Sunday, July 10, 2011

Replika dan impian....

Segala sudut dalam watak kehidupan kita adalah replika dan impian. Iya ka?. Bagaimana mungkin kita mengharapkan kehidupan yang ideal dan benar-benar sempurna kerana realiti yang berada diluar sana adalah sebaliknya. Pada ketika kita sibuk membina 'sesuatu', ada watak lain yang sedang merobohkan atau meruntuhkan 'sesuatu' yang telah dibina sebelumnya. Apa kala orang lain bertungkus lumus merealisasikan sesuatu impian dan cita-cita, dikala itu juga ada manusia lain yaing memperlekeh impian dan cita-cita yang ingin dicapai itu.



Tidak cukup hanya dengan berpeluk tubuh dan menopang dagu. Penyelesaian harus dianyam segera, sungguhpun terpaksa bertatih dan merangkak dari anak tangga yang pertama. Rasanya, dalam menjayakan replika dan impian dalam kehidupan kita, opsyen terbaik yang kita miliki ialah mendepani setiap halangan dan cabaran yang melintang. Pastinya kita tiada ruang untuk mengalihkan tanggungjawab dan tugas kepada orang lain, hatta jika terdapat orang lain yang lebih layak daripada kita sekalipun!.

Hakikat bahawa kehidupan kita sehari-hari itu adalah 'contoh' yang akan diteladani orang lain. Sama ada kita sedari atau tidak, ada kelompok manusia yang lain yang akan sentiasa memerhatikan kita. Tanpa mengambilkira tujuan dan niat orang tersebut, kewajaran untuk kita sentiasa mempamerkan yang terbaik.....sewajarnya didukung. Bonus daripada perbuatan kita adalah kemungkinan ada orang lain yang akan mencontohi apa yang kita lakukan. Pada masa yang sama, jangan juga kita kesampingkan potensi-potensi lain yang mungkin...tersembunyi!....

Ayuh....kita jayakan diri kita masing-masing. Hakikat bahawa kita ini mungkin replika pada orang lain atau sebaliknya harus dipelihara. Sungguhpun ia bermula sebagai impian, namun kesungguhan dan kesabaran tetap menjanjikan kebahagian.....akhirnya!

Posted using BlogPress from My iPad's

Location:Tree Tops Conference Room, Mimpian Jadi Resort, Tuaran

No comments: