Seorang guru yang bersungguh-sungguh ingin menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tetapi sering menghadapi fenomena mengekalkan tumpuan dan perhatian pelajar, rasanya wajar untuk membaca buku Humor dalam Pengajaran ini. Buku tulisan kumpulan pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia ini dikelompokkan kepada 8 bab. Perbincangan awal memperihalkan variasi humor dan potensi padanan minda dengan konsep humor itu sendiri. Buku kecil setebal 124 halaman ini juga membincangkan aplikasi humor dalam menjayakan pengajaran berkesan dan secara langsung memperihalkan metod dan pendekatan menggunakan humor menjayakan pengajaran.
Buku terbitan PTS Profesional ini diterbitkan pada tahun 2007 lagi dan telah 3 kali diulang cetak, termasuk yang terbaru dalam tahun 2011 ini. Secara umumnya, dapat diperkatakan buku ini sarat dengan perbincangan yang boleh menelurkan idea-idea segar. Pembacaan buku ini tentunya segar dengan idea dan saranan aplikasi dan terserahlah kepada setiap individu guru untuk membuat modifikasi agar padan dengan keperluan dan budaya setempat. Pastinya, sebagai seorang guru, elemen humor ini selayaknya dihadam selahapnya sebagai salah satu 'persiapan' berhadapan dengan 'cuaca' anak-anak murid. Kunjungi laman pts.com.my. Selamat meneroka dunia humor!.
Posted using BlogPress from My iPad's
Location:Jalan Haiwan-Tinagayan, Semporna
No comments:
Post a Comment