Sunday, August 16, 2009

Dari Tarapuli......
















Hari Sabtu....kelmarin la! .....saya berkesempatan mengunjungi kebun Ayah di Kampung Blok Tarapuli. Saya dan isteri serta ibu pergi ke sana untuk menghantar beberapa keperluan penjagaan kebun kepada pekerja Arwah Ayah di sana. Kenangan silam segera memenuhi kotak pemikiran saya sepanjang menyusuri perjalanan ke Kampung Blok Tarapuli ini. Saya siap menerangkan setiap laluan yang saya selusuri itu kepada isteri disamping ibu yang juga turut rancak menceritakan pengalaman 'memugar' kebun ini bersama arwah ayah!.

Saya memerhatikan melalui cermin belakang....ibu sungguh terkesan dan mengesat air mata mungkin kerana mengenang pengorbanan ayah dan perjalanan yang ditempuhi untuk sampai ke Tarapuli ini. Kini...........suasananya sudah jauh berubah. Saya terserempak dengan beberapa orang anak-anak kampung ini yang baru pulang dari kelas tambahan agaknya, saya teringat keperitan dan kepayahan yang saya tempuhi, saya hanya berdoa dalam hati moga-moga anak-anak ini tabah dan menukarkan kepayahan ini kepada deretan kejayaan...Amin!. Jalanrayanya pun banyak yang sudah berturap kecuali ada beberapa meter yang kebetulan melalui kawasan ladang milik persendirian. Amat terasa........segalanya seperti baru semalam berlaku, dan kini semuanya sudah berubah!.

Apa yang pasti.......ayah kini telah tiada, tetapi semangat dan obor perjuangannya mendewasakan kami 9 orang adik beradik.....tidak mungkin akan terbalas. Malah saya membuat refleksi kepada diri, dapatkah lagi anak-anak saya merasai 'universiti' ini.......dan mampukah saya melakukan sesuatu untuk anak-anak saya seperti mana ayah melakukannya kepada kami.... Keyakinan saya hanya satu, jika kita jujur dan ikhlas bersama dengan usaha dan kerja kuat, saya yakin kita mampu melakukannya....pastinya dengan cara yang berbeza!. Tak tahu laaa....

No comments: