Baru sebentar tadi melabuhkan badan di katil comel resort. Perjalanan dari Semporna pada jam 9.14 petang ( kelmarin le….. ) dan sampai di resort ini sekitar jam 11.30 pm. Jalan santai sambil bercerita pelbagai tajuk dengan sahabat memang ‘mengasyikkan’. Sembang-sembang sekejap sambil mengemas barang ke almari di bilik penginapan,
…….tip top….. waktu sepantasnya menukar hari semalam menjadi sejarah dan catatan kenangan. Hari ini saya memulakan hari sabtu saya dengan membuat catatan ringkas buat mengisi blog dengan sedikit bingkisan dan pengamatan sepanjang perjalanan ke sini.
Saya bertanya kepada diri…..jika semalam sudah menjadi sejarah, apakah sejarah yang telah saya tinggalkan?. Atau jika semalam itu adalah sebahagian catatan kenangan, kenangan apakah yang telah saya tinggalkan?. Bagaimana kita boleh mengukur sejarah atau kenangan itu sesuatu yang benar-benar memberi makna……..kalau boleh bukan sahaja kepada diri kita tetapi juga kepada orang disekeliling kita!.
Lantas…..harus bagaimana kita melihat kedalam diri menanggapi persoalan-persoalan ini?. Saat berfikir mencari jawapan kepada kira-kira ini, saya seakan meyakini bahawa setiap apa yang berlaku dalam hidup kita ini adalah ibarat satu garis bulatan yang ‘kelihatan’ tiada permulaan dan pengakhirannya.

Mengapa demikian?, meski hakikatnya tidak begitu!. Semalam hasrat hati saya ingin membuat sedikit pengisian dan pengenalan kepada dunia astronomi dan kecanggihan teleskop kepada anak-anak murid saya yang terlibat dalam Perkhemahan Tahunan Sekolah. Saya sendiri yang minta dan cadangkan kepada guru kanan kokum. Niat hati hendak membuat pendedahan kepada anak murid 'suatu benda baru' kepada mereka!.
Rencana saya, mengusung sekali Telescope Orion Spaceprobe saya ke tapak perkhemahan bersesuaian pula dengan bulan yang sedang dalam fasa Waning Gibbous ( bulan penuh ). Sedikit slideshow saya hasilkan dengan memaparkan beberapa gambar menarik fenomena angkasaraya dan planetari yang saya yakin anak-anak murid saya tidak pernah lihat dan saksikan sebelumnya. Biar anak-anak murid saya ini mengalami sendiri pengalaman mencerap bulan.!
Demikian rencananya, tetapi dimana sejarah dan kenangannya?. Andainya rencana itu berjaya......sejarah pada diri saya, bukan astronomer tetapi berbicara tentang astronomi!, dan anak-anak murid saya, mengecapi pengalaman atau pendedahan benda baru!. Tentunya, pengalaman itu akan lebih menarik untuk menjadi kenangan kelak!. Andai rencana itu sebaliknya, saya melihat..... tetap juga ada sejarah dan kenangannya.
Lalu bagaimana harus kita melihat ke dalam diri........sekali lagi saya meyakini, jangan sekali kita tergoda dengan jentikan putus asa, kerana hidup ini percayalah...ibarat pusingan roda. Harapan sentiasa ada kepada sesiapa yang berusaha mengejarnya!. Sungguhpun semalam sudah meninggalkan kita. Sori......nak tidur sudah ni!.......good nite!
No comments:
Post a Comment