Tuesday, July 19, 2011

Usaha....

Ketika ini, dibawah simbahan sinar terik cahaya petang matahari, anak-anak murid saya sedang mengerah kudrat dan memerah keringat mencipta kejayaan untuk diri masing-masing. Tentu sahaja persaingan mencipta kejayaan untuk rumah sukan masing-masing terselit bersama usaha untuk melakar kejayaan peribadi. Mana tidaknya, hari pertama saringan Sukan Tahunan Sekolah kali ke-21 bermula sejak awal pagi hari ini dan masing-masing mempamerkan kesungguhan untuk muncul menjadi hero dan juara.


Sememangnya melalui usaha dan inisiatif sebeginilah akan terbit nilai murni lain yang akan menyerlahkan kekuatan dalaman setiap pelajar. Sungguhpun usaha ini asalnya untuk mengumpul jumlah emas yang paling banyak untuk rumah sukan masing-masing, tanpa sedar......ada pelajar yang menyerlahkan kekuatan peribadi melalui larian dan usaha bersungguh-sungguh muncul juara.

Usaha setiap pelajar ini harus bersambut sebagai usaha untuk muncul sebagai juara, tetapi usaha ini juga harus dipindahkan dalam lapangan lain. Untuk muncul juara dalam acara sukan, usaha ini harus diserlahkan, demikian juga usaha untuk menjadi pemenang dalam bidang akademik, usaha yang sama jugamesti dijana. Tinggal lagi.....anak-anak pelajar ini mesti 'dilatih' untuk menggunakan pengalaman diatas padang dan balapan ini dimanipulasikan dibilik-bilik darjah dan kertas jawapan peperiksaan. Go go go......jayakan dirimu, serlahkan usahamu!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Track and Field SMKT, Semporna

No comments: