Hari ini saya mengagahkan diri mencoretkan pengalaman bersama kumpulan 11, Kursus Kenegaraan pada hari sabtu dan ahad yang baru lalu. Sekadar mencatatkan kembali, terima kasih kepada rakan-rakan berdiskusi, Saudara Jaypol ( sabar menghadapi orang-orang kampung kita......jika bukan kita, siapa lagi...), Saudara Suandi ( curahkan kemahiran berkoperasi kepada orang-orang kita...!.), Pn. Sus ( yang mempamer keterujaan menanggapi banyak perkara... ), Pn. Anita ( be carefull with yourself! ), Pn. Nancy ( sabar menunggu hari...! ), Renny ( welcome to the new world...soon! ) dan orang Membakut yang kaya pengalaman hidup, Pn. Nuriati!. Bersama anda sekalian, saya makin teguh keyakinan menanggapi kehidupan.......
Pada kali ini seperti biasa saya menjalankan sesi LDK seperti kelaziman. Sungguhpun cabaran untuk memasuki Membakut Eco Lake Training Centre ( MELTC ) bukan kepalang, namun kesukaran ini tidak pernah sedikitpun mengendurkan semangat saya untuk melakukan sesuatu yang bermakna pada diri dan orang lain mungkin....!
Selain penekanan kepada objektif kursus, saya juga menekankan beberapa perkara kepada sahabat-sahabat saya pada kursus kali ini. Antaranya, ...... jangan penat buat kebaikan!. Amat jelas, apabila kita meletakkan kayu ukur yang cukup sempit dan cetek pada butir kebaikan yang kita lakukan, maka sudah tentulah kita akan bertemu noktah dan pengakhiran kepada kebaikan yang kita lakukan.
Keperluan untuk kita meletakkan kayu ukur yang luas dan lolos bukan sahaja menjadikan kita sentiasa energetik dan bertenaga menghadapi sesiapa dan apa sahaja, tetapi yang lebih mahal lagi menjadikan dunia ini cukup luas dan lapang untuk kita menghamparkan permaidani kebaikan kepada sesiapa sahaja.
Kita seringkali tanpa sedar agaknya, sengaja menyempitkan hamparan permaidani kebaikan apabila meletakkan skala yang salah dan kurang tepat dalam membuat atau memberi penilaian butiran kebaikan yang kita lakukan. Mana tidaknya, jika skala manusia yang kita jadikan ukuran.....maka akan terbitlah seribu satu macam sebab dan alasan, mengiya atau menidakkan apa yang kita lakukan itu.
Jika pujian atau sokongan daripada manusia yang kita harapkan, bersedialah untuk menerima kemungkinan pujian atau kejian dari mereka. Kerana fitrah manusia yang memang sering berpolemik tentang apa-apa sahaja perkara, termasuk dalam soal membuat kebaikan!. Tidak cukup dengan bersedia menerima pujian dan kejian, yang seharusnya lebih merisaukan kita......adalah risiko kemungkinannya kita 'penat membuat kebaikan' lagi.
Kenapa saya berfikiran demikian ?....., kalau kita dipuji, mungkin kita mudah berpuashati..... dan rasa ini adalah risiko kepada 'mentaliti' kita melakukan butir-butir kebaikan. Mungkin kita merasa 'cukup sudah' kebaikan yang kita telah buat. Atau, lebih teruk lagi jika kita dikeji, dikutuk atau dikritik, atau lebih lembut lagi tidak dihargai!. Kemungkinan kita penat buat baik, jika menghadapi keadaan ini amat tinggi.
Mana tidaknya, selepas kita melakukan sesuatu itu, hamburan kritikan, komen dan ulasan songsang yang kita dengar dan lebih sedih lagi nada penghargaan dan apresiasi pun tiada, manusia mana yang tidak hancur luluh, kecewa dan rasa dipinggirkan!. Ya......jelas sekali, hanya manusia yang meletakkan 'tuhan' sebagai pita pengukur setiap butir kebaikan yang dilakukannya...yang tidak akan kenal 'penat membuat kebaikan'. Saya tetap yakin dan yakin....dan yakin, Allah s.w.t. melihat setiap butir kebaikan yang kita lakukan, walau ianya sekadar menguntumkan senyuman kepada manusia lain!. Yakinlah.......hari ini kita buat kebaikan, esok...insya-Allah, tuhan akan catatkan satu amalan untuk kita!.
1 comment:
Terima kasih Tuan!!!
Saya adalah salah seorang daripada ahli kumpulan 11 dan merupakan penghulu kursus (tidak lain tidak bukan Jaypol Joseph) kalau tuan masih ingatlah hehehe untuk makluman tuan saya merasa sangat beruntung kerana dapat berkenalan dengan tuan ditambah lagi tuan menjadi fasilitator kepada kumpulan 11...
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan kerana telah mengajar saya dalam banyak hal walaupun cuma 2 hari kita bersama dalam LDK. Saya sentiasa menceritakan kepada isteri saya semua aktiviti yang dijalankan semasa LDK. Anak saya pula yang baru 1 tahun 5 bulan sudah saya ajar untuk membuang sampah ke dalam tong sampah (seperti yang tuan sarankan semasa dalam LDK hehehe) hasilnya sehingga saat ini anak saya akan membuang pampersnya ke tong sampah.
Sekarang ini saya masih menjalankan tugas saya seperti biasa iaitu mengambil sampel najis jika ada kes yang dilaporakn dari hospital. Kesabaran melayan karenah penduduk kampung sentiasa ada dalam hati. Yang epnting penyakit ini tidak merebak dan berjangkit kepada orang lain yang tidak sakit.
Oklah tuan terima kasih sekali lagi, blog tuan memang menarik, banyak idea-idea dan nasihat yang boleh dijadikan teladan.
Saya sentiasa menlayari blog tuan dari masa kesemasa da blog tuan ini akan sentiasa mengingatkan saya kepada tuan sampai bila-bila.
Post a Comment