Pagi ini sekali lagi saya berkesempatan berkongsi sudut pandang dengan anak-anak pelajar dari SMK. Bugaya. Program motivasi anjuran bersama Unit Kaunseling dan Unit Disiplin Sekolah mensasarkan penyertaan pelajar 95 orang, tetapi yang menghadirkan diri kurang separuh daripada jumlah sasaran. Dalam perbualan awal bersama teman-teman yang mengendalikan program ini, sempat untuk saya menegaskan bahawa jumlah itu hanyalah nombor dan angka. Paling penting adalah 'sesuatu telah dilakukan'. Memanglah ramai lebih baik daripada penyertaan yang sedikit. Sambil berseloroh....saya mengujarkan 'kerana kita bukan idola mereka, maka amat payahlah untuk menarik perhatian dan penyertaan mereka bersama kita'.
Sehubungan itu juga, saya tegaskan kepada para pelajar dan peserta program pada pagi ini kemahiran dan keupayaan memilih idola. Kesilapan membuat pilihan idola secara langsung juga menentukan pilihan tepat atau tidak corak dan gaya kehidupan kita seterusnya. Iya ka?. Asasnya pada saya jelas. Seorang yang menjadikan pemain bola sebagai idolanya, tentu sahaja berkecenderungan meniru gaya atau jalan hidup idolanya. Lantas. dunianya berlegar di sekitar dunia bola. Mungkin, jika ia hilang fokus dari sasaran asalnya untuk berjaya dalam pelajaran, individu ini akan cenderung 'meninggalkan' pelajarannya kerana asyik bermain dan menimang bola. Akhirnya, perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan sudah bertukar menjadi perkara kedua!.
Saya tegaskan juga keperluan kita meyakini potensi dan bakat yang kita miliki. Masalah timbul apabila bakat dan kemahiran yang ada walaupun sedikit, dibandingkan dengan bakat dan kemahiran individu lain yang memang telah sedia berjaya. Saya tegaskan kepada para pelajar, tidak wajar kita 'meniru' sesuatu pencapaian jika hanya meniru sebahagian daripadanya manakala sebahagian yang lainnya kita tinggalkan. Bukanlah bermaksud perlu meniru keseluruhannya, tetapi perlu mengetahui keseluruhannya agar kita boleh membuat pilihan tepat sesuai dengan kondisi yang kita miliki.
Saya akhiri sesi diskusi saya pagi ini dengan mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kerana meminjamkan 3 perkara, mata, telinga dan otak!. Tentu sahaja 3 unsur penting inilah yang memungkinkan kita boleh merintis kejayaan dan memilih idola dalam kehidupan. Selamat berjaya kepada anak-anak ini!
Posted using BlogPress from My iPad's
Location:Restoran Acil, Batu 32, Tawau
No comments:
Post a Comment