Saya tidak memilih untuk berdiskusi tentang bahasa, jauh sekali berpolemik tentangnya. Namun gagasan rancangan ini wajar melangkaui batasan berbahasa. Acapkali kita melihat perlakuan yang biasa sehingga kekadang terdorong melakukan perbuatan yang salahpun diterima sebagai betul!. Alasannya mudah perbuatan salah itu sudah menjadi perkara biasa, oleh kerana tiada pembetulan dibuat maka yang salah menjadi biasa, dan kelihatan betul sungguhpun menyanggahi norma masyarakat.
Ambil sahaja perbuatan pemandu yang suka memotong kenderaan lain, tanpa langsung mempamerkan rasa bersalah dan mohon laluan daripada pemandu lain. Atau pemandu yang suka meletak kenderaan sebarangan sehingga menghalang lalu lintas. Atau perbuatan seorang lelaki dewasa yang selamba membuang sampah ditempat awam. Dan...banyak lagi contoh lain yang menggambarkan 'betulkan yang biasa'. Contoh yang saya nyatakan mungkin dalam skala yang kecil impak kesalahannya, namun agaknya bagaimana dengan perbuatan yang jelas menyalahi undang-undang, fitrah manusia apalagi hukum agama.
Lantas, sewajarnya.....kita bergerak keluar dari kebiasaan yang tidak betul, dan menjadikan perbuatan yang betul itu satu kebiasaan. Rasanya, andai kita mempunyai gagasan ini secara peribadi, banyak limpahan manfaat yang bakal kita perolehi selain yang jelasnya akan meningkatkan kredibiliti kita sebagai seorang individu. Jom.......Betulkan yang biasa, biasakan yang betul!.
( Catatan tertunda dari daerah pengamatan semalam )
Posted using BlogPress from My iPad's
Location:Jalan Simunul, Semporna
No comments:
Post a Comment