Friday, August 28, 2009

Tangan Biru di Angkasa....

Sebenarnya kilauan cahaya yang kelihatan di imej ini tidak boleh dicerap dengan mata kasar. Ianya dicerap menggunakan teleskop X-ray Chandra, menghasilkan suatu panorama seolah olah "tangan biru" di angkasa.
Panorama ”tangan biru” pada imej ini seluas 150 tahun cahaya. Pulsar PSR B1509-58 ini terletak sejauh 17 ribu tahun cahaya dari bumi bererti kejadian ini telah berlaku 17 ribu tahun lalu.

Walaupun telah kehabisan bahan bakar, pulsar ini masih mengeluarkan tenaga yang kuat dan berputar sebanyak tujuh kali sesaat. Pulsar ini yang diberi nama sebagai PSR B1509-58 turut mengeluarkan medan magnet dengan kekuatan 15 trilion lebih kuat berbanding medan magnet bumi. Kombinasi antara putaran dan medan magnet ini menghasilkan angin elektron dan menyebabkan awan gas (RCW 89) bersinar kemerahan.

NOTA: Setahun Cahaya adalah bersamaan dengan jarak 10 trilion kilometer. 17 ribu tahun cahaya bererti 17 ribu X 10 trilion kilometer = 170 000 000 000 000 000. (Ba cuba lah sebut angka ni hehehe)

PERIHAL PULSAR: Dalam cerita sains, dikatakan apabila bintang kehabisan bahan bakarnya / mati, ianya akan meletus dan merudum (runtuh / mengecut) membentuk sfera dan biasanya lebih kecil daripada saiz bumi kita. Ianya dipanggil sebagai PULSAR, Selain itu bintang ini mempunyai seakan suatu cahaya / suluhan. Disebabkan bintang ini berputar dengan amat pantas maka ianya turut mengeluarkan medan magnet yang amat kuat. Kekadang putaran pulsar adalah 8 kali dalam sesaat. Dan ada juga pulsar yang berputar sekali setiap 1.4 mili saat.
( Sumber : Lingkudau )

No comments: