Semalam saya menghabiskan masa dengan menjelajah ‘ke seluruh dunia’. Orang kata ‘jauh berjalan, luas pemandangan’. Tetapi perjalanan saya semalam tidak sesuai dengan bidalan itu. Perjalanan semalam lebih dalam maknawinya daripada perjalanan biasa yang kebanyakkan kita tafsirkan, sungguhpun mahqamnya mungkin tak sama.
Mana tidaknya, perjalanan sehingga melepasi planet lain!. Tak ke jauh tu?. Menjelajah planet lain, dan dalam masa yang sama tidak pula meninggalkan planet bumi.
Perjalanan apa ni ya?. Jangan berasa pelik dan mentafsir ‘tak masuk akal’!. Memanglah, mustahil untuk kita berjalan sebegitu jauh, tetapi dapat melihat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Sepanjang pengetahuan saya yang cetek dan setebal kulit bawang ini, hanya perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dalam Peristiwa Israk dan Mikraj sahajalah yang pernah berlaku dalam sejarah peradaban manusia melalui perjalanan seperti yang saya maksudkan itu.
Apa yang saya maksudkan adalah perjalanan melalui ‘alam siber’. Kos perjalanan ini cukup murah!. Hanya memerlukan sebuah komputer ( kalau dah ada, murahlah! ), talian internet dan pastinya bilik yang membolehkan kita berseorangan ( tanpa gangguan ).
‘Pertapaan’ dengan tok guru dari planet IAB memang cukup berguna dan mengujakan. Mana tidaknya, jika selama ini tahap penggunaan internet hanya terhad kepada e-mel, mencari maklumat yang melambak di alam maya ini, dan ada yang lebih sedikit, menjelajah ke angkasa dengan bantuan navigasi computer dan internet!. Itu saja.
Kini!, pasca-pertapaan, saya sudah mula merasakan, beruntungnya tinggal dikawasan yang ada ‘full 3G’, memiliki komputer yang ‘powerfull’, masa yang seperti perlu tambahan 2 @ 4 jam lagi ( 24 hours not enough! ) dan keperluan menguasai bahasa bangsa Golden Brown ( PM Britain! ). Haa….haa….banyaknya yang perlu disediakan!. Apa yang paling mengujakan, kini terpulanglah kepada kita bagaimana memanfaatkan ‘kelebihan’ penjelajahan alam siber.
Keterujaan ini mungkin kerana saya memang cetek ilmu dan pengetahuan!. Apa yang pasti pada saya kini, tiada hari-hari yang berlalu tanpa saya mengunjungi Book Superstore, membeli tapi tak payah membayar!. Satu fenomena yang rasanya semua orang hendakkan! Jom…….Universe to Discover!.
No comments:
Post a Comment