Tuesday, July 12, 2011

Aman sempurna...

Memang telah menjadi plot dalam kehidupan, tribulasi yang dilalui sarat dengan mesej dan pengajaran untuk sesiapa yang ingin beringat dengan keadaan itu. Sesungguhnya pepatah evergreen, "setiap yang bermula pastinya akan menemui titik akhir". Tiada sesiapapun yang mampu berdalih dari berdepan dengan hakikat penamat dalam kehidupan.

Saya teringat perjalanan pada hujung minggu yang baru lalu, penerbangan acapkali ditunda atas alasan yang hanya AirAsia yang tahu. Tentunya segala perancangan telahpun direncana awal oleh pihak AirAsia. Namun keadaan sebenarnya tidak semestinya begitu. Siapa tahu berlaku pelbagai masalah yang tidak dapat dielakkan, seterusnya mengakibatkan penundaan jadual penerbangan awal. Teman menghubungi saya melalui sms bertanyakan masa sebenar saya akan bertolak. Saya memberitahu masa yang saya tahu, namun masa sebenarnya tidaklah juga begitu.

Siapapun jua tiada yang dapat menjangkakan dengan tepat. Sekadar cerita, "saya macam tak percaya, kelmarin saya lihat dia masih sihat", "saya tidak dengar dia sakit kuat", "saya ingat dia sakit biasa sahaja", "macam tiada apa-apa saja dia", dan bermacam-macam lagi dialog yang menggambarkan betapa detik itu tiada siapa yang dapat menjangkakan dengan tepat. Hakikatnya urusan "detik penamat hembusan nafas terakhir tiada siapa yang tahu".

Isunya adalah kesan dan tinggalan urus-niaga yang tersisa diterminal akhir ini. Betapa akhirnya.....perhitungan bekalan yang telah kita siapkan. Bekalan yang diwariskan kepada proksi yang kita tinggalkan dan pelbagai lagi tanda soal yang menyangkut...siapkah atau belumkah!. Detik berlepas itu tetap akan berlaku.....cuma kita perlu sentiasa "check-in" agar andai penerbangan itu berlepas secara tergesa-gesa kita sudahpun berkeadaan "standby". Begitupun.....segalanya bukan urusan kita, segala hanya dalam jangkauan-Nya.

Setelah berlepas....maka destinasi barulah yang akan menjadi cerita, manakala terminal terakhir hanya tinggal catatan secebis kisah. Selamat bersemadi dengan aman dan sempurna.....

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Restoran KFC, Jalan Hospital, Semporna

No comments: