Friday, July 29, 2011

Langkah Berganda....

Tepat pukul 8.00 pagi tadi, saya sudah tercegat berdiri dihadapan Bilik Gerakan, SMK. Kabogan 2. Sebagaimana biasa, undangan teman-teman dari sekolah ini agak sukar untuk saya menolaknya. Sukarnya kerana suasana sekolah ini yang berstatus menumpang di sebuah sekolah rendah 'memanggil' saya untuk menyumbangkan sesuatu disini. Lebih penting lagi.....anak-anak murid sekolah dari latar belakang sosial yang 'digambarkan' agak terpinggir, maka menjadi tugas saya untuk menjelmakan suatu sudut pandang yang lebih segar menanggapi alam persekolahan mereka.


Sesi diskusi yang berlanjutan lebih satu jam, saya menegaskan kepada pelajar calon SPM ini keperluan untuk mengharungi cabaran sikap dan kaya inisiatif dalam kamus kehidupan mereka yang agak 'susah'. Pencapaian dalam peperiksaan boleh diperbaiki dengan memiliki sikap positif mendepani setiap kesulitan. Demikian sukarnya memperlengkap keperluan pembelajaran termasuk buku pelajaran dan seumpamanya boleh dihadapi dengan kreatif dan inovasi dengan bahan sedia ada disekeliling. Hakikatnya, peperiksaan adalah jawapan!. Setiap masa yang berlalu, penuh dengan peluang dan kesempatan.

Saya tegaskan juga, sepanjang masa yang kita lalui....seolah-olahnya kita sedang melepasi deretan panjang billboard yang mengiklankan pelbagai perkara dalam kehidupan kita. Pelajar yang pernah gagal, pelajar yang berjaya lulus dengan cemerlang, guru-guru dan pengalaman mereka malah sekitar penghidupan pelajar itu sendiri adalah iklan-iklan percuma yang sepatutnya ditonton dengan penuh pengamatan dan pengajaran agar kita boleh menapak perjalanan kita menuju matlamat kita dengan jayanya. Paling penting lagi......saya mengajak anak-anak ini untuk melihat setiap yang berlaku sebagai silibus yang perlu mereka lalui untuk mengecapi status manusia berjaya dan tahan cabaran. Doanya....moga anak-anak murid ini berjaya mempelajari sesuatu!

Jom.....buat tugas lain pula!

( Catatan semalam... )
Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Bilik Gerakan SMK. Kabogan 2, Semporna

No comments: