Cerita Pertama.
"Seorang lelaki yang akan berhenti kerja, telah diberikan tugasan terakhir oleh majikannya. Lelaki ini telah diminta untuk membina sebuah rumah kayu dengan pembiayaan kos oleh majikan itu sendiri. Maka lelaki inipun dengan rasa yang berbaur mengikut perintah majikannya. Maka didirikanlah rumah tersebut. Sungguhpun lelaki ini telah diberikan spesifikasi rumah ini, namun lelaki ini melakukannya dengan tidak memenuhi apa yang telah ditetapkan.
Ringkaskan cerita, rumah itupun siap dan pergilah lelaki ini berjumpa dengan majikannya untuk memaklumkan kerjanya telah disudahkan. Maka majikannya pergilah memeriksa rumah ini bersama lelaki yang telah membinanya. Majikan ini menyedari bahawa rumah ini telah dibina dengan tidak memenuhi spesifikasi. Rumah ini tidak sempurna binaannya. Majikan itupun memanggil lelaki berkenaan dan sambil menyerahkan kunci rumah tersebut, majikan itu memberitahu bahawa rumah itu dihadiahkannya kepada lelaki itu sebagai tanda terima kasih atas segala perkhidmatannya selama ini.
Lelaki ini kaget dan terkejut kerana rumah dibinanya itu tidak sempurna binaannya dan dirinyalah yang akan tinggal dirumah tersebut. Timbul penyesalan, kalaulah dia bina rumah itu dengan sempurna dan memenuhi spesifikasi, tentu sahaja pemberiaan bekas bosnya itu suatu yang sangat bermakna. Sayangnya, kerana sikap tidak jujurnya kepada majikan, akhirnya mengalami nasib malang yang bertimpa ini.
Demikian kisahnya. Teman ini menegaskan betapa.......bekerjalah kita sehabis baik yang mungkin sehingga ke titik akhir pekerjaan kita, kerana kelak kita juga yang akan menuai hasilnya kemudian hari. Benarkah begitu?. Anda fikirkanlah sendiri.......sungguhpun sekadar cerita....
Posted using BlogPress from My iPad's
Location:Terminal 2, KKIA, Kota Kinabalu
No comments:
Post a Comment