Sunday, August 16, 2009

H1N1......











Sekolah saya bercuti mulai hari Jumaat yang baru lalu dan hanya bersekolah semula pada hari Rabu minggu hadapan. Beberapa orang pelajar sekolah saya dikesan positif menghidap selsema Influenza H1N1. Pelbagai cerita.......tiba-tiba muncul. Sekonyong-konyong pelajar mula memakai topeng pernafasan. Malah kelas dimana pelajar yang didapati positif sudah mula ditakuti pelajar, seumpama melalui kawasan perkuburan yang menyeramkan.....lagaknya.

Malah juga ada rakan guru.....yang tidak berani memasuki kelas berkenaan dan hanya memberi tugasan dan latihan kerja dari kejauhan sahaja. Faham jugalah kebimbangan yang menyelimuti rakan-rakan guru apatah lagi yang memang mempunyai penyakit seperti asma dan seumpamanya.

Tapi.......ada juga bagusnya H1N1 ini. Wabak ini nampaknya telah mula meningkatkan kesedaran orang ramai khususnya.....anak-anak pelajar tentang keperluan menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Pelajarpun sudah mula tidak berani berkeliaran di kawasan sekolah kerana bimbangkan wabak H1N1 ini. Tetapi semua orang harus waspada kepada fenomena ini, dan jangan mengambil 'enteng' wabak yang melanda........demikian saya menegaskan kepada pelajar-pelajar dan warga sekolah sempena perhimpunan khas, penerangan mengenai H1N1...... Moga-moga pelajar-pelajar saya cepat sembuh dan sekolah kembali pulih seperti biasa !.

No comments: