Tuesday, March 31, 2009

Turn Left At Orion !

Buku Turn Left At Orion ( Third Edition ) adalah buku terbitan Cambridge University Press, yang diterbitkan pada tahun 2000. Edisi pertama buku ini diterbitkan pada tahun 1989, Edisi Kedua 1995, dan kini edisi ketiga......tentunya telah melalui proses penambah-baikan!.

Buku yang mengandungi 224 muka surat ini adalah buku yang amat sesuai dijadikan rujukan dan pegangan terutama bagi anda yang baru berjinak-jinak dengan dunia astronomi dan telescope.
Italic
Buku ini mengandungi 11 bab. Bermula dengan bab awal 'How Do You Get to Albireo?', disusuli kemudiannya dengan bab 2, How to Use This Book. Bab seterusnya banyak membicarakan tentang elemen penting hobi yang mengujakan ini. Dalam bab The Moon, barulah saya mengetahui rupa-rupanya hampir setiap kawah dipermukaan bulan itu mempunyai namanya masing-masing.
Bulan yang kini berada di fasa bulan sabit ( cresent moon ), antara nama kawah yang sempat saya nyatakan disini adalah Mare Crisium dan Mare Nectaris. Apa yang menariknya bagi fasa-fasa bulan lainnya juga siap dinyatakan nama-nama kawah berkenaan. Alangkah terujanya saya kerana dalam sub topik 'Observing Lunar Eclipses' di muka surat 23 buku ini siap dipaparkan 'Lunar Eclipses Worldwide, 2004 - 2020'!. Siap dinyatakan tarikh gerhana bulan sehingga tahun 2020, gerhana jenis apa ( penuh ke, umbra ke atau penumbra ke ?) dan diperincikan juga 'Best visible From'....... I just can say, It's really beyond of my expectation!. Honestly!.
Then, bab seterusnya 'The Planets', 'Seasonal Objects : Winter, Spring, Summer & Autumn'. Juga dibincangkan 'Southern Hemisphere Objects' dalam bab ke-9. Berikutnya, bab 'How to Run a Telescope' dan bab menyusul 'Where Do You Go From Here?'. Saya sebenarnya baru dapat buku ini semalam. Buku inilah antara ole-ole yang saya perolehi dalam 'Cyber World Journey' saya semalam. That why...I said, my pertapaan a few weeks ago...is very usefull for me. Thank my sifu!.
Buku tulisan Guy Consolmagno, seorang guru fizik sukarela yang berkhidmat dengan US Peace Corps. di Afrika ( Kenya ) dan Dan M. Davis dari State University of New York, yang memang menjadi astronomi amatur semenjak kecil lagi, berbaloi untuk dibaca. Apatah lagi gaya bahasa Inggerisnya yang rasanya, mudah dan santai....( belasah aje.....faham juga tu! ). Paling penting lagi, ilmu saya bertambah daripada semalam ( sekurang-kurangnya dalam hal ini! ). Itupun sudah cukup baik untuk saya. Jom membaca!.

Monday, March 30, 2009

Universe to Discover !

Semalam saya menghabiskan masa dengan menjelajah ‘ke seluruh dunia’. Orang kata ‘jauh berjalan, luas pemandangan’. Tetapi perjalanan saya semalam tidak sesuai dengan bidalan itu. Perjalanan semalam lebih dalam maknawinya daripada perjalanan biasa yang kebanyakkan kita tafsirkan, sungguhpun mahqamnya mungkin tak sama.
Mana tidaknya, perjalanan sehingga melepasi planet lain!. Tak ke jauh tu?. Menjelajah planet lain, dan dalam masa yang sama tidak pula meninggalkan planet bumi.

Perjalanan apa ni ya?. Jangan berasa pelik dan mentafsir ‘tak masuk akal’!. Memanglah, mustahil untuk kita berjalan sebegitu jauh, tetapi dapat melihat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Sepanjang pengetahuan saya yang cetek dan setebal kulit bawang ini, hanya perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. dalam Peristiwa Israk dan Mikraj sahajalah yang pernah berlaku dalam sejarah peradaban manusia melalui perjalanan seperti yang saya maksudkan itu.

Apa yang saya maksudkan adalah perjalanan melalui ‘alam siber’. Kos perjalanan ini cukup murah!. Hanya memerlukan sebuah komputer ( kalau dah ada, murahlah! ), talian internet dan pastinya bilik yang membolehkan kita berseorangan ( tanpa gangguan ).

‘Pertapaan’ dengan tok guru dari planet IAB memang cukup berguna dan mengujakan. Mana tidaknya, jika selama ini tahap penggunaan internet hanya terhad kepada e-mel, mencari maklumat yang melambak di alam maya ini, dan ada yang lebih sedikit, menjelajah ke angkasa dengan bantuan navigasi computer dan internet!. Itu saja.

Kini!, pasca-pertapaan, saya sudah mula merasakan, beruntungnya tinggal dikawasan yang ada ‘full 3G’, memiliki komputer yang ‘powerfull’, masa yang seperti perlu tambahan 2 @ 4 jam lagi ( 24 hours not enough! ) dan keperluan menguasai bahasa bangsa Golden Brown ( PM Britain! ). Haa….haa….banyaknya yang perlu disediakan!. Apa yang paling mengujakan, kini terpulanglah kepada kita bagaimana memanfaatkan ‘kelebihan’ penjelajahan alam siber.
Keterujaan ini mungkin kerana saya memang cetek ilmu dan pengetahuan!. Apa yang pasti pada saya kini, tiada hari-hari yang berlalu tanpa saya mengunjungi Book Superstore, membeli tapi tak payah membayar!. Satu fenomena yang rasanya semua orang hendakkan! Jom…….Universe to Discover!.

Sunday, March 29, 2009

Puisi Dia !

Laut itu….......…..lamanku
Hembusan angin mengusap wajah
Seakan mesra mengajak bicara
Kelibat anak desa……....... …mana dia!
Takutnya membelah gelora
Menangis mengikut ayah…..
Janjinya…...…tak minta apa-apa
Sesampai di kota,
Sang janjipun buta…
Ayah!….itu, ini, semua nak rasa.

Laut itu…......…lamanku
Panah mentari menusuk kulit
Seakan garang, nasihat dililit
Kelibat anak desa…… …….mana dia!
Sekolah tahunya sakit
Hadirnya penuh….ilmunya sikit
Sang ilmupun kaget
Gerangan apa..........…..
Anak desa tak tahu bangkit!















Laut itu…........lamanku
Tika tanah bermandi hujan
Seakan riang berkejaran
Kelibat anak desa….. …....mana dia!
Ibu ayah meninggal pesan
Anakku….. jangan tak siuman
Hidup mesti keruan
Kelak hayatmu…..jadi sanjungan

Laut itu…........lamanku
Saat ufuk membenam mentari
Seakan bijak penuh bestari
Kelibat anak desa…….. ……….mana dia!
Bingkaslah! .......bangun mencari
Usah merungut, usah merintih
Ilmu harus mengisi diri
Bekal abadi bertemu Ilahi.

( Dedikasi untuk anak-anak kampung senasibku! )
Pakalangan
28 Mac 2009

Saturday, March 28, 2009

Sepetang di Pakalangan....










Sabtu....masa senggang dipenuhi dengan membawa anak-anak berkunjung ke rumah nenda mereka di kampung. Sebelah petangnya, kakak Anis dan adik-adiknya mengajak untuk berjalan-jalan menghirup udara laut Kg. Pakalangan.........

Sangat terasa hujung minggu yang santai bersama anak-anak. Minggu lalu pada asalnya....ada program yang dijadual akan mengisi hujung minggu saya hari ini. Tapi, tak jadi.....maka saya memberi anak-anak peluang untuk menentukan aktiviti saya pada hujung minggu ini.

Sengaja memberi anak-anak 'can' menjadi ketua, ayah mereka menjadi pak supir dan 'cameraman' saja...... Sayapun mengambil peluang untuk merasai 'daerah rasa seorang driver'. Susah juga menjadi driver ni....apatah lagi jika mendapat 'bos' yang cerewet macam anak-anak saya. Lagu dalam keretapun.....mereka yang tentukan, kelajuan....pun mereka yang kawal !. Rupanya......menjadi seorang driver, memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Apa-apapun........ Jom.....santai !




Friday, March 27, 2009

Modal Insan.......

Jam 7.42 pm. Petang Jumaat ini tidak seperti kebiasaan hari-hari persekolahan, sungguhpun hari ini hari persekolahan. Sekolah saya mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Lewat sikit, hari terakhir bulan Rabiulawal. Tapi yang penting, masih juga bulan Rabiulawal….. Lagipun yang pentingnya adalah makna dan mesej kepada sambutan ini.

Selepas bersembahyang Jumaat di Masjid Ar-Rahim, Kg. Kabogan, saya bergegas meninggalkan kawan-kawan dan segala pakcik-pakcik yang ada di masjid. Jika kebiasaannya, saya bergegas pergi kerana berkejar untuk turun mengajar ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 16 kilometer dari rumah saya. Hari ini saya bersegera meninggalkan masjid kerana anak saya, Anis Ilyana ( Eying ) minta dihantar ke sekolah hari ini. Lagi pula…..gerimis hujan mula menyiram, isyarat hujan bakal turun sekejap lagi.

Saya menghantar Eying dengan anak mata hingga tidak kelihatan ‘ditelan’ bangunan kayu sekolahnya, SK. Kabogan. Sambil ligat berfikir apa aktiviti yang saya nak buat pada hari ini, saya cuba mengutip jejak-jejak yang hilang zaman persekolahan saya di SK. Kabogan ini. Selama anak-anak, saya pindahkan sekolah mereka ke SK. Kabogan ini, telah dua kali saya berkunjung ke sekolah ini ( tidak termasuk masa pendaftaran pelajar! ).

Pertamanya, semasa dijemput untuk menghadiri Hari Kecemerlangan Pelajar tahun lalu. Seronok juga untuk hadir sebagai bapa ke sekolah ini. Apatah lagi…..anak-anak saya, Anis Aishah, Anis Sofiah dan Anis Ilyana adalah antara penerima anugerah pada hari berkenaan. Anis Sofiah nampaknya meneruskan prestasi cemerlangnya dari sekolah lama dahulu.

Keduanya, semasa pertemuan PIBG bersama dengan Unit Bimbangan & Kaunseling sekolah bagi membincangkan beberapa program peningkatan akademik untuk anak-anak sekolah khususnya yang akan duduk UPSR tahun ini. Mengapa saya terfikir untuk mencoretkan perkara ini ?. Soal kehadiran ibubapa ke sekolah adalah antara perkara yang sering saya perkatakan apabila saya mempunyai peluang berbicara bersama mereka. Kaum bapa terutamanya, sering ‘menjuarai’ anugerah kehadiran yang paling sedikit dalam program seperti PIBG ini.

Secara jelasnya, usaha menjayakan modal insan bukanlah usaha satu pihak sahaja. Ibubapa sendiri sebagai 'origin' kepada pembentukkan keluarga madani yang kita semua cita-citakan harus memainkan peranan yang lebih tajam dan realistik. Sebab itu, harus ada 'keseronokkan' kepada ibubapa untuk melakukan apa-apa tugas yang melibatkan anak-anak. Hatta, menghantar anak ke sekolahpun tidak boleh lagi difikirkan sebagai beban dan halangan.
Sekadar mengadakan sambutan Maulidur-Rasul di sekolah seumpama ini sebenarnya tidak memadai jika hanya pihak sekolah, guru-guru yang membuat pengisiannya. Kembalinya anak-anak dari sekolah harus disambut oleh ibubapa juga dengan pengisian yang serupa, sungguhpun tidak lagi membuat 'banner' dan seumpamanya. Apa yang paling penting adalah memastikan 'installation software' anak-anak kita ini sentiasa berjalan dan dilaksanakan. Ayuh....sama-sama kita melakukannya!

Monday, March 23, 2009

Sunday, March 22, 2009

Gajet Journey....













......through the borderless of mind! Thank you...Cifu!

Saturday, March 21, 2009

Helicopter & Decision Maker !

Pertemuan dan perbincangan semalam banyak berkisar dalam 'training design' dan 'needs' yang harus didepani dalam menjenamakan suatu kumpulan yang melibatkan diri dalam industri ini. Banyaklah juga perbincangan yang bersifat konstruktif dalam 'melihat' sesuatu...... Saya teringat suatu ketika dahulu ketika membicarakan tentang 'leadership' dan 'decision making', Cifu menegaskan keperluan orang bawahan menjadi 'source' yang benar-benar berkualiti dan penting.

'Decision making' adalah satu-satunya privilage yang dimiliki seoang ketua berbanding orang bawahan. Sebab itu,......orang bawahan tidak harus merasa kerdil dan tidak penting, kerana 'source' yang diberikannya kepada 'decision maker' akan menjadi asas membuat keputusan itu!. Jika bahannya, tepat, berkredibiliti, tested dan berkualiti........maka sudah tentu, keputusan yang dibuat oleh seorang ketua itu adalah tepat.
Demikian halnya jika sebaliknya. Keputusan yang kurang tepat mungkin akan dibuat oleh seorang ketua jika sumber-sumber yang diberikan orang bawahan adalah tidak berkualiti.

Pada tahap ini pula lah....lahirnya apa yang dipanggil 'bijaksana'. Bijaksana......berlaku apabila kita membuat keputusan betul dan tepat tentang sesuatu perkara, pada ketika kita tiada sumber-sumber yang boleh menyokong kita membuat keputusan itu.
Keputusan yang dibuat....setelah kita mempunyai sumber-sumber yang boleh digunakan untuk menentukan pilihan dan keputusan, tidak dipanggil 'bijaksana' tetapi dipanggil 'membuat keputusan'!. Faham ke....tak pening ka ni?.

Sebab itu....rasanya, sebagai manusia......kita mesti mmpunyai kemahiran 'helicopter'. Apa yang saya maksudkan sebagai 'helicopter' disini adalah keupayaan kita melihat dari atas dan kebawah!. Kan......kita terbang dengan menggunakan helicopter itu membolehkan kita melihat kebawah dan menyelidik dan menentukan sesuatu!. Apa yang kita lihat itulah yang selalunya kita jadikan asas membuat keputusan.

Lebih mudah lagi......segala perlakuan manusia, konflik manusia, keperluan manusia dan apa sahaja tentang manusia, boleh saja kita jadikan 'radas makmal' untuk menentukan eksperimen yang kita buat itu betul dan tepat. Ujikaji yang berlaku dalam dunia realiti kehidupan kita...manusia ini adalah 'real and alive experiment'. Bahasa mudahnya, apa sahaja cerita kehidupan yang berlaku kepada kita atau orang disekeliling kita adalah merupakan cerminan kepada perjalanan hidup kita sendiri.
Sebab itu......jika kita berfungsi sebagai 'helicopter' yang berlegar-legar di udara dan melihat kehidupan orang lain, mungkin kita boleh membuat keputusan yang baik!.

Tetapi lebih hebat daripada itu lagi........jika kita 'bijaksana' menggunakan 'helicopter' itu, kita mungkin boleh menjadi 'very good decisin maker'!. Belasah aje....

Friday, March 20, 2009

Moons in transit.......

Gambar planet Zuhal dan bulannya ini adalah peristiwa yang hanya berlaku setiap 14 atau 15 tahun sekali. Fenomena ini dipanggil 'moons in transit'.

Moons in transit berlaku apabila beberapa bulan daripada 12 bulan planet zuhal ini seolah-olah 'singgah' dipermukaan planet zuhal. Situasi ini berlaku apabila kedudukan bulan-bulan berkenaan seolah-olah terhampar dipermukaan zuhal yang menerima simbahan cahaya matahari atau lebih jelas lagi, bahagian yang terang.

Anda perhatikan sahaja 5 titik kecil yang terhampar dipermukaan planet zuhal ini. Titik putih dikiri gambar planet zuhal ini adalah bulan Enceladus dan titik hitam berdekatannya pula adalah bayang bulan Enceladus dipermukaan planet zuhal.

Titik putih kedua itu pula adalah bulan Dione dan bayangnya yang bertitik hitam. Manakala bulan yang agak besar dibahagian atas planet yang cantik ini adalah bulan Titan. Antara 12 bulan yang terdapat disekeliling orbit planet zuhal ini, Titan adalah merupakan bulan yang paling besar.

Satu lagi titik putih yang kelihatan disebelah kanan planet zuhal ini, berhampiran dengan gelang atau ring itu adalah bulan Mimas. Titan dan Mimas tidak kelihatan bayangnya kerana arah cahaya yang serong menyebabkan bayang kedua-dua bulan berkenaan hilang dibahagian yang gelap atau lebih tepat lagi bukan dipermukaan zuhal. Tetapi fenomena ini sebenarnya amat sukar dapat dirakamkan, walaupun dengan menggunakan teleskop yang besar!.
Imej ini sebenarnya dirakamkan oleh Teleskop Hubble pada 24 Februari yang baru lalu. Demikian pemahaman saya seperti yang dipaparkan pada sebuah laman web berkaitan 'Saturn' ini. Jom kita zoom ke angkasa sempena Tahun Astronomi Antarabangsa 2009 ini.

Entah bilalah saya berpeluang mendalami secara profesional aktiviti yang cukup mengujakan ini!. Orang-orang di Perlis, berpeluang nampaknya mendalami ilmu astronomi, dengan penganjuran 100 hours Astronomy di UiTM pada 2 - 5 April yang akan datang. Agaknya....bila di Sabah akan buat kem seumpama ini....?.

Thursday, March 19, 2009

Centre Point ke 1Borneo.....

Terasa begitu cepatnya masa berlalu. Hari ini saya menghabiskan masa dirumah. Membaca buku Travelog Haji yang menyejukkan hati dan perasaan. Pembacaan masih diteruskan, tetapi setakat yang saya baca, penulis buku ini berjaya menzahirkan rasa ikhlas dan tulusnya. Tak tahulah jika saya jiwang sangat agaknya. Tetapi kejujuran yang dizahirkan penulis memang dapat dirasakan. Bacalah!. Saya akan memberikan ulasan saya sendiri sehabis sahaja saya khatam buku ini.

Hari isnin dan selasa yang baru lalu, saya bersama saudara Yani, bergentayangan di sekitaran Bandaraya Kota Kinabalu. Sengaja memilih untuk ‘menjelajah’ bandar tropika ini kerana rasanya sudah terlalu lama saya tak melalui kepayahan untuk bergerak. Apatah lagi, datang kesini memang tanpa membawa kereta. Lagipun, inilah masanya merasai pengalaman berbeza ( taklah berbeza sangat....tapi dah lama sangat tak merasai ).

Memanglah…..kita hanya dapat menilai sesuatu apabila kita sudah merasai atau mengalaminya sendiri. Menaiki bas mini dari Puterajaya ke Centre Point terpaksa 2 kali turun naik!. Di Centre Point, kami membawa haluan masing-masing. Saya terus ke kedai kamera Fotomart di Ground Floor. Hajat hati ingin melihat dan mendapatkan nasihat mengenai kamera SLR siri EOS 1000D dan 450D. Ricky yang selalu melayan saya disana memberi penjelasan yang memuaskan. ‘Window shopping’ saja sebenarnya. Dari sana saya menaiki tingkat demi tingkat hingga sampai di Popular, Palm Square, melihat-lihat buku terbaru.

Dari Centre Point berjalan kaki pula pergi ke Wisma Merdeka. Memang terasalah juga sakitnya berjalan membawa muatan lebih 100 kilogram!. Sesampai disana, saya dan Yani membawa haluan masing-masing. Saya mengambil kesempatan berehat sambil menonton ‘previu’ filem Ip man. Agak leka menonton, saya memasuki sebuah kedai kasut sukan, mencuba kasut sambil curi-curi duduk di bangku. Ambil kesempatan berehat sungguh-sungguh.

Pendekkan cerita, menjelang tengahari sedikit, kami menaiki City Bus untuk pergi pula ke One Borneo. Menumpang City Bus inilah saya memasang azam menukilkan coretan ini. Mana tidaknya, dengan keadaan penumpang yang sesak berdiri, saya seperti terhuyung-hayang setiap kali bas berhenti atau menyambung perjalanan. Berdiri dari mula naik sehingga sampai ke One Borneo. Sesampai di sana, Yani terus hilang dari pandangan. Bagai tak sedar diri agaknya melihat potongan harga di Tune. Saya membawa diri mencari tempat duduk, dan mula menghampar surat khabar untuk dibaca setiap butiran ayatnya. Ringkaskan cerita, ahh….saya merasakan diri sudah terlalu sukar menghadapi kepayahan!.

Perkara inilah yang cukup membimbangkan saya. Bukan soal saya sombong dan mula lupa diri menghadapi kepayahan. Tetapi nampaknya, saya akui……akibat hidup yang sudah semakin dipermudahkan oleh banyak perkara, saya merasakan kehilangan nilai dan keupayaan menghadapi kesukaran. Anak murid saya mungkin sudah boring mendengar cerita saya berjalan kaki ke sekolah sejauh 13 kilometer, setiap hari!.
Pengalaman berjalan kaki ke sekolah ini adalah ‘favorite story’ yang rasanya saya tak pernah tertinggal untuk ceritakan!. Sehingga hari ini keluarga arwah Pakcik Dollah ( Al-fatehah....entah dimana sudah keluarganya kini... ) seperti dekat dengan saya kerana arwah Pakcik Dollah inilah yang selalu membawa kami setiap kali terserempak di tengah jalan sama ada semasa pergi ke sekolah atau semasa pulang dari sekolah. Setiap kali turun atau balik dari sekolah, mata sentiasa galak melihat kalau-kalau kelibat bas Pakcik Dollah muncul. Lega sedikit rasanya, sungguhpun terpaksa berdiri dari mula naik sehingga turun di simpang menuju ke rumah Pakcik Dollah.
Dari sana perjalanan disambung kembali lebih kurang 5 / 6 kilometer barulah sampai di istana bertingkap guni beras dan berdaun pintu zink!. Gagahnya ketika itu, sehingga menangis jika tak dapat ke sekolah. Sentiasa seronok walaupun terpaksa berjalan kaki. Dan,……paling istimewa…..masih boleh berjaya melakar keputusan yang cemerlang sungguhpun demikian sukarnya!. Astaghfirullah…….setelah lebih 25 tahun……sukarnya kekuatan itu dijelmakan kembali. Bagaimanalah nasib anak-anakku?.

Tuesday, March 17, 2009

Travelog Haji !

Tengahari tadi sebelum berkemas barang untuk pulang ke Tawau malam ini, flight AirAsia AK 6115, seat 21A, jam 8.20, sempat berkunjung ke Popular di Palm Square, kemudian ke Eaton's untuk membeli buku-buku yang dipesan anak-anak. Kak Anis minta belikan buku Melah Melia 1 & 2. Kakak Along pula minta belikan buku Siri Penyiasat Ekstrovert. Sebelum balik, sempat mendaftar 'Previllage Card'.

Kelmarin sempat juga pergi ke Harris di 1 Borneo, sama juga daftar member untuk 'Popular Card'. Saya membeli 4 naskah buku. Dan, saya nak perkatakan buku yang telah lama saya ketahui ini, tetapi hanya dapat beli tengahari tadi. Saya baru nak mula baca dalam flight malam ini. Ulasan ( saya copy dari kedai.net ) saya perturunkan disini untuk 'introduce' kepada semua.

“Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Allah maha kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk.” (Surah Ali Imran, ayat 97)Travelog Haji; Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk kepada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.
Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada beberapa persoalan yang merunsingkan. Buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja.
Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang hebat. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA. Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran bidang seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia dan Corporate Social Responsibility in Malaysia. Lebih daripada 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.
Sori, saya nak shut down, calling masuk sudah ni!. Nanti saya perelokkan!

Penat buat baik...!

Hari ini saya mengagahkan diri mencoretkan pengalaman bersama kumpulan 11, Kursus Kenegaraan pada hari sabtu dan ahad yang baru lalu. Sekadar mencatatkan kembali, terima kasih kepada rakan-rakan berdiskusi, Saudara Jaypol ( sabar menghadapi orang-orang kampung kita......jika bukan kita, siapa lagi...), Saudara Suandi ( curahkan kemahiran berkoperasi kepada orang-orang kita...!.), Pn. Sus ( yang mempamer keterujaan menanggapi banyak perkara... ), Pn. Anita ( be carefull with yourself! ), Pn. Nancy ( sabar menunggu hari...! ), Renny ( welcome to the new world...soon! ) dan orang Membakut yang kaya pengalaman hidup, Pn. Nuriati!. Bersama anda sekalian, saya makin teguh keyakinan menanggapi kehidupan.......

Pada kali ini seperti biasa saya menjalankan sesi LDK seperti kelaziman. Sungguhpun cabaran untuk memasuki Membakut Eco Lake Training Centre ( MELTC ) bukan kepalang, namun kesukaran ini tidak pernah sedikitpun mengendurkan semangat saya untuk melakukan sesuatu yang bermakna pada diri dan orang lain mungkin....!

Selain penekanan kepada objektif kursus, saya juga menekankan beberapa perkara kepada sahabat-sahabat saya pada kursus kali ini. Antaranya, ...... jangan penat buat kebaikan!. Amat jelas, apabila kita meletakkan kayu ukur yang cukup sempit dan cetek pada butir kebaikan yang kita lakukan, maka sudah tentulah kita akan bertemu noktah dan pengakhiran kepada kebaikan yang kita lakukan.

Keperluan untuk kita meletakkan kayu ukur yang luas dan lolos bukan sahaja menjadikan kita sentiasa energetik dan bertenaga menghadapi sesiapa dan apa sahaja, tetapi yang lebih mahal lagi menjadikan dunia ini cukup luas dan lapang untuk kita menghamparkan permaidani kebaikan kepada sesiapa sahaja.

Kita seringkali tanpa sedar agaknya, sengaja menyempitkan hamparan permaidani kebaikan apabila meletakkan skala yang salah dan kurang tepat dalam membuat atau memberi penilaian butiran kebaikan yang kita lakukan. Mana tidaknya, jika skala manusia yang kita jadikan ukuran.....maka akan terbitlah seribu satu macam sebab dan alasan, mengiya atau menidakkan apa yang kita lakukan itu.
Jika pujian atau sokongan daripada manusia yang kita harapkan, bersedialah untuk menerima kemungkinan pujian atau kejian dari mereka. Kerana fitrah manusia yang memang sering berpolemik tentang apa-apa sahaja perkara, termasuk dalam soal membuat kebaikan!. Tidak cukup dengan bersedia menerima pujian dan kejian, yang seharusnya lebih merisaukan kita......adalah risiko kemungkinannya kita 'penat membuat kebaikan' lagi.

Kenapa saya berfikiran demikian ?....., kalau kita dipuji, mungkin kita mudah berpuashati..... dan rasa ini adalah risiko kepada 'mentaliti' kita melakukan butir-butir kebaikan. Mungkin kita merasa 'cukup sudah' kebaikan yang kita telah buat. Atau, lebih teruk lagi jika kita dikeji, dikutuk atau dikritik, atau lebih lembut lagi tidak dihargai!. Kemungkinan kita penat buat baik, jika menghadapi keadaan ini amat tinggi.

Mana tidaknya, selepas kita melakukan sesuatu itu, hamburan kritikan, komen dan ulasan songsang yang kita dengar dan lebih sedih lagi nada penghargaan dan apresiasi pun tiada, manusia mana yang tidak hancur luluh, kecewa dan rasa dipinggirkan!. Ya......jelas sekali, hanya manusia yang meletakkan 'tuhan' sebagai pita pengukur setiap butir kebaikan yang dilakukannya...yang tidak akan kenal 'penat membuat kebaikan'. Saya tetap yakin dan yakin....dan yakin, Allah s.w.t. melihat setiap butir kebaikan yang kita lakukan, walau ianya sekadar menguntumkan senyuman kepada manusia lain!. Yakinlah.......hari ini kita buat kebaikan, esok...insya-Allah, tuhan akan catatkan satu amalan untuk kita!.

Monday, March 16, 2009

MELTC.....

Malam jumaat lalu dan sehinggalah pada tengah malam tadi, saya berada di Membakut Eco Lake Training Centre, Membakut. Saya dijemput membuat pengisian untuk sebuah program di sini. Dengan bantuan rakan saya, Saudara Muariffin dan Avanzanya, kami memasuki MELTC sungguh jam menunjukan pukul 01 lebih.

Saya sendiri sebenarnya tidak pernah sampai ke lokasi ini. Perjalanan ke MELTC agak sukar terutama pada musim hujan seperti ketika ini. Nasib baiklah ada kenderaan 4X4 milik MELTC ini yang memang bersedia membantu para pengunjung resort ini. Gambaran yang diberikan pada saya tentang resort ini agak sederhana. Tetapi sesampainya disini, keadaanya memang sebaliknya.

Dengan pelbagai kemudahan disediakan, tempat ini memang amat sesuai untuk menganjurkan kursus dan seumpamanya.

MELTC mempunyai dewan besar, dewan sederhana, beberapa bilik yang sesuai untk berLDK, Dewan makan, Surau dan beberapa tempat rekreasi. Cuma 'line' telefon sahaja yang kurang baik disini.

Sebab itu, pagi tadi barulah ada entry baru untuk blog saya ini. Disana memang langsung tak boleh 'up-load' apaapa. Saya bercadang untuk membawa anak-anak ke sini suatu hari nanti.

Pemikiran Strategik...!

Pada ketika artikel ini baru dinukilkan, saya sedang duduk di seat 27E, pesawat Airasia AK6116 menuju ke Kota Kinabalu. Saya masih tak tahu apa isu yang hendak dibicarakan. Harapnya saya cuba menggarap segala pengalaman dalam perjalanan ke airport Tawau kemudian singgah makan di Sedap Corner Balung Tawau sebelum menyambung perjalanan sehingga sampai di airport, check-in dan boarding dan kini berada dalam pesawat.

Selepas mengajar saya terus ke rumah mengambil bagasi dan kemudian bersama Yani, isteri saya dan ipar saya, memulakan perjalanan ke airport. Ringkaskan cerita, saya dan yani beserta seorang kawan, sempat bersembang tentang apa yang dipanggil ‘pemikiran strategik’ AirAsia. Ceritanya bermula dengan perubahan baru yang diperkenalkan AirAsia. Kini jika anda menaiki pesawat AirAsia, anda tidak perlu lagi tergesa-gesa atau berlumba-lumba untuk mengambil tempat duduk. Setiap penumpang akan diberikan tempat duduk masing-masing. Cuma saya tidak pasti sama ada kita boleh minta seat ini semasa check-in di kaunter. Balik nanti…..saya akan cuba!.

Berbalik kepada isu ‘pemikiran strategik’, tidak ramai dikalangan kita yang berusaha menekuni medan makna pemikiran strategik. Bagaimana Tony Fernandez memanipulasi teknologi ICT dan ‘needs’ atau keperluan manusia dalam merangka pelan perniagaan AirAsia sesungguhnya cukup misteri dan mengujakan. Hampir semua benda dalam dunia perniagaan AirAsia diduitkan fungsinya. Lihat sahaja bagaimana X-press Boarding diperkenalkan. Bayaran cuma serendah RM10.00, kita sudah memperolehi ‘previllage’ untuk masuk dahulu berbanding orang lain. Banyak lagi perkara lain dalam pentadbiran perniagaan AirAsia yang telah dikomersialkan, dan nampaknya berjaya. Satu lagi yang juga cukup penting pada pengamatan saya dalam pemikiran strategik AirAsia ini adalah keupayaannya memberi opsyen kepada para pelanggan. Bermula daripada pembelian tiket secara on-line sehingga kepada penyediaan hotel dan shopping mall, AirAsia berjaya memberi pilihan terbuka kepada para pelanggannya.

Apa yang saya amat pasti tentang pemikiran strategik AirAsia ini adalah manipulasi kepada ‘future studies’. Penggunaan ICT dalam menjayakan konsep perniagaan AirAsia adalah pemikiran strategik yang menepati keperluan masa depan yang relevan dengan gaya hidup manusia masa kini. Sesiapa sahaja yang tidak kompeten kepada teknologi masa kini berkemungkinan akan menjadi artifak dan catatan sejarah. Penerbangan Malaysia ( MAS ) sendiri, terpaksa akur kepada ‘pemikiran strategik’ ini jika ingin terus bersaing dalam industri penerbangan ini.

Lalu apa mesejnya kepada kita, jelas..... untuk kita menjadi manusia yang sentiasa relevan kepada perkembangan zaman, kita harus mengasimilasikan diri dengan perkembangan teknologi ICT yang cukup pantas dan laju perkembangannya. Benarlah, anak-anak yang dilahirkan itu adalah untuk hidup pada zaman yang sama sekali berbeza dengan kita!. Mahu atau tidak, kita mesti menjadikan diri kita relevan dengan perkembangan zaman. Inilah yang dikatakan sebagai ‘pemikiran strategik’. Tak tau lah…….
( Entry ini sepatutnya diup-load pada 13 Mac 2009! )

Thursday, March 12, 2009

Wednesday, March 11, 2009

Tuesday, March 10, 2009

Adidas Duramo !

Semalam ketika sedang pusing-pusing mencari tempat parking kereta, ternampak sebuah kedai kasut baru yang masih tiada 'signboard'. Jualan promosi kasut sukan jenama adidas yang diberikan diskaun antara 10% hingga 40%. Saya mengajak isteri untuk 'melihat-lihat', mana la tau ada yang berkenan. Saya dilayan oleh seorang jurujual lelaki yang cukup faham dengan kemahuan pelanggan dan paling penting pula tahu dan sabar melayan karenah pelanggan. Saya sengaja buat-buat cerewet kerana ingin memastikan saya membuat pembelian 'valueable'.

Adik Nazreen Edzhar, nama jurujual itu, hanya tersenyum apabila saya menyatakan saya mahukan kasut yang mampu menampung dan menyerap 'overweight' saya tetapi dengan harga yang murah dan cantik pula!. Akhirnya setelah 4/5 pasang mencuba, saya memilih kasut 'jogging' adidas model Duramo berwarna kekuningan. Adik Nazreen kelihatan gembira, dengan pilihan saya ( komisyen untuknya tinggi agaknya! He..he... lawak saja ).

Sayapun membayar harga selepas diskaun 10% sebanyak RM206.91. Alangkah terkejutnya saya kerana gadis comel loteh di kaunter bayaran rupanya 'junior' saya semasa di tingkatan 6 di SMK. Abdullah dahulu. Sambil meminta maaf kepada 'junior' yang memperkenalkan dirinya, kerana tidak 'cam' mukanya, saya bertanya namanya. Dia hanya memperkenalkan diri sebagai Siti. Saya melihat pada resit bayaran, ID cashier tertera tulisan nama Siti Nurjana Binti Saharuddin. Rasa lucu ada, rasa bersalahpun ada apabila Siti menyatakan perkara yang paling dia ingat tentang saya adalah saya sering mengetuk kepalanya.
Saya tidak bertanya lanjut, dan saya cuba mengingat kembali agaknya bila ketikanya saya mengetuk kepala Siti. Minggu semasa Minggu Oreintasi Tingkatan 6. Saya masih ingat lagi, saya adalah AJK Disiplin pada masa itu. Sambil meminta maaf sekali lagi, kerana tidak cam Siti, kami meminta izin untuk berlalu pergi dan sambil mengiakan pemergian kami, mungkin hendak menyedapkan hati saya, Siti berkata 'Ok juga baa...tiada apa-apa!'. Saya dan isteri tinggalkan kedai itu dengan pelbagai persoalan. Saya mengakui manalah saya ingat semuanya.
Malah pada peserta-peserta kursus yang saya kendalikan, saya sering mengingatkan mereka, selalunya saya mengenal orang yang menyapa saya dengan panggilan sahaja. Kalau mereka memanggil saya tuan, maknanya mereka bekas peserta kursus. Demikian juga kalau mereka memanggil cikgu, maknanya mereka bekas murid-murid saya. Lain dari itu...saya hanya akan meneka dalam 'kesamaran' sahaja. Saya hanya kata pada isteri ada cerita nak dimasukkan pada blog!.
Begitulah kehidupan manusia. Saya berusaha untuk menanggapi peristiwa ini dari lensa otak positif. Ada jenis kenangan yang orang lain buat dan kita tidak lupa sampai bila-bila. Pengalaman saya bersama Siti dalam peristiwa semalam, saya tidak pasti sama ada ianya dikenang sebagai kenangan pahit, kemangan manis atau kenangan masam-masam manis. Saya mengakui apabila Siti menyatakan perkara yang paling dia ingat tentang saya adalah mengetuk kepalanya, gambaran kenangan pahit padanya terlintas difikiran saya. Cuma saya berusaha untuk bersangka baik, dan riak wajah Sitipun tidak menzahirkan rasa jengkel dan benci kepada peristiwa itu. Lagi pula, Siti menceritakan kenangannya itu dengan ekspresi wajah yang ceria dan gembira.

Sambil memandu saya bermonolog, mudah-mudahan Siti mengenangnya sebagai perkara baik dan sebahagian kecil episod lucu dalam hidupnya. Sekonyong-konyong saya berfikir panjang, apakah selama ini saya meninggalkan legasi atau kenangan yang baik pada semua teman-teman dan kawan-kawan saya. Saya hanya mampu berhayal, kalaulah dapat saya delete semua kenangan buruk bersama sesiapa sahaja yang pernah melalui cerita silam bersama saya, alangkah seronoknya!. Tapi kenangan pahit itupun kan ada manisnya!.

Saya berusaha mendorong diri untuk mempercayai bahawa peristiwa yang telah berlalu, biarkanlah ia berlalu. Tapi ambillah mesej dari setiap kenangan itu, pastinya untuk kita memperbaiki diri dengan, atau, dan orang lain. Kenang daku dalam doamu!.

Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul...!

Sahabat lama saya, Saudara Muji mengirimkan sms ;

Akum wbt... gantikan dendam dgn kasih syg, gantikan amarah dgn mahabbah, gantikan sengketa dgn cinta, gantikan fitnah umpat dgn muafakat. Slmt myambut Malidur Rasul 1430H Junjungan Nabi kita Muhammad SAW. semoga kita beroleh kejayaan dan kebahagiaan utk selama2nya.. . Insya-Allah. Wahdah Pemangkin Khairah Ummah.

Demikian dalam maknanya. Bersama kita menghayati sirah Nabi, memperteguh iltizam untuk mencontohi baginda Rasulullah SAW, manusia yang hadirnya dirasai, ketiadaannya juga amat dirasai. Ucapan Saudara Muji saya panjangkan kepada semua pengunjung blog saya ini.
Saya kini sedang berada di Tawau. Bertemu dengan junior semasa tingkatan 6 di sekolah dahulu. Kini, Siti bekerja di sebuah kedai kasut. Katanya yang paling dia ingat tentang saya adalah, suka ketuk kepalanya semasa sekolah dahulu !. Saya hanya ketawa dan saya akan ulas nanti......

Sunday, March 8, 2009

Seorang Bateri ‘Rechargeable’ !

Jadual yang agak padat kelmarin, sarat dengan memenuhi undangan teman-teman dengan pelbagai program dan majlis. Kelmarin, sebenarnya saya sepatutnya menghadiri Kursus Dalaman atau yang lebih dikenali sebagai Hari Profesionalisme, di sekolah saya. Sebelumnya ( seperti yang saya nyatakan dalam ‘entry’ Pemimpin Pelajar ), Cikgu George di SMK. Bum-bum telah terlebih dahulu menzahirkan undangan kepada saya yang kemudian disusuli surat rasmi beberapa hari kemudiannya.
Dalam satu pertemuan dengan pengetua saya, En. Choo, saya membawa bersama surat undangan tersebut untuk dipanjangkan kepada pengetahuan beliau ( bahasa mudahnya, minta izin… ), disamping menjelaskan secara lisan latar undangan tersebut serta pertembungannya dengan Hari Profesionalisme kelmarin. Pendekkan cerita, pengetua saya membenarkan saya memenuhi undangan SMK. Bum-bum. Lega dan rasa terima kasih kepada ‘bos’ kerana keputusan itu.

Sebenarnya, beberapa ketika sebelumnya, saya sempat bersembang dengan beberapa orang rakan guru bersama kehadiran Penolong Kanan Pentadbiran. Antara topik bicara sembang kami adalah surat undangan SMK. Bum-bum berkenaan. Saya sebenarnya sekadar menyatakan sedikit kegusaran perihal memenuhi undangan atau menghadiri kursus dalaman anjuran sekolah. Konfliknya, kerana saya telah menyatakan komitmen kepada rakan-rakan di SMK. Bum-bum.
Saya amat faham hasrat Cikgu George dan teman-temannya, kerana pernah seketika saya mengisi program motivasi anjuran Pejabat Pelajaran Daerah pada tahun lalu agaknya, Cikgu George menyatakan hasrat menjemput saya ke SMK. Bum-bum untuk program serupa. Namun nada PK1 saya juga seperti Pengetua saya, dan ‘pitchingnya’ pun sama…….sambil menegaskan perlunya saya memenuhi undangan SMK. Bum-bum dan membantu mereka menjayakan program yang telah mereka rancang itu.

Atas dua situasi ini suka saya menyatakan pendirian untuk memenuhi kedua-duanya. Secara prinsip, saya sememangnya pergi ke SMK Bum-bum kerana undangan mereka telah disampaikan seminggu lebih awal, dan saya pula sudah menyatakan komitmen untuk ke sana. Tetapi moralnya, selayaknya saya menghadiri Hari Profesionalisme kerana ia adalah anjuran sekolah saya sendiri dan bertujuan untuk pembangunan staf pula. Memang tak ada hal…kena hadir! demikian saya bermonolog.
Dan suka juga saya tegaskan bahawa saya mempunyai kesediaan untuk membatalkan undangan teman-teman di SMK. Bum-bum ( walau ianya cukup bercanggah…dengan iltizam saya yang telah menyatakan komitmen! ) jika ‘bos’ menghendaki saya menghadiri Hari Profesionalisme tersebut. Hari Profesionalisme itupun adalah bertujuan menyuntik semangat dan motivasi warga sekolah. Perkara baik la kan…..

Bukanlah niat saya untuk mempamer siapa saya, jauh sekali untuk ‘menunjuk-nunjuk’ kepada sesiapa sahaja ( mohonnya…Allah s.w.t. menjauhkan sifat ini daripada saya…amin! ). Tetapi yang paling mahal pada saya adalah kefahaman kita sebagai individu yang bertanggungjawab kepada organisasi tanpa dalam masa yang sama menafikan obligasi sosial kepada masyarakat dan keseronokan diri individu melakukan kerja-kerja yang disukainya sendiri. Bahasa mudahnya, saya bertanggungjawab kepada majikan. Saya juga mesti bertanggungjawab kepada masyarakat. Saya juga mesti bertanggungjawab kepada diri saya sendiri. Dan, yang amat pasti saya akan dipertanggungjawabkan kepada semua ini dihadapan tuhan kelak!.

Disinilah letaknya kebijaksanaan kita sebagai individu ‘mencatur’ setiap gerak dan strategi kita sedari awal. Malah ianya sepatutnya sebelum lagi kita berniat untuk ‘bermain catur’ tersebut. Kenapa saya menyatakan demikian, ada asasnya. Tanpa perlu saya meramal apa yang ‘bos’ saya fikirkan ketika membuat keputusan membenarkan saya memenuhi undangan teman-teman di SMK. Bum-bum, semacam saya mempunyai keyakinan kepada beberapa perkara.

Pertamanya, jadilah kita penyumbang yang baik kepada organisasi. Tanpa perlu terlalu ‘skematik’ kepada sumbangan kita, seharusnya kita bertanya, ‘apakah sumbangan saya kepada organisasi?’. Tidak timbul soal skala sumbangan kita. Sama ada ianya bersaiz kecil atau besar, ‘dilihat’ bos atau tidak, dipuji atau dikeji teman-teman……yang paling penting rasanya adalah kita memberi sumbangan!.
Saya punya keyakinan pada ‘mata hati’ orang-orang yang melihat kita. Konsistensi kita dalam membantu sekolah, membantu rakan-rakan seprofesion, membantu anak-anak murid dan melakukan kerja-kerja rutin kita sebagai penjawat awam akan menjawab segala ‘pitching’ yang dikatakan lari itu. Tidak perlu untuk kita berbahas mengenainya.

Keduanya, kita harus istiqamah dengan ‘paten’ yang kita pilih dalam memberi sumbangan. Persoalan ‘demanding’ dan tawar menawar dalam memberi sumbangan kepada masyarakat tidak seharusnya berlaku. Saya memilih untuk memberi sumbangan dengan cara berkongsi pengalaman, sebenarnya ‘mungkin’ kerana saya dianugerahkan tuhan kemahiran berbicara. Ya….orang lain pun boleh berbicara perkara yang sama. Orangpun boleh bercakap seperti saya!. Benar…..begitu!.
Tapi bagi saya, soal ini tidak harus ada tawar menawar. Saya pegang pendirian, ‘orang undang kita, kerana mungkin memang kita yang difikirkan sesuai pada perhitungan mereka’. Tak tahulah kalau ada yang sebaliknya, dan saya tidak berminat berfikir mengenai andaian sebegitu kerana ia cenderung membawa perspektif negatif!. Sifu saya menamakan perkara ini seumpama ‘tong sampah’. Tak payah….pikiak!.

Saya berani membuat andaian, premis keputusan ‘bos-bos’ saya memberikan kebenaran memenuhi undangan teman-teman di SMK. Bum-bum, mungkin atas dua keyakinan tersebut. Sudah tentu wajar ‘bos’ menghalang saya memenuhi undangan itu, jika sebelum ini memang banyak bukti menunjukkan saya tidak memberi sumbangan kepada orgaisasi. Demikian juga, mungkin kerana sebelum ini saya selalu diundang membuat pengisian seperti ini, maka bos memahami ‘fungsi’ saya kepada masyarakat. Lantas, saya diberikan ‘previllage’ ini. Agaknyalah…! Benda lain… saya tak nak fikir!. Terus terang saya menyatakan, pada ketika bos memberikan ‘previllage’ itu, hati saya cukup gembira sambil dalam hati tersemat niat untuk terus bekerja dan memberi sumbangan kepada majikan saya!. Pada Allah…..saya serahkan segalanya!. Jumpa lagi.