Anda perasan atau tidak.....seringkah kita bertanya untuk apa sesuatu yang kita lakukan hari ini?. Pelbagai jawapan yang mungkin terhidang dan mampu kita berikan. Mungkin saja jawapan kita berupa peneguhan kepada sesuatu yang kita dukung dan percayai. Atau hanya jawapan helah bela diri.....anda saja yang tahu. Atau lebih mantap lagi.......tabi'enya memang sudah begitu!.
Namun setiap apa yang kita lakukan.....mengarah kepada sesuatu objektif atau tujuan. Mungkin saja idea saya ini agak struktural sifatnya, tetapi tidak dapat tidak...... kita tidak akan dapat lari dari membicarakan atau menghitungkan setiap tindak-laku atau perbuatan kita dari sudut manfaat, kesan dan akibat perbuatan itu sendiri........dan lebih penting lagi kesan kepada perhitungan jangka pendek atau jangka panjang!. Bagaimana itu....yaa?
Apakah tujuan aktiviti yang kita lakukan hari-hari mengarah kepada tujuan jangka panjang kita. Sebagai contoh, semasa bersekolah dahulu, rutin kerja kita hari-hari adalah belajar dan mentelaah pelajaran. Malah aktiviti lain diselitkan dalam bentuk perbincangan, soal-jawab bersama rakan, membaca majalah-majalah massa, mendampingi guru, suka bergaul dan bermesra dengan teman-teman dan pelbagai lagi aktiviti lain lagi. Semua aktiviti ini adalah berbentuk jangka pendek dan bersifat ad-hoc tetapi membawa kepada tercapainya matlamat jangka panjang iaitu lulus peperiksaan. Hatta bermain bola sepak ditengah padang digunakan sebagai aktiviti terapi pasikologi dan kesihatan...yang membantu tercapainya matlamat jangka panjang.
Tetapi......mungkin kebanyakkan kita tidak menyedari perkara ini secara jelas, sebagai satu pakej komponen yang saling melengkapi!. Hari ini......mungkinkah perkara seumpama ini mampu kita lakukan, walaupun mungkin dalam skala dan lapangan yang lebih luas. Soal kehidupan!. Saya hanya mampu melontarkan persoalan dalam benak pemikiran saya, mampukah segala yang kita buat kini, secara sedar.....kita boleh pandu mengarah kepada satu matlamat yang lebih besar.
Potensinya.......menjadikan kita sentiasa bertenaga dan berinovasi menapak hari-hari mendatang kita dengan sentiasa gembira dan ceria, walau menghadapi cabaran dan masalah besar sekalipun!. Bagi kita yang menggunakan akal, segala yang kita lakukan itu.....tidak akan terlepas daripada hisaban Allah s.w.t., dan selayaknya kita tidak patut merasa penat dan lelah walau seketika cuma!.
No comments:
Post a Comment