menjadi artifak dan catatan sejarah. Penerbangan Malaysia ( MAS ) sendiri, terpaksa akur kepada ‘pemikiran strategik’ ini jika ingin terus bersaing dalam industri penerbangan ini.
Lalu apa mesejnya kepada kita, jelas..... untuk kita menjadi manusia yang sentiasa relevan kepada perkembangan zaman, kita harus mengasimilasikan diri dengan perkembangan teknologi ICT yang cukup pantas dan laju perkembangannya. Benarlah, anak-anak yang dilahirkan itu adalah untuk hidup pada zaman yang sama sekali berbeza dengan kita!. Mahu atau tidak, kita mesti menjadikan diri kita relevan dengan perkembangan zaman. Inilah yang dikatakan sebagai ‘pemikiran strategik’. Tak tau lah…….
( Entry ini sepatutnya diup-load pada 13 Mac 2009! )
No comments:
Post a Comment